May 31, 2017

The Butterfly Project Malaysia 4th Birthday Party | 2nd Batch

Happy Birthday The Butterfly Project Msia | Yuppp this is 2nd batch birthday party
meraikan ulangtahun ke4 . Lokasi yang sama di Hello Deer, TTDI . Kalau yang 1st batch dulu kolaborasi antara Butterfly Project x Jerlynn bertemakan Yellow and Garden, kali ni party bertemakan pastel ...wahhh cantik² dekorasi, butterflies semua...semua nampak sweet, cute gitu



Memang meriah seperti biasa, mingle² sesama blogger / butterflies yg hadir... Masing² menulis birthday wish di blackboard...



Korang boleh tengok masing² makeup cecantik sebab kali ni ada contest The Best Makeup..hadiahnya berupa barangan tajaan NYX Malaysia bernilai RM150 woww bestnya kan


Kata aluan daripada emcee tetap TBPM iaitu Leonard hehe. Sesi ice breaking...perkenalkan diri, blog, channel masing². Maklumlah ada yg baru kali ni berjumpa, kenal muka tapi tak tahu nama kan..so sesi ni sangat bagus

Speech by Leonard


Demo by Sydney


Paling best sempena birthday The Butterfly Project kali ni, kami butterflies yang hadir semua dihadiahkan dengan gift bag yg tersangatlah lumayan...tak silap total cost dalam RM900 seorang...tq so much to our sponsors..dan ada contest juga untuk unbox live update yg best, akan dapat hadiah tajaan The Bodyshop Malaysia

Happy bag hehe

Sebelum tu, Sydney brief sikit untuk unbox / unbag memperkenalkan produk yg ditaja tu, sebab lepas ni ada sesi contest live unbox.. Pun dapat hadiah tersangatlah lumayan

Ada 12 produk best, awesome dalam bag ni. Terdiri daripada makeup tools, body care, skin care dan banyak lagi..total gift ni levbih kurang RM900 seorang...wahhhhh tq tq

Muka happy tak dpt disorokkan hehe

Memang awesom

Antara gift yang ditaja adalah :
  1. NEESYA Revive Dull Skin Cleansing Set
  2. HADABISEI Face Mask
  3. PAX MOLY Aloe Vera Soothing Gel Jeju Aloe
  4. W.LAB Pocket Shadow Palette
  5. MAMONDE Long Lasting Liquid Eyeliner
  6. MAMONDE Floral Hydro Mist
  7. TSUBASA MASUWAKA Liquid Eyeliner
  8. BIG EYES Magnifier Mascara
  9. ADIDAS Climacool Shower Gel
  10. ADIDAS ANTI PERSPIRANT
  11. CLINELLE Miracle Aqua Capsule EE Cream
  12. CLINELLE Deep Cleansing Water
  13. CLINELLE Hydracalm Sleeping Mask
  14. CLINELLE UV Defense SPF 50PA+++
  15. CLINELLE Hot Body shaper Cream
  16. PHOTOBOOK MALAYSIA Free voucher

Props yg comel

Cute kan hehe

Sambil buat live update tu, ada yang sibuk ke photo booth...ofcoz nak rakamkan detik, gambar yg cantik kan. Props yg disediakan semuanya cute, comel dan yg penting kualiti gambar yang best.



Birthday kek yg super cute

Makanan yg disediakan memang superb dari ada Sald, Fried Chicken Wing, Nachos and Dips, Meatballs, Cupcakes, Brownies dan banyak lagi. Habis makan pun still mingle² lagi....Semua happy kalau ada gathering macam ni, hopefully The Butterfly Project Malaysia terus maju jaya... Thanks to Tammy a.k.a Mamasana hehehe ... Banyak belajar dari Tammy , expecially bab blogging semua... Rasa bertuah jadi sebahagian daripada komunity beauty / lifestyle blogger ni... Keep blogging ols

May 29, 2017

Playland Terbaru Konsep Salji | DREAM WORLD INDOOR PLAYLAND

DREAM WORLD INDOOR PLAYLAND | Wahhh ada playland terbaru di Malaysia. kena pula dengan cuti sekolah yang bakal tiba. Dibuka bermula 25 Mei 2017 dan , layak mendapat 1 FREE tiket bagi setiap pembelian 1 tiket selama 3 hari promosi. So jangan lepaskan peluang ni tau. Terdapat di dua lokasi iaitu The Starling Mall dan IOI City Mall.

Moskot eskimo

Dream World Indoor Playland berkonsepkan salji, coolest playland gitu. Bukan anak² je yg teruja nanti...siap dengan mak ayah yg happy hehe. Dikhususkan utk kanak² sehingga umur 12 tahun, bukan sekadar bermain tetapi menerapkan unsur pembelajaran, penerokaan dan berfikir selain meningkatkan motor halus dan sosial anak2 secara sihat dan selamat dibawah pengawasan ibu bapa. Ya, ibu bapa boleh masuk dan sertai anak² bermain.

Laluan halangan

Dream World Indoor Playland ni agak luas, seluas 6 ribu kaki persegi, yg boleh memuatkan seramai 120 orang kanak² di playland dan bilik party. Pelbagai permainan yg boleh anak nikmati seperti, gelongsor, laluan berhalang, mendaki tangga dan banyak lagi.

Cabaran halangan

Gelongsor yg luas


Harga Pakej IOI City Mall
  • Kanak² 2-12 tahun : Week day RM45 Weekend RM55
  • Bawah 2 tahun : Weekday RM20 Weekend RM25
Harga Pakej IOI City Mall


Harga Pakej The Starling Mall
  • Kanak² 2-12 Tahun : Weekday RM48 Weekend RM58
  • Bawah 2 tahun : Weekday RM25 Weekend RM35
Harga Pakej  Starling


Pakej untuk party 
  • Pakej Penguin untuk Weekday : RM 68
  • Pakej Snowman untuk Weekend : RM78
  • Pakej ni untuk 2 jam Bilik Parti, kanak² boleh bermain tanpa had, disediakan makan dan kad jemputan. Paling Best, ada maskot eskimo akan menghiburkan kanak-kanak 



6 bulan pas ke Dream World hanya RM288 bernilai RM 5,840:
  • Cash voucher RM288 untuk Hari Jadi
  • Diskaun 20% untuk Servis Drop & Shop
  • Jemputan Istimewa ke Dream World
  • Indoor Play centre Events
  • Percuma buku pass Dream World

Untuk maklumat lanjut :

IOI City Mall :
L2-16, Level 2, 
IOI City Mall, 
Lebuh IRC, 
lOl Resort City, 
62502 Putrajaya, 
Malaysia. 
Contact: 012-7029509 (Hazwan) 


The Starling  Mall : 
S-202, The Starling Mall, 
No.6, Jalan SS 21/37, 
Damansara Uptown, 
47400 Petaling Jaya, Selangor. 
Contact: 012-7219509 (Yoong Fui) 

Email: info@dreamworldplayland.com 

May 26, 2017

Tudung Bawal Terkini iBawal | Flora Fauna Parfum 2017

Tudung Bawal Terkini iBawal | Flora Fauna Parfum 2017 | Selain shawl, tudung bawal memang jadi pilihan aku. Sebab senang digayakan..dan macam ngam je dengan muka hehe. Tudung bawal dari iBawal antara faveret tudung bawal setakat ni...paling latest dalam almari hehe. Sebelum ni ada share 2 collection iBawal tau, korang scroll la nanti baca k...kali ni nak share koleksi terbaru iBawal , Flora Fauna Parfum 2017

Flora Fauna Parfum 2017 


Flora fauna ...ofcoz design utk collection ni bertemakan bungaan , daunan gitu. Kalau sebelum ni lebih kepada abstrak dan kaler yg striking...kali ni kaler more to pastel. Dari box sampai ke label semua ekslusif, cantik kan.

Plat label

Kemasan jahitan
Label iBawal dalam bentuk plat besi warna keemasan untuk koleksi ini. Nampak lebih elegan, ekslusif sangat. Label tu pun dijahit kemas...terletak je... Paling best brand iBawal ni sebab kemasan jahitan tu... Bukan jenis jahit tepi tau....dia macam jahit kemas betul..apa nama ek jahitan ni heheh... Tak adalah terburai segala benang lebihan


Tak gosok pun ok hehe

Tak silap ia guna fabrik satin crepe, kira tak terlalu lembut, gemalai sampai susah nak pakai...serius..mudah sangat, keluar box pun boleh terus pakai tau...nak iron pun senang... Palinh syiok WANGI sangat..bau ros....dah macam pakai perfume..makin digosok, digonyoh..makin mewangi gitu. Pada korang yg muka petak, bujur, bulat, segi...dont worry, semua boleh ngam okay..serius x tipu..bidang luas...labuh....kalau nampak singkat tu..tu cara penggayaan tau..bukan sebab bidang kecil. Nak² puasa, raya ni mesti banya promo, diskaun kan.. Apa lagi nanti singgahlah ke www.ibawal.com Banyak design , patern menarik. Salam Ramadhan....

Tahniah !!!



TAHNIAH !!!!
Korang menang credit shopping RM100 SGshop Malaysia 专业淘宝代购

Note 💋
PEMENANG SILA PM USERNAME AKAUN SG SHOP secepat yg boleh...lg cepat bagi ..lagi...cepat shopping 
Tq semua yg support, tahniah semua...pd yg tak terpilih nanti join lagi ok. Pilihan secara random.org

cc :
Afizah Abd Rahman Saidatul Azreen Syuhada Salleh Yuyin Azman Naomie Licouz N Amyma Omar S Helmi Julia Syida Ahmad

May 25, 2017

Kasut Raya Dari Lazada

Kasut Raya | Yeahhh sehari je lagi kita nak sambut puasa. Korang dah shopping raya ke..wahhh pantas hehe. Kami tak shopping pun lagi.... Xtually hari tu ada dapat gift dari Lazada ... Tq Lazada... So gift tu kita beli..shopping la..apa lagi...credit shopping gift siapa yg tak suka hehe



Kasut raya ? Tak juga kot...n dah lama tak beli kasut, nak pula jenis yg bertumit dan terbuka..asyik sneakers je..nak femenin sikit kali ni... So grab Yellow Leather Sneaker ni RM 45 .... Dari China..seminggu juga menunggu...nasib saiz ngan hehe..nampak berat tapi ringan..ntah kenapa suka benau kaler kuning lately
Alang² nak habis kan credit shopping yg tggal 5 ringgit tu..m beli lah Innesfree Blackberry Squeez Mask .. Dedua ni dalam RM4 lebih...dah lama tak beli sheet mask... Okay korang nak shopping raya, lebih mudah, jimat, cepat boleh ikut step Ni

Okay je beli kasut dari Lazada, dah banyak kali beli...kena pandai pilih yg murag, saiz kalau blur boleh refer kat Lazada cara ukur ok

May 24, 2017

Tapak Niaga Bazar Ramadhan Untuk Disewa | Bazar Ramadhan Raya Karnival Mega Harmoni Bandar Bukit Raja Klang

Bazar Ramadhan Raya Karnival Mega Harmoni Bandar Bukit Raja Klang | Dua hari lebih kurang, kita bakal menjalani ibadah puasa. Berita baik buat semua , khususnya warga Bandar Bukit Raja, Klang kerana pada tahun ini ada dianjurkan Bazar Ramadhan Raya Karnival Mega Harmoni di Bandar Bukit Raja Klang . Lokasi baru, suasana baru dan semestinya menarik.


Bazar Ramadhan Raya Karnival Mega Harmoni akan mula beroperasi pada 26 Mei - 23 Jun 2017 bermula jam 4.30 petang sehingga 12 tengah malam. Apa yang menariknya bazar ini berkonsepkan Islamik dan bakal dikunjungi para VVIP jemputan khas Raja Muda Selangor




Bukan sahaja aneka juadah berbuka yang boleh didapati malah segala persiapan menyambut lebaran boleh didapati juga selain bermacam produk bersempena perayaan turut dijual. Selain banyak kemudahan yang disedikan oleh penganjur khusus kepada vendor serta semua pengunjung yang hadir . Antaranya :

Kemudahan untuk vendor :
  • Khemah niaga disertakan
  • Kemudahan air dan elektrik
  • Keselamatan dikawal 24 jam
  • Emcee promosi booth jualan
  • Sewa tapak niaga yang fleksibel

Kemudahan untuk pengunjung / semua :
  • Ruang parkir disediakan
  • Ruang solat Terawikh disediakan
  • Ceramah agama
  • Persembahan artis
  • Sumbangan amal
  • Tandas disediakan

Untuk korang yang nak berniaga, tambah duit raya , bolehlah join vendor..masih ada lagi ruang kosong untuk anda sewa di Bazar Ramadhan Raya Karnival Mega Harmoni di Bandar Bukit Raja Klang ni dengan potensi pengunjung 50,000
Harga sewa tapak pula sangat fleksibel :

Pakej 1 
Saiz 10 x 10 – Sewa RM100 x 28 hari = RM2,800 
Diskaun Penganjur RM800 Tolak RM500 Deposit Harga Terkini – RM1,500   

Pakej 1 
Saiz 10 x 20 – Sewa RM150 x 28 Hari = RM4,200 
Diskaun Penganjur RM1,200 Tolak RM500 Deposit Harga Terkini – RM2,500  

Pakej 1 
Saiz 10 x 30 – Sewa RM250 x 28 Hari = RM7,000 
Diskaun Penganjur RM2,000 Tolak RM500 Deposit Harga Terkini – RM4,500  

Jika korang berminat , boleh terus hubungi wakil jualan 011-23292977 (Kimi) dan 012-3812379 (Yanti).   

Tawaran khas dan juga harga sewa boleh dirunding dengan pihak penganjur Bazar Ramadhan Raya Karnival Mega Harmoni di Bandar Bukit Raja Klang.   

May 23, 2017

DUO SCARF Europe | 2 Design Pada 1 Tudung

DUO SCARF Europe | Lately memang trendy dengan fashion hijab. Macam² design, warna, fabrik ... dari shawl hinggalah ke scarf / tudung. Duo Scarf Europe keluaran Saedi Ideas pun tak kurang hebatnya. 2 design pada sehelai scarf / tudung. Wahhh macam awesome je kan... Maksudnya kita boleh gayakan 2 design berbeza mengikut mood kita .

Duo Scarf Europe by Saedi Ideas



Duo Scarf ni dijual siap dengan kotak pink.... Besar juga kotaknya..nampak ekslusif..siap ada tote bag tau. Tote bag tu pula... designnya sama dengan corak / design scarf yg kita beli. Tebal juga metarial tote bag tu..bukan macam tote bag canvas tu..kalau bawak pergi shopping grocerry, memang tak putus atau bocor. Kalau nak tahu Duo Scarf dari Saedi Ideas ni semuanya ada 20 koleksi... Kesemuanya didesignkan dengan Europe landmark...
Ada Italy, Rome, Lisbon, dan banyak lagi. Trend sekarang kan..guna landmark..nampak cantik trending..dan yg penting duo landmark

Tote Bag | Dui Scarf

2 design 1 scarf


Pemilihan warna² pastel memang cantik..in to it dengan style sekarang. Cantik...soft je.sejuk mata memandang

Fabrik berkualiti
     
Jahitan kemas

Duo Scarf Europe ni..agak glossy / berkilat dan licin gitu..dan lembut sangat sebab ianya daripada jenis Itali Satin Silk ... Walaupun licin...tapi ringan, tak jarang dan mudah digayakan..tak kisahlah muka korang lonjong ke, bulat, petak hehe. Nak gosok pun mudah, streka tu cukup pada tahap 1-2 je...mudah hilang kedut..... Jangan panas sangat nanti terbakooo haha.

Niceeeee

Feeling model


Yang aku pakai ni dari koleksi Sorrento - Florence Italy....Bidang pun lebar, luas...43.3 x 43.3 gituuu...cukup utk tutup mana yg patut. Jahitan pun okay kemas, tak ada jahitan lebihan dihujung² tu...dan kemasan jahitan ala² gulung, melengkung..macam berombak...nice

Ohhh ye....scarf ni tak ada sebarang label pada scarf.... Tercari² juga pada mulanya... Kiranya kita tahu trademarknya hanya pada metarial, packaging...dan konsep landmark nya

Kalau aku tak kisah lah shawl, tudung apa pun...aku just rendam dalam pelembut kain je...bilas dan sidai..sebab tak kotor pun kan... Nak pula macam Duo Scarf ni dari metarial berkualiti...ekslusif... Lipat atau sangkutkan aje pada penyangkut baju.

Duo Scarf Europe ada dijual di Shopee Malaysia  dan 11Street dan katanya akan terjual di Zalora juga buat masa terdekat ni... Bolehlah kita shopping, melaram duo scarf ni.... Matching dengan mana² baju..sebab design dan warnanya yg sesuai.


Madame Waffle | Sunway Pyramid

Huh sebut waffle, mesti terbau² kat hidung ni...sedapnya...kalau pergi mall, mesti beli...ofcoz peanut + butter dan coklat utk anak². Bapak dorang tak minat manis². Dulu.murah..sekarang semua mahal...kat sini waffle biasa RM3.50 hu

Blueberry Creme Cheese | Madame Waffle

Lama menunggu beb

Sesekali nak try juga waffle mahal hehe...waffle Jepun...di Madame Waffle. Macam sedap... Macam lah kan..tak cuba x tahu...kebetulan hantar anak main di The Parenthood, Sunway Pyramid, so terpanjang kaki pergi buat dessert hunting hehe.

Burlppp Alhamdulillah

Air best

Macam² menu ada di Madame Waffle, ada waffle sahaja, ada topping dengan gelato, combo dengan air, jus, teh dan kopi. Bagi aku berbaloi order sekali air...murah sikit macam aku ambik set combo Blueberry Creme Cheese + Iced Peace Teah , tak silap 16+ gitu

Lama juga menunggu, ramai org. Dibagi beep button, so bila beep je, kita ke kaunter ambik hidangan. Self pickup. Konsep waffle di sini adalah artisan premium Belgium Liège Waffle, sebab tu bentuknya unik, saiz pun agak kecik. Bahan ada diimport dr Jepun.mungkin...tepung kot...sebab tu harga mahal. Emmm seriously buat tekak aku yg dh biasa layan waffle rangup di kiosk²... Mmm tak berkenan dengan versi yg ni...sebab teksturnya agak padat, macam kita makan penkek / roti huuuu. Sejuk tak panas .... Cream.cheese best, tak manis sangat, blueberry jem / comport tu pun jist nice..... Tekak orang, lain² ..so kalau aku...ni...pertama dan terakhir kot makan disini. Habiskan...ofcoz...mahal kot, tak baik membazir. KECUALI ada yg nak belanja... REZEKI TAKKAN KU TOLAK

May 21, 2017

iBawal | Patutlah Ramai Suka

iBawal | Bagi penggemar fesyen hijab / tudung .. Rasanya ramai yg dah familiar dengan iBawal . Jenama tudung bawal dari Malaysia sejak 2015, dah terjual di Brunei dan Singapore pun. Bawal bukan sebarang bawal, sebab koleksi bawal dari iBawal ni dah semestinya lain daripada yg lain ... yang penting ianya trending, dan mampu milik

iBawal Collection

iBawal Inspired By SaraAli



Packaging iBawal pun antara kelainan dari produk yg lain...comel.kan box nya, dah macam box power bank...cute je. Xtually sejak dari 2015 dah banyak koleksi yg iBawal keluarkan...yg aku nak share kali ni ada 2 .... iaitu iBawal Serena Parfum 2016 dan iBawal inspired By SaraAli.


iBawal Serena Parfum 2016

Gosok² Wangi

iBawal Serena Parfum 2016 
Yg ni memang rare, win...gosok² iBawal ni ... Keluar bau wangi tau.... Tak payah pakai perfum, softener dah haha..Baunya fresh macam bau lemon + serai.... Warna terang untuk koleksi ni

Label cute

Omey x ?


Boleh tengok jahitan yg kemas kan..tak ada benang² berlebih dibahagian tepi tu..Labelnya comel je...



iBawal Inspired By Saraali
Yang ni Kuda Kepang Tangerine ... Kaler lebih funcky, chicky, fresh.... Yg ni biasa je...takde wangi² ....



Apa yg best dengan iBawal ?

  • Bidang tudung ni lebar, luas
  • Boleh digayakan dgn bermacam style
  • Mudah digayakan, tak mudah kemek
  • Tak perlu gosok lama², tak mudah renyuk
  • Kaler cantik² banyak pilihan
  • Jahitan kemas, cantik
  • Harga berpatutan
  • Jenis fabrik tak tebal, dan tak nipis
  • Jenis fabrik yg sejuk, tak panas
  • Design terkini dengan warna² menarik


Eh banyak lagi tau koleksi terbaru iBawal, next time aku share koleksi iBawal Soraya 2017 Flora & Fauna Parfum ... Confirm cecantik, letops..yg penting desing dan kaler paling trending .... Untuk details harga, nak tengok lebih koleksi...korang zasss terjah je www.ibawal.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign