Apr 11, 2017

Goo.N Friend Doraemon Edition | Baby Wipes ( REVIEW )

Pernah dulu, Isabella kena masalah ruam lampin yang agak serius, kononnya dah besar sikit, aku nak tukarkan pada pemaikaian dypers / lampin pakai buang yang biasa² ... Hah ambik kau..sampai merah, melecet kulit Bella, sampai doktor sarankan pakai semula jenama dypers yang sebelum ini, kata doktor biar melabur sedikit, janji anak sihat..daripada laburkan pada kos rawatan . Goo.N Friend antara jenama dypers / lampin pakai buang yang memang sesuai untuk si kecil.

Goo.N Friend Doraemon Edition

Goo.N Friend Doraemon Edition

Goo.N Friend kali ini didatangkan dengan edisi Doraemon. Wahh cute, meriah sangat... Ada Doraemon, Nobita, Sizuka, Giant, Sunio ...memang buat bebudak sukakannya. Goo.N ni merupakan jenama terkemuka Jepun . Yang Bella guna ni Goon.N Friend Pants saiz XL 12 kg - 17 kg . Ada saiz S sehingga saiz XXL . Lebih prefer jenis pants sebab Bella dah besar, lasak..so guna pants lebih mudah.

Goo.N Friend Doraemon Edition

Bahagian Depan & Belakang

Mudah diregang & fleksible


Goo.N Friend Doraemon Edition :

  • Corak yang menarik
  • Rekaan yang flexsible, anak² lebih selesa
  • 4x kuasa penyerapan dengan kuasa Magical Gel ... Lebih selesa dan kering... Tiada kebocoran
  • Lembut, selesa seakan kapas 
  • Pengudaraan yang baik, mengelakkan berlaku ruam lampin
  • Senang dibuka dan ditukar, hanya koyak bahagian tepi

Goo.N Friend Baby Wipes

Selain dypers, swim pants, nursing , antibacterial tissue dan lotion tissue, Goo.N ada juga mengeluarkan Baby Wipes / tisu basah. Diformulasikan dari daun peach. Disertakan dengan bekas refill yang super cute, kepala penguin yang cantik tu. Satu pek ada 55 helai baby wipes berukuran 200mm x 130mm

  • Tidak menyebabkan elergi kerana ia bebas Hydroxybenzoate
  • Tidak mudah kering
  • Lembut dan halus 
  • Boleh digunakan pada tangan dan badan
  • Mengandungi 99% pure water
  • Bebas alkohol, paraben dan pewangi

Boleh dapatkan dipasaraya, farmasi terpilih...tapi lebih jimat beli di Lazada melalui link ini http://ho.lazada.com.my/SHOSz1 sebab banyak tawaran diskaun jumbo yang ditawarkan. Jimat dan lebih berbaloi. Lebih info di : https://www.facebook.com/GOONDiaperMY/



1 comment:

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign