4 Perkara Paling Best Sepanjang Short Trip ke KB

by - May 18, 2017

Nak dijadikan cerita, last weekend , aku ada spend dengan kawan-kawan untuk short trip ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Kelantan lah ... Mana lagi hehe. Dah lama plan...baru ni dapat realisasikan, dah semuanya pakat sibuk kan...mana yg sibuk dengan kerja, study, family....Dah nama pun percutian pendek, kitaorang sempat explore ibu negeri Kelantan je dulu, tapi tetap exciting. Memang happylah enjoy every moment sepanjang percutian kat sana. Nak pulak memang ada yg lama tak berjumpa... Trip ni dah jadi macam reunion pun ada haha. So dalam post kali ni, aku nak highlightkan antara beberapa point dan moment penting lagi happening sepanjang explorasi kitaorang.

Credit : Google

Credit : Google


The Journey
Perjalanan kami dari KL ke KB ambik masa dalam 7 hours. Kitaorg bertolak lepas breakfast, bagi kenyang perut, segarkan mata dulu  and sampai kat sana dalam  pukul 6 petang, kalau tak silap. Huh jauh perjalanan tu...luas pemandangan beb. Sebab travel siang, so kitaorang ikut Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Sepanjang jalan dapat tengok laut terbentang luas... MasyaAllah...release tension time tu huhu...Kalau nak compare dengan Jalan Gua Musang, memang jalan ni agak jauh sikit..tapi its okay untuk happy² kan. Tapi tak kisah la, asalkan selamat sampai kan. Dari KL sampai Kuantan MasyaAllah cantik² mendamaikan sungguh pemandangan,  banyak pokok² menghijau, bukit- bukau dan ladang sawit. Bila sampai Terengganu pulak...pehhh lagi heaven... pemandangan laut yang cantik sangat..rasa nak terjun dalam laut time tu juga.Adehhhh.  Walaupun perjalanan agak jauh, memenatkan tapi serius aku cakap, memang best, dah macam terapi, dapat release tension... Sejuk mata memandang, tak adalah duk menghadap hutan konkrit sepanjang hidup huuuu. Jalan pun ok apa..semenjak ada LPT ni ....hari² lalu nak ke Pantai Timur pun takpe, hihi. Macam aku lalian ni dah sebati, sebab kampung aku kat Temerloh je...jalan yg sama hihi. Oh ye, kitaorang berhenti rehat sekali je, kat Temerloh untuk lunch. Kampung koiiiii... Pekena Gulai Tempoyak Ikan Batin beb ...baru umpphhhh.... Tak sah lah tak pekena Ikan Patin kan kalau dah sampai Temerloh, rugi..... Besttt terbaik dari sungai...menjilat pinggan dibuatnya hahah

Credit : Google

Credit : Google

Menginap Di Hotel Perdana Kota Bharu
Sampai je kat KB, kitaorang terus check in hotel. Masuk je hotel, masing² ternganga...terpana...dah macam didunia lain hahah. Hilang penat. Aku tau tempat ni five star hotel. Tapi, tak sangka pulak segempak ni. Rekaan binaan bangunan dari luar nampak biasa-biasa je. Interior design nya mewah yang amat yet simple and sofistikated. Lobby pulak luas, selesa and looks very welcoming, dengan staff yang friendly and murah dengan senyuman. Hotel Perdana ni dekat je dengan Stadium Sultan Mukammad IV dan Sultan Ismail Petra Airport Kota Bharu. Memang startegik kan.  Kitaorang ambik bilik premier dengan twin beds. Aku paling suka dengan feature bilik mandi kat sini. Luas, selesa dan mewah. Mandi feeling macam diva haha. Complimentary toiletries, harumnyaa MashaAllah dah macam kat spa pun ada. Bilik,  katil pun sangat selesa dengan plush pillows dan cadar yang lembut, wangi, gebu, empuk huhhhh memang best landing lepas sepanjang hari perjalanan yg memenatkan. Kolam renang kat tempat ni sangatlah stunning, luas, cantik dan bersih. All in all, aku bagi 5 bintang untuk keseluruhan stay kitaorg kat sini. Walaupun ini merupakan sebuah tempat penginapan rating 5 bintang, kitaorang bayar tak mahal pun sebab awal² dah book Hotel Perdana at Kota Bharu on Traveloka for the best price. Jadi, kitaorang dah boleh save banyak kat situ. Haha bijak kan..so save bajet... 

Credit : Google


Makanan Awesome Di Kota Bharu
Satu ayat untuk aku descibe kan Kota Bharu aalah ‘syurga makanan !’. Hari-hari aku craving dengan macam² makanan, ada yg aku tak tahu nama pun, tapi sedap beb. Pagi-pagi breakfast kat Kopitiam Kita yang serve the famous Roti Titab. Patutla trending tempat ni. Semua makanan kat situ memang terangkat weh. Merecik, menangis...makan...tak mau balik hahaha. Kopi dorang memang lain mcm rasa...umphhhh. Untuk lunch, kitaorang try Sup Kepala Ikan kat Warung Pak Mat di Pulau Pisang. Dihidangkan pulak dengan Teh Tarik Madu, fuhhhh. Itu je aku boleh cakap lepas setel makan kat situ. Then untuk makan malam, kitaorang try Maggi Tiram di kedai Pok Weil yang terletak di jalan menghala ke Bachok. Semacam je rasanya, fresh giler tiram bebesar pula tu . Tu belum cerita lagi pasal snek in between the meal times. Tak berhenti mengunyah...dah macam kena rasuk hahah. Banyak betul gerai² di sekitar bandar ni, dah macam pesta makanan...ramai  yang menjual pelbagai kuih-muih tradisional seperti Akok, Puteri Mandi, Lompat Tikam, Sekaya dan lain-lain lagi. Pehhh Sekaya dia.....buat aku tak tidur malam...Memang lain macam makanan Kelantan ni, rasa sedap, murah, tukang jual pula comey² belako dehhhh heheh. Takut kena diebetes je duduk sini lama-lama. Heeee hehehe.. 



Tempat-tempat menarik di Kota Bharu
Bandar ni sememangnya terkenal dengan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Lebih kurang satu kilometer dari hotel, ada Pasar Siti Khadjiah yang menjual segala macam barang bukan setakat barang² basah ye. Kain pasang, songket, batik, tudung, telekung, makanan kering dan basah dan macam-macam lagi. Dan majoriti penianganya adalah wanita. Cayalahhhh. Dekat²  situ juga ada sebuah Muzium Kraf yang mempamerkan bermacam-macam hasil kerja seni tempatan. Selain beli cenderamata di Pasar Siti Khadijah tadi, korang juga boleh beli ole-ole untuk insan tersayang kat muzium ni. Memang rambang mata, harga pun okay..memang ramai pengunjung.... Nak pula time weekend. Pantai Cahaya Bulan yang femes pula terletak hanya lebih kurang 6 kilometer dari hotel ni. Lepas kenyang makan, kitaorang lepak-lepak kat pantai ni sampai senja sambil makan keropok, air kelapa...huuu sambil layan angin pantai. Nasib baik tak hujan. Dapat la tengok pemandangan indah sambil jalan-jalan bakar kalori. Kalau hujan pun okay apa...hujan langit KB cewahhhh.
Dua hari satu malam bercuti kat bandar Kota Bharu, aku rasa sangat happy, puas hati  dengan hospitality kat sini. Dengan orang-orang yang peramah, bahasa yg comey , makanan yang best, unik dan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Lagi-lagi kalau bercuti dengan keluarga, confirm lagi best. Boleh spend time sama² , explore segala keunikan , kenikmatan yg ada.... Kota Bharu boleh lah korang masukkan dalam list untuk next vacation korang...sure semua happy. Sampai rasa tak nal balik heheh

You May Also Like

2 ulasan

  1. Ena baru mai sana sekali je... itu pun tak habis jalan sangat... Nanti ada rezeki nak jalan habis2an teroka kat situ

    ReplyDelete
  2. Short trip cegini memang berbaloi.. keluarkan diri dari environment biasa kita kan? Re-juvination...

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish