TASIK BIRU KUNDANG, Tak Biru Tapi Hijau Kenapa ???

by - April 17, 2017

Tasik Biru, Kundang... Bukan di Kundang, Selangor, tapi di Kuang, cuma dari dulu orang sebut Tasik Biru Kundang sebab sebagai penunjuk arah ke Kundang. Sebelum ni memang pernah dengar ... Tasik Biru... Terimagin biru airnya... Semalam tak sangka cik abg bawa kami jenjalan kesana.

" Eh, tak biru pun abg  .." kata aku. Luas...besar.... Ramai juga orang yang bersantai, ada juga yg mandi walaupun dah ada notis amaran berbahaya, siap ada buat jetski rent huh..degil..bahaya tu...




Ditepi² tu ada taman mainan berpagar utk anak², tapi syg banyak yang rosak. Kedai makan, tandas semua ada. Car wash pun ada...meriah juga ...tapi memang tak berani nak berpeleseran kat tepi, risau anak² tiba² meloncat ke tasik.. Nauzubillah




Balik, ringan tangan google pasal Tasik Biru... Ya Allah seram lah pulak, rupanya ia bekas lombong timah puluhan tahun dulu, memang dulu biru airnya sebab sangat dalam... Dan sekarang tercemar, sebab tu air tak cantik. Dah banyak ragut nyawa..dilaporkan 34 mangsa lemas... Siap ada puja memuja kat situ... Boleh baca kat sini...pengakuan anak jati Kuang www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/selangor-kl/asal-usul-tasik-biru-kundang-1.585164

Nak berkunjung melihat pemandangan tak salah... Tapi beringatlah jangan nak mandi² kat situ, bahaya, dalam walaupun tepiannya nampak cantik, cetek. Tapi memang mendamaikan bila tengok ciptaan Allah...


You May Also Like

1 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish