Apr 26, 2017

Resepi Sambal Gesek Belimbing Buluh

Sambal gesek ? Ala gesek... Tak tau gesek ? Kenapa gesek ? Gesek ni maksudnya kita gesek je cili / lada dalam lesung tu bila buat sambal, tak payah tumbuk² sampai hancur, hakus. Gesek bagi hancur sikit² je . Versi sambal paling simple tapi buat korang menambah nasi berpinggan². Makan dengan nasi panas, lauk ikan goreng, telur goreng pun cukup dah.

Sambal gesek belimbing buluh

Belimbing buluh fresh dari pokok haha


Sambal gesek ni, tak semestinya kena pair dengan belimbing buluh je, boleh je twist dengan buahan yg masam lain, macam mangga muda, asam jawa, isi ikan pun boleh. Simple sesangat. Bahan² pula, adjust ikut selera korang, rasa nak masam, lebihkan belimbing, rasa nak pedas lebihkan cili.

Resepi Sambal Gesek Belimbing Buluh

Bahan diperlukan :

  • 6 biji cili padi / lada kecil
  • 10 ekor ikan bilis ( dicuci bersih )
  • 3 biji belimbing buluh
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :
  • Belah, potong belimbing , tak payah halus sangat, cuma utk mudahkan utk ditumbuk
  • Tumbuk / gesek kesemua bahan dalam lesung batu, adjust rasa masin, manis , masam,pedas ikut selera korang.

Belimbing ni berair, so hati² masa menggesek, menumbuk, nanti terpercik ke muka. Pedas, pedih woooo haha. Selamat mencuba. Tips utk yg takut sakit perut, cirit sebab tak biasa makan belimbing buluh, boleh buang bahagian empulur / urat dalam belimbing tu dulu. Ni petua mak... 


2 comments:

  1. Mak oiii sodap eh..cicah cekodok sedap ni..biasa perah limau je x penah lg campur belimbing buluh..

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign