Resepi Salad Dressing | Mint Yogurt

by - May 02, 2017

Salad Dressing apa paling korang suka ? Balsamic, Vinaigrette, Sesame Oil, atau paling win mayonis je ? Best kan ... Ingatkan susah nak sediakan dressing salad ni, rupanya mudah je, lebih murah berbanding kita beli yg ready made tu. Cuma malas dengan rajin je.

Mint Yogurt Salad Dressing

Ni kira first time cuba buat salad dressing, emmm nak kelainan sikit, so aku cuba Mint Yogurt Salad Dressing hasil google resepi mat saleh tu hah. Ia agak fresh, low fat, tak berminyak dan best huhu. Mints lover beb...

Resepi Mint Yogurt Dressing Salad

Semangkuk daun salad
10 biji tomato cherry
Kruton / kekacang *optional

3 s/b yogurt
1 s/b daun mint / pudina*
1 ulas bawang putih*
1 s/b timun*
1/2 biji bawang besar*
1/2 s/k serbuk lada hitam
Garam secukupnya

Cara penyediaan :

Cincang, dadu, blender pun boleh

  1. Cuci bersih daun salad dan tomato cherry, kemudia tos dan ketepikan sementara nak sediakan dressing
  2. Cincang halus / dadu atau boleh je blender semua bahan bertanda * 
  3. Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk, kacau sebati dan perasakan
  4. Boleh dressing pada salad.... Memang best...fresh sangat

Makan dengan salad

Buat dipping nachos pun ok


Nota tambahan 
  • Kalau tak suka yogurt, boleh je tukar pd mayonis, tp nilai kalori akan berbeza
  • Tak nak isi bawang putih pon x apa
  • Dressinh ni sesuai dimakan dengan salad, burger, bagel, dan boleh buat dipping nachos...wahhh macam² boleh dimakan bersama...
  • Kalau tak habis, simpan dalam peti ais, pastikan bertutup, boleh tahan 2 hari

You May Also Like

4 ulasan

  1. Wah homemade dressing salad..

    ReplyDelete
  2. Menarik la hidangan ni.. leh cuba nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, nti try, perah lemon sikit, lagi sedap

      Delete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish