Nescafe Dolce Gusto Piccolo Review | Single Serve Coffee Maker

by - April 25, 2017

Buat kaki kopi, suka teh .. Best kan kalau boleh buat kopi, teh, coklat sesedap cafe² mahal tu. Mesti heaven, layan Latte, Mocha, sambil goyang kaki lepak kat rumah dengan aroma yang semerbak huh. Jimat pun jimat kan.


Nescafe Dolce Gusto Piccolo

Nescafe Dolce Gusto Piccolo

Nescafe Dolce Gusto Piccolo  , mesin terbaru dari Nestle dan Nescafe membolehkan kita menikmati kehebatan rasa kopi sebenar, dengan rasa mewah dirumah, dipejabat bersama keluarga , rakan dan yg tersayang. Dengan reka bentuk yg lebih kecil, cute, ringan dan kaler matte black buatkan mesin ni nampak cute dan elegan. Kalau nak tahu, ia direka seakan peguin gitu. Comey kan ... Heheh

Video Unboxing


Mudah dikendalikan

Tuas untuk kawal air sejuk / panas

Part yg mudah dicuci


Nescafe Dolce Gusto Piccolo ni paling best sebab kita tak payah dah beli susu secara nerasingan, beli je capsule kegemaran macam latte, tea latte, cappucino kan senang, mudah, jimat duit, masa dan confirm konsisten rasanya.

Sebab aku suka NESCAFE DOLCE GUSTO PICCOLO ni :
  • Harga lebih murah berbanding model yang lain
  • Saiznya yg kecil, cute dan ringan
  • Drip tray boleh laras ( 3 tingkat ) so takde percikan kopi
  • Mudah dikendalikan dan dicuci
  • Ada pilihan air panas / sejuk
  • Banyak variasi minuman ( kopi, teh dan coklat )
  • Boleh control kandungan air sendiri
  • Rasa minuman lebih konsisten sebab pada kapsul ada level sukatan
  • Layer yang cantik, foam halus dan rasa mewah
  • Lebih murah dan jimat, serendah RM1.90 untuk black coffee

Komponen yg comel


Drip tray mudah laras

Apa yang mudahnya dengan Nescafe Dolce Gusto Piccolo ni, kita hanya perlu beli capsule je, tak payah dah beli susu, kopi tu
semua berasingan.

Pilihan variasi capsules

Bukan hanya kopi tapi coklat & teh


Capsules tu pulak bermacam² pilihan rasa , 16 jenis korang boleh pilih dari kopi , teh hingga coklat. Jimat, mudah, sempoi kan. Dan sesuai sangat dengan lifetyle sekarang, boleh letak di rumah mahupun office. Aku kat rumah memang layan Latte, Mocha, Tea Latte...anak² pula memang suka sangat dengan Chococino...serius pekat, milky, chocolaty  mewah macam rasa minum di cafe.

Masukkan air...

Masukkan capsule

Video cara guna



Cara guna Nescafe Dolce Gusto Piccolo :
  1. Penuhkan water tank / tangki air hingga paras maximum dengan air kosong / minum
  2. Laraskan drip tray dengan ketinggian gelas / cawan
  3. Tekan butan ON , tunggu sampai button merah bertukar warna hijau ( 30 saat ) air dipanaskan
  4. Masukkan capsule dan tutup pad holder
  5. Laraskan bahagian air, samaada nak panas atau sejuk...ikut kandungan air yg korang nak atau ikut level pada capsule
  6. Buang capsule white cup dan masukkan capsule black cup, ulang ( no.4 )
  7. Nahhhhh siap dah kopi, teh , coklat untuk dinikmati...superbbbb

Cappucino

Mocha 

Tea Latte

Chococino




ISTIMEWA BUAT KORANG !!!! Nescafe Dolce Gusto ni akan dijual (pre-order ) 21 – 30 April 2017 di Lazada dengan harga RM 239.00 + FREE 1 x Limited Edition Box – 16 Capsules sementara stok masih ada. Dan lebih jimat, dapat diskaun harga dengan gunakan 


kod voucer PICCOLO10MW 



tiada had minimum belian...sah dari 21 April – 31 Mei 2017 sahaja. Boleh ketahui lebih banyak produk terbaik dari Nestle Dolce Gusto di Lazada


You May Also Like

1 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish