RESEPI KERABU KERANG ALA THAI VIRAL

by - April 20, 2017

Kerabu kerang ala thai yg viral ni dah lama sesak lalu kat timeline. Xtually ada up resepi kerabu udang ala thai ni dulu, korang boleh cari ok. Yg ni try resepi dr group masakan dan diolah sikit.

Memang syiok tengok, mengiurkan sungguh isi kerang tu haishhh , sos kerabu ni pehhh siap boleh hirup.


Kerabu Kerang Ala Thai Viral



Bahan diperlukan :

1kg kerang
3 biji cili padi *
1 biji bawang kecil *
1 ulas bawang putih *
1/2 inci belacan bakar *
1 sudu daun ketumbar *
1 biji tomato *

1 s/b sos ikan
1 s/b gula pasir
1 s/b jus limau kasturi / nipis
1/2 cawan jus asam jawa



Cara penyediaan :

  1. Cuci kerang dan rebus sampai kerang terbuka sedikit. Buang sebelah kulitnya, dan simpan didalam air sejuk / ais supaya tak kecut
  2. Cincang / potong dadu kesemua bahan bertanda *
  3. Toskan kerang tadi, letakkan didalam manguk / piring.
  4. Ca
  5. Campurkan bahan yg dipotong dadu dengan sos ikan, gula, air limau dan asam jawa l. Adjust rasa secukpnya masam, manis, pedas... Tak payah garam sebab sos ikan tu dah masin

You May Also Like

3 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish