Resepi Buah Melaka / Onde - Onde Mudah

June 01, 2017

Resepi Buah Melaka | Buah Melaka antara kuih tradisional yang memang dicari² di bulan Ramadan, time tak Ramadan pun ada je dijual, tapi feel dia tak sama hehe. Kenapa Buah Melaka ? Bukan Buah Johor ? Pahang ? Ada 14 negeri dalam Malaysia..tapi Melaka diberi nama...ahhhhhh tak kisahlah kan janji sedap haha. Kuih turun temurun nenek moyang kita, mudah je....kebanyakan bahan semuanya mudah didapati, cara penyediaanya pun mudah....gentel, rebus, golek heheh



Buah Melaka ni ada yg panggil Onde-onde , sama je...tepung pulut berintikan gula melaka / merah disalut kelapa parut...tektur kenyal gitu...sedappp ..warna hijau pati pandan..sekarang urban, macam² warna ada dijual

Resepi Buah Melaka / Onde - Onde

Bahan yang diperlukan :
  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 keping gula melaka ( diopong kecil dadu )
  • 1 cawan kelapa muda parut ( dicampur sedikit garam )
  • 1 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 4 helai daun pandan ( dikisar sampai lumat dengan secawan air 




Cara penyediaan :
  • Panaskan setengah periuk air sehingga mendidih dengan api sederhana
  • Campurkan tepung dan air pandan secukupnya, uli sampai sebati dan tak melekat pada jari
  • Ambik sedikit doh, leperkan dan masukkan potongan gula melaka, dan gentel jadi bulat
  • Masukkan dalam air, bila timbul, tanda dah masak... Angkat, tos dan gelek atas parutan kelapa...siapppp

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Sedapni.. Mak baru buat 2 hari lepas.. Masih terasa keenakannya..

    ReplyDelete
  2. kena buat sendiri baru puas mkn sbb yg dijual di gerai meme mahal la.

    P.S. abe kie mari folo blog puan.

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish