Madame Waffle | Sunway Pyramid

May 23, 2017

Huh sebut waffle, mesti terbau² kat hidung ni...sedapnya...kalau pergi mall, mesti beli...ofcoz peanut + butter dan coklat utk anak². Bapak dorang tak minat manis². Dulu.murah..sekarang semua mahal...kat sini waffle biasa RM3.50 hu

Blueberry Creme Cheese | Madame Waffle

Lama menunggu beb

Sesekali nak try juga waffle mahal hehe...waffle Jepun...di Madame Waffle. Macam sedap... Macam lah kan..tak cuba x tahu...kebetulan hantar anak main di The Parenthood, Sunway Pyramid, so terpanjang kaki pergi buat dessert hunting hehe.

Burlppp Alhamdulillah

Air best

Macam² menu ada di Madame Waffle, ada waffle sahaja, ada topping dengan gelato, combo dengan air, jus, teh dan kopi. Bagi aku berbaloi order sekali air...murah sikit macam aku ambik set combo Blueberry Creme Cheese + Iced Peace Teah , tak silap 16+ gitu

Lama juga menunggu, ramai org. Dibagi beep button, so bila beep je, kita ke kaunter ambik hidangan. Self pickup. Konsep waffle di sini adalah artisan premium Belgium Liège Waffle, sebab tu bentuknya unik, saiz pun agak kecik. Bahan ada diimport dr Jepun.mungkin...tepung kot...sebab tu harga mahal. Emmm seriously buat tekak aku yg dh biasa layan waffle rangup di kiosk²... Mmm tak berkenan dengan versi yg ni...sebab teksturnya agak padat, macam kita makan penkek / roti huuuu. Sejuk tak panas .... Cream.cheese best, tak manis sangat, blueberry jem / comport tu pun jist nice..... Tekak orang, lain² ..so kalau aku...ni...pertama dan terakhir kot makan disini. Habiskan...ofcoz...mahal kot, tak baik membazir. KECUALI ada yg nak belanja... REZEKI TAKKAN KU TOLAK

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Presentation dia menarik.. Tapi kalau padat sangat tak berape menarik.. hehehe

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

NUFFNANG