MR.DAKGALBI Mahal Tapi Puas Makan

April 12, 2017

Nak tunggu travel ke Korea memanh tak tau bila..so kita travel dalam Malaysia je lah cari makanan Korea hehe. Kalau dulu susah nak cari makanan Korea yg Halal, tapi sekarang kebanyakkannya Halal disahkan oleh JAKIM. MR.DAKGALBI antaranya... Ni 1st time makan kat sini. Kebetulan ada dekat MyTown, Shopping Center, so terus terjah outlet terbaru Mr.Dakgalbi di tingkat 2. 닭갈비 | Dakgalbi ni adalah makanan Korea origin dari Chuncheon, Gongwon ... Portion makana tersangatlah besar... Prefer korang datang 2 orang keatas...kalau tak...membazir nanti


Mr.Dakgalbi | K-Food Restaurant

Mr.Dakgalbi, MyTown Shopping Center

Chill macam K-Drama

Sebelum ni makan di restoren Korea, makan yg biasa² je, makanan dihidang dan kita terus makan, tapi di Mr.Dakgalbi ... best sikit .. Kita masak² depan muka sebelum makan hehe. Menu semua sama yg bezanya cuma pilihan ayam, sotong, seafood dan bachan / side dish... Nasi, ramen, pun ada dalam set, kalau nak asing ... Mahal sikit RM7 sepiring. Yg ni kami ambik set RM68 termasuk, ramen, nasi dan cheese. Tapi bila add on air, tax ... Total jadi RM77. Base nya ayam, leek, daun bawang, ubi kentang, ttopoki / rice cake...


Menu Mr.Dakgalbi

Siap untuk digrill

Ramen, Cheese, Nasi, Salad

Kimchi besttt


Air memang asing, tak termasuk dlm set, cik abg order Korea Green Tea RM3.50 aku order Coke RM3 ... Mulanya nak Aloe Vera RM5 tapi habis huuu. Nak jimat order plain water....sebotol teeus dia bagi

Memang macam di Korea suasana dalam ni, macam drama Korea tu heheh...tapi sini waiter nya bukan oppa, tapi boppa (abg bangla) hehe... Tapi dah expert sediakan hidangan. Bachan / side dish boleh refill sampai muak haha. Ada kimchi, jeruk lobak, salad, sup dan sald kobis. Kami refill kimchi sampai 3 kali. Sedap kimchi kat sini



Tak sabar time ni nak makan

Firstly masak ayam , ttopoki sampai masak




Mula, waiter akan masak ketulan ayam tu sampai masak, lepas tu add on ramen... Wahhh time ni memang syiok baunya.... Bila dah siap.... Apa lagiiii...makan lah...sedapppp...ayam yang diperap dengan gocujang / korea chilli paste dan ramuan tradisional Korea ....then bila dah tinggal dalam sesenduk dua...panggil waiter untuk masak nasi goreng pula.... 


Bila dah add on ramen

Haha , seronok anak² makan

Ofcoz menyambbab

Luaskan mulutmu 😂

Time ni sampai bergegar meja dia masak hahah... Huuu melting tengok cheese. Berselera makan. Macam Bella lebih suka ramen, Adam.suka nasi, sebab dia hantu cheese macam aku... Abg pula pun macam Bella. 


Bukti kesedapnnya haha...

Huh berpeluh makan, dont worry menyihatkan...hanya digrill...banyak sayuran.... Next time nak order cheese ring tu.... Dah kena sekali..mesti repeat lagi hehe. Rating :

Servis : 5 (cepat, dan mesra pelanggan )
Makanan / Minuman : 5 (sedap, fresh, bersih, halal )
Wifi / Aircond : 5 (selesa, wifi free dan laju )
Kebersihan : 5 ( memuaskan )

You Might Also Like

4 ulasan

  1. telan liur tengok aiin makan,hadoii..tak pernah lagi rasa makanan korean..

    ReplyDelete
  2. yg suka makan makanan korea wajib cuba ni

    ReplyDelete
  3. Sedap nya. Ana tak pernah lagi cuba di Mr Dakgalbi ni. Boleh try next time.

    ReplyDelete
  4. Haaaii.. TB datang melawat blog.. tak dapat nak komen sangat sebab tengah blogwalking dah singgah blog2 yang lain.. TB doakan untuk awak semoga hari ni hari yang lebih baik dari semalam .. K bye..

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

NUFFNANG