RESEPI KUIH ULAT VIRAL

by - June 16, 2017

Resepi Kuih Ulat Viral |Dah kenapa ulat ? Ulat sagu pulak tu haha. Kelainan kuih / biskut raya tahun 2017. Dari group masakan yang femes tu, ramai duk tayang ' ulat ' masing² hehe. Ada yang plain kaler dan ada yang hijau. Kalau hijau tu dah macam ulat beluncas.

Kuih Ulat Viral

Alaaa bukannya apa pun, sebab ia mudah dibentuk, letak je satu coklat chips..so jadilah ulat. Doh, resepi yang sama je untuk buat Kuih Semperit Susu , cuma semperit tu leceh kena picit jadi bunga.

Bahan yang diperlukan :

  • ¼ cawan susu pekat
  • ½ cawan butter
  • ½ sk esen vanila
  • 1 ½ cawan tepung jagung
  • Coklat cip secukupnya

Cara penyediaan :
  • Satukan dan ratakan susu dan butter hingga sebati, tak payah guna mixer pun takpe, guna spatula / whisker
  • Kemudian masukkan bahan selebihnya, uli sampai doh tak melekat dijari.
  • Boleh adjust tepung ok...kalau lembik sangat lebihkan tepung. Panaskan suhu oven, alaskan tray dengan baking paper / butter
  • Uli, gentel secubit doh menjadi ' ulat ' ikut kreativiti korang, untuk garisan atas tu, bagi nampak real, gariskan dengan garfu ( tp x cantik, kasar ) Aku guna acuan kuih siput

Gentel jgn besar sgt, nanti mengembang

  • Atur dalam tray, letakkan coklat cips dimuncungnya, benamkan sikit ke dalam doh...bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit ikut kesesuain oven korang
  • Sejukkan atas redai sebelum masukkan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba

You May Also Like

11 ulasan

  1. Makan biskut ulat viral la raya kali ne ;)

    ReplyDelete
  2. Wah...nak cuba juga ni..hihi..

    ReplyDelete
  3. sonang je buatnya..ptt ramai yg duk tayang ulat memasing..hehe...

    ReplyDelete
  4. Hah biskut viral ye.. Kn mkn terbayang ulat hehe

    ReplyDelete
  5. Yg kaler hijau tu real la macam ulat..

    ReplyDelete
  6. Tiap2 tahun buat biskut semperit susu...ok thun nih buat biskut ulat la...sok gak nak buat...hehehe

    ReplyDelete
  7. Teringin nak try buat juga biskut ni kalau sempat...comel tengok biskut ni...hihi

    ReplyDelete
  8. Senang je rupanya. Nak try lah.

    ReplyDelete
  9. ehehe comelnya.. ni sapa takut ulat ni parah laaa time2 raya =D

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish