Apr 12, 2017

Minyak Yu Yee Cap Limau Pilihan Sekeluarga

Minyak Yu Yee Cap Limau | Yu Yee Oil rasanya dah berabad digunakan. Kalau macam aku dari mak aku beranak kecik dulu pun pakai Minyak Yu Yee ni. Sampailah aku yang beranak kecik pulak hahah. Sedap sungguh baunya. Ada gambar limau mandarin pada botol tu hehe..cute je, sampai sekarang masih logo yang sama. Persediaan tradisional menggunakan bahan yang selamat digunakan dan herba terpilih. Dulu ada rumors mengatakan ianya tak Halal, tapi sekarang dah tak perlu ragu sebab ia dah disahkan oleh JAKIM , ia Halal digunakan.

Minyak Yu Yee Cap Limau | Yu Yee Oil 

Disahkan Halal


Kandungan Minyak Yu Yee Cap Limau

  1. Peppermint Oil (36.0% w/v)
  2. Clove Oil (2.6% w/v)
  3. Nutmeg Oil (0.6% w/v)
  4. Menthol (1.6% w/v)
  5. Borneol Cortex Cinnamoni (1.0% w/v)
  6. Resina Calamus Draco (1.0% w/v)
  7. Light Liquid Paraffin (1.0%% w/v)

Packaging maintain macam dulu, dalam tin silinder warna merah ni, dalam tu dibalut dengan kertas tertulis segala ramuan. Even bentuk botol pun masih sama. Sekarang dah banyak version, ada 10ml, 22ml dan 48 ml kalau tak silap. Boleh dapatkan dikedai² runcit, farmasi, kedai ubat cina, pasaraya berdekatan.

Memang standby dalam bag :)

Time anak demam , memang guna

Bella pun suka

Ehhh bukan baby yang kembung perut je boleh guna Minyak Yu Yee ni, orang dewasa pun boleh. Kalau macam baby, lepas mandi tu sapu sedikit pada perut, tapak kaki dan belakang badan untuk elakkan kembung. Kalau macam yang dewasa, boleh je guna kalau pening kepala, sakit perut, sakit sendi, selesema tu. Inshaallah berkurang. Bau memang best, rasa hangat yang mild je...best..siapa yang biasa guna memang tahu macam mana bau, kesan penggunaan minyak berangin Yu Yee Cap Limau ni.

Instagram : https://www.instagram.com/minyakyuyeecaplimau/
FB Page : https://www.facebook.com/Minyak-Yu-Yee-Cap-Limau-1611335482473951/




2 comments:

  1. anak yang 1st membesar dengan minyak yu yee ni..

    ReplyDelete
  2. smpi sekarang pun anak zie still pki minyk yu yee, dah besar pnjang pun still letak kat perut, sedap berangin, katanya

    ReplyDelete

Semua yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik Mama Darwiish. Sebarang copy paste, cetakan, dan sebagaiya haruslah dengan keizinan tuan blog. Sekian, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign