Resepi Kuih Siput Rangup

June 15, 2017

Resepi Kuih Siput | Antara kuih raya turun temurun yang menjadi kegemaran. Tak telan dek zaman. Dipanggil Kuih Siput kerana rupanya seakan siput ... So nenek² kita terdahulu namakannya siput hehe. 

Kalau dulu masa kecil , memang seronok tengok wan, atok buat kuih raya...selain kuih loyang, agar² jemur, kuih bahulu, kuih siput pun selalu dibuatnya. Kalau dulu acuan kuih siput ni, jenis kayu je...sekarang dah jenis plastik dah...tapi tak menjejaskan rasa kot. Kalau resepi wan dulu, yang biasa je...tak pedas... Resepi kuih siput aku ni versi pedas sikit.

Kuih Siput

Resepi Kuih Siput Rangup

Bahan² diperlukan
  • 100 g butter / marjerin (aku guna buttercup)
  • 2 cawan tepung gandum

Bahan perlu dikisar :
  • 1 sudu pes cili kering / serbuk cili
  • 2 tangkai daun kari
  • ½ biji telur
  • 1 st jintan manis
  • 1 sb udang kering
  • 2 biji bawang kecil
  • Air, garam, gula secukupnya

Bahan dikisar

Butter disatukan dgn tepung

Cara penyediaan :
  • Gaul dan uli tepung + butter sehingga jadi macam serbuk roti
  • Masukkan bahan kisar 
  • Tambah air, garam dan gula mengikut selera. Air tu pandai² andjust supaya doh ngam² lembut, tak melekat pada tangan. Anggaran secawan je

Siput comel
  • Ambil secubit kecil doh, dan lenyek atas acuan kuih siput... Kena praktis bagi comel kejadian garisan siput tu 
  • Goreng dalam panas secukupnya dengan api sederhana, supaya masak hingga bahagian dalam...angkat dan toskan bila bertukar kuning keemasan
  • Toskan minyak dan tunggu betul² sejuk baru simpan di dalam bekas kedap udara

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Pernah haa CCL buat kuih siput ni 1kg ..jenuh gentel nyaa ..

    ReplyDelete
  2. woww.. sedap ni.. kegemaran dulu dan kini.. kalau dulu masa pi mengaji mesti ngap ni.. tapi yang tu dia letak macam sambal pedas manis.. digaul sekali.. bila makan macam kerepek pedas tu.. dia je yang buat gitu.. tak pernah jumpa lagi orang lain buat mcm tu..

    ReplyDelete
  3. Okey...boleh cuba buat ni..mak akak pandai buat dulu tapi sejak dah sakit ni mmg beli je kuih

    ReplyDelete
  4. kadang2 kuih2 tradisional gak pilihan hati =)

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish