AROMATICA 95% DAMASK ROSE SOOTHING GEL | REVIEW

by - May 16, 2017

Soothing gel ? Siapa sini biasa guna soothing gel ? Actually Aromatica 95% Damask Rose Soothing Gel adalah yg pertama aku cuba . Ehh memang trending kan soothing gel ni sekarang.... Kebanyakkannya dari Korea lah kan...yg ni dari Althea semestinya. Memang port shopping produk kbeauty zaman berzaman hehe


Aromatic 95% Damask Rose Soothing Gel

bermacam brand ada... soothing gel ni function dia sebagai moisturizer / pelembab kulit ... Dari muka hingga satu badan boleh guna. Kpop star tu sampai ada campurkan soothing gel dalam foundation, bb cream dorang utk dapatkan efek lembab, kemas dan buatkan mekap tahan lama...wahhh kira multi function lah soothing gel ni kan

Aromatica 95% Damask Rose Soothing Gel


Dalam byk² soothing gel yg ada aku pilih Aromatica 95% Damask Rose Soothing Gel sebab 95% kandungannya dari ektrak bunga ros .... Wahhhh memang banyak khasiat bunga ros ni..  Satu botol ni 300ml, cute je packaging...clear je gelnya...botol pun lutsinar..so senang nak tengok isi kandungannya

Banyak ekstrak buahan

Gel jernih mudah resap

Dah namanya dari ekstrak ros.. Memang sah² baunya harum semerbak. Bukan hanya ektrak ros je...banyak ekstrak buahan dalam ni, ada ekstrak anggur, strawberry, cranberry, blueberry, delima gitu ... So selain melembab...memang bagus merawat masalah kulit kering, sensitif tu.



Ohhh ye...ada kandungan alkohol dalam ni, so pada yg ada alahan tu... Kena pastikan betul² tak sesuai dengan kulit korang. Pam sikit ge soothing gel ni, ratakan seluruh muka, leher,...satu badan boleh guna..kecuali area mulut dan mata. Serius, sejuk, wangi je baunya.... dah macam tepek kelopak ros kat muka hehe...Memang rasa
lembab.... Mula apply memang basah, lepastu akan jadi melekit sikit then lepas 10-15 saat dah serap dalam kulit, boleh rasa kulit jadi halus, lembut je lepas tu....

Selamat digunakan

Dah guna, boleh simpankan dalam peti utk kekalkan kesegaran, bagi effect cooling hehe. Dan boleh bertahan 6 bulan selepas dibuka ok. Dah habis ni.... may be aku akan dapatkan lagi sebab best, dan sesuai dengan kulit ni hah...mudah serap, tak mendatangkan iritasi semua tu...

You May Also Like

2 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish