Zac & Zibbo Gym Untuk Anak² | The Parenthood Wellness | Sunway Pyramid

by - April 11, 2017

Luangkan masa bersama anak² secara berkualiti, menyeronokkan dan menyihatkan di The Parenthood Wellness, dimana baru² dirasmikan gym untuk kanak² pertama di Malaysia iaitu Zac & Zibbo serta WiO ( Work it Out ) di The Parenthood, Sunway Pyramid untuk dewasa dengan kerjasama Universal Fitness & Leisure. Baguskan inisiatif macam.ni, sebab kita boleh terapkan amalan menjaga kesihatan dan kecergasan di awal usia kanak² . Daripada dedahkan anak² dengan gajet lebih baik mereka didedahkan dengan aktiviti menyihatkan di Zac & Zibbo.

Zac & Zibbo Kids Gym


Anak² berpeluang merasai sendiri pengalaman beriadah di gym. Selalu mak ayah je yang nak sihat, pergi gym..sekarang ni anak² pun boleh berlari di atas treadmill, angkat besi, kick boxing, yoga, berbasikal dan banyak lagi. Kat sini memang dijamin keselamatan ok..tak perlu risau..siap ada 10 personal trainer untuk bantu anak² mengendalikan segala alatan dengan step yang betul. Ada 3 peringkat usia iaitu 18 bulan - 3 tahun, pre-school 4-6 tahun dan 6-12 tahun....so anak² boleh bermain dengan selamat..sebaya dengan mereka.

Zac & Zibbo Kids Gym

Zac & Zibbo Kids Gym

Adam work it out hehe

Sementara anak² enjoy di Zac & Zibbo, mak ayah pun boleh bakar lemak, tingkatkan stamina di WiO , Parenthood Wellness, sebelah Zac & Zibbo je. Kat sini disediakan mesin Power Plate ..mahal tau mesin ni mencecah RM 80,000 haha. Sangat best untuk mantapkan badan, posture badan, kekuatan badan , dengan bimbingan personal trainner. Nak beli mesin ni memang tak lahhh..mahal kot, so boleh kita join keahlian, atau pakej yang disediakan, murah je RM1300 untuk 6 bulan. Dan khas utk korang pembaca setia...boleh dapatkan 20% DISKAUN untuk setiap pendaftaran keahlian atau mana² pakej , dengan menggunakan kod KKW14 . Tawaran ni sah sehingga 30 Jun 2017 sahaja. Untuk lebih info boleh terus lawati official web dan page Parenthood, Wellness atah hubungi : 016-2968983

WiO The Parenthood Wellness

Training Power Palet by Bro MB 



The Parenthood ni bukan saja ada gym tapi semuanya ada. Kiranya semua dibawah satu bumbung. Ada deretan kedai menjual permainan dan keperluan anak²...macam² ada, so boleh shopping, organic product pun ada tau.

Kalau rasa nak makan, boleh ke LilliPilli Cafe, pun dalam The Parenthiod juga, tak payah keluar...so senangkan. Kat cafe ni pun harganya berpatutan, dan makanan yang disediakan pun ok..sesuai dengan citarasa anak² sekali dengan mak ayahnya heheh.

Deretan kedai / butik

The Parenthood Preschool

The Parenthood Playland


Siap boleh buat padicure, manicure, hair saloon juga tau di Gem Studio . Wahhh syokk kan. Siap ada makeup makeover...boleh tengok senarai harga dibawah ni. Nak potong rambut anak² pun ok, cute je..mesti anak² teruja. Harga pun ok kan. Selain Parenthood Playland tempat anak² main, sampai tak ingat nak balik heheh.....dan Parenthood PreSchool....belajar sambil bersantai.... Bermacam buku disediakan.... untuk anak² berumur 2-6 tahun


Nampak best je hehe

Gem Studio

Nanti ada masa boleh rasai sendiri pengalaman bersama anak² kat sini. Memang berlainan dan boleh luangkan sepenuh masa bersama mereka... Kiranya family bonding gituu. Untuk maklumat lanjut layari : http://theparenthood.com.my/

The Parenthood
1st Floor, Sunway Pyramid West, 
Sunway Pyramid

You May Also Like

4 ulasan

  1. wah..syoklah kan diorang luang masa kat sini..banyak manfaat

    ReplyDelete
  2. nasib baik kite x de anak lagi.
    kalau x dah bawak diorang p sini haha. :P

    ReplyDelete
  3. mak aii.
    .harga marvellous juga
    .mampu joging kt tasik pecuma jer la

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish