Jul 21, 2017

Vokalis LinkinPark Chester Bennington Mati

Linkinpark antara rock band yang aku follow dulu zaman sekolah, area 90an dah wujud. Memang best, dari lirik, penyampaian, mesej lagu, band dorang berbakat, hensem lagi haha. Ingat zaman tu guna kaset lagi, cd pun ada dah...sempat juga aku kumpul duit belanja beli beberapa album dorang. #AbahTahuAbahMarah hehe.. Antara yang aku ada,  dari album Hybryd Theory, Paper Cut dan Meteora. Lagu semua memang best beb. Korang google je, youtube je...bersusun semua...




Chester Bennington, vokalis Linkinpark kecil molek je orangnya, bertatu sampai lengan..bila nyanyi.all out sangat..terkejut dengan berita kematiannya.... Bila baca punca nya, kesian sangat....ni lah bahaya penderaan, nak pula penderaan seksual...sampai kemati dorang trauma kan...huuu. Sumber Berita Harian


NEW YORK : Vokalis kumpulan metal terkenal, Linkin Park, Chester Bennington dijumpai mati tergantung di rumahnya semalam, dipercayai akibat membunuh diri.
Pejabat koroner Los Angeles berkata, mereka menerima panggilan sejurus selepas jam 9 pagi (waktu tempatan) yang memaklumkan mengenai penemuan mayat Bennington di kediaman mewahnya di Palos Verdes.
Ketua Operasi pejabat itu, Brian Elias, berkata kes berkenaan disifatkan sebagai kejadian bunuh diri.
Pemain gitar dan komposer utama Linkin Park, Mike Shinoda dalam status beliau di akaun Twitter dipetik sebagai berkata: "Terkejut dan sangat sedih, tetapi ia benar".
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Bennington secara terbuka mengakui mengenai zaman kanak-kanaknya yang penuh bermasalah di Arizona.
Katanya, beliau didera secara seksual selama bertahun lamanya oleh seorang kenalan keluarga dan bertukar menjadi seorang penagih dadah dan alkohol selepas ibu bapanya bercerai ketika berusia 11 tahun.
Kemarahan beliau itu disalurkan kepada muzik beraliran 'heavy metal' tetapi Linkin Park adalah perintis kepada kebangkitan gelombang muzik 'nu metal' yang menggabungkan struktur pop dan hip hop, membabitkan rap oleh Shinoda di antara nyanyian Bennington.
Pada Mei lalu, Bennington juga pernah melahirkan rasa sedih yang begitu mendalam atas kematian rakan karibnya, vokalis kumpulan Soundgarden, Chris Cornell.
Linkin Park sepatutnya memulakan siri jelajah mereka minggu depan yang akan membabitkan persembahan di stadium bola lisut Citi Field di New York bersama beberapa kumpulan terkenal lain, termasuk Blink-182 dan Wu Tang Clan. - AFP


Jul 20, 2017

PINKBOXCEREAL HERMOSA BEAUTY KIT HAUL

PINKBOXCEREAL HERMOSA BEAUTY KIT | PINKBOXCEREAL Emergency Beauty Kit Pertama di Malaysia. Sebelum ni aku ada share dengan korang, pengalaman pertama menggunakan servis dan produk dari PINKBOXCEREAL ... Korang boleh baca kat SINI

Pinkboxcereal Hermosa Beauty Kit



Bagi yang belum familiar, PINKBOXCEREAL merupakan online shopping yang menjual pelbagai barangan kosmetik, skincare berjenama yang kebanyakkannya digunakan para MUA. Pengasas PINKBOXCEREAL juga merupakan seorang beauty influencer juga, Shaff namanya, dan baru² ini, PINKBOXCEREAL dah miliki office baru sendiri



Kali ni aku sharekan box terbaru dari PINKBOXCEREAL, iaitu Hermosa Beauty Kit. Specialnya kali ni box bukan kaler pink macam kebiasaannya.mmtapi warna GOLD uolss... GOLD DIGGER BOX LIMITED EDITION .  Memang nampak ekslusif dan mewah sangat. Ohhh kalau nak dapatkan Limited Edition Gold Digger Box ni boleh upgrade dengan harga RM30 dengan setiap belian RM150 and above



3 item hot

Dalam PINKBOXCEREAL Hermosa Beauty Kit ni ada 3 item yang disediakan. Kiranya macam kombo lah. Btw boleh je beli berasingan. Tapi kalau ada kit / kombo macam ni lebih jimat. Paling best dapat PINKBOXCEREAL Sampul Duit Raya lagi hehe... Kalau nak add-on sampul ni boleh...RM10 je kat SINI . Tapi FREE je kalau dah spent RM100 heheh

  • Hermosa Lip Creme 
  • Hermosa 24K Gold Serum ( Anti-Acne & Glowing )
  • Hermosa Cleansing Water


Hermosa Long Wear Lip Creme

Hermosa Lip Creme
RM 39
Hermosa Lip Creme ni kod Red Revival... Wahhh garang, meriah, gojes sangat warna ni. Kalau nak pilih kaler lain pun boleh, ada pilihan Nude Thrill dan Perfect Nude . Daripada packaging memang awesome, elegance dengan kotak keemasan, berus lip creme pun lembut, halus je, berbentuk segi empat leper, memudahkan kita apply pada sudut bibir.


Sekali apply je...

Best sangat Hermosa Lip Creme ni sebab bibir rasa lembut, lembab event ia matte finishing. Kesan matte yang cantik sangat. Buatkan bibir nampak penuh, munggil....sebab mengandungi Vitamin E dan Collagen. Bau memang best, ada bau Vanilla...long wear okay...so tak perlu risau nak apply banyak kali hehe.


Hermosa 24K Gold Serum

Hermosa 24K Gold Serum ( Anti-Acne & Glowing ) 15g
RM 85

Paling best tentang serum ni, bukan je function untuk flawless, glowing, cerah..tapi merawat masalah jerawat dan parut jerawat....mengandungi kandungan 24K Gold, orange extract, licorice extract. Sesuai untuk semua jebis kulit terutama yang bermasalah.

Wangi je serum ni

Titiskan sikit je

Kalau boleh tengok, serum ni warna pink gitu, ada emas² dalam tu wahhhh hehe. Selamat digunakan ok, bebas paraben, alcohol, mineral oil, animal oil dan segala yang berbahaya. Dan paling aku suka baunya yang wangi...teksturnya ringan, tak melekit dan mudah serap. 

Senang je pakainya, apply pada muka dan leher selepas cuci muka, pakai toner. Siang ke..malam ke..boleh guna bebila masa...nak guna as makeup base / primer pun boleh...lagi bagus...lindungi kulit muka, disamping buat makeup tahan lama


.
Hermosa Cleansing Water
Hermosa Cleansing Water 50ml
RM 45

Antara best item dari PINKBOXCEREAL , Hermosa Cleansing Water ni free soap, alcohol so ia bersifat lembit, gentle pada kulit. Dibuat daripada bahan botanik seperti Aloevera, Chamomile untuk menjadikan kulit muka sentisa dehydrated dan lembab. 

Selamat digunakan

Spray sikit pada kapas
Mudah sangat kalau nak tanggalkan makeup guna cleansing water ni, spray sikit je pada wet tissue / cotton pad..kemudian sapu secara bulatan pada muka, sampailah semua kotoran makeup tertanggal... 

Harga PINKBOXCEREAL hermosa Beauty Kit ni hanya RM165 ... Nak beli loose item pun boleh je...macam² ada di PINKBOXCEREAL. eh kalau nak join keahlian PINKBOXCEREAL , tengok bermacam beauty product, event boleh terus ke :









Jul 19, 2017

Resepi Pankek Korea | Pa Jeon

Resepi Pankek Korea | Pa Jeon yangbaku kongsikan ni adalah versi yang paling simple. Walaupun tak pernah ke Korea lagi haha... Tapi memang minat nau² segala makanan Korea yang Halal² tu. Termasuk Korea Pankek atau Pa Jeon. Pa Jeon ni kira macam lempeng ataupun cekodok leper gitu...cuma ada penambahan telur. Nak lagi real rasa Korea, boleh beli pankek Korea punya tepung di pasaraya...kat Aeon ada jual, RM 7 sebungkus



Korea Pankek, Pa Jeon ni bukan dimakan waktu breakfast kalau di Korea, tapi ia dimakan sebagai ' bachan ' side dish dalam hidangan utama...tapi kalau tengok tv rancangan Korea tu .. Pa Jeon ni ada je dijual di street market ... Bila² boleh makan, yang biasa, seafood, kimchi, seaweed...semua boleh diolah ikut citarasa

Resepi Pankek Korea | Pa Jeon :

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Daun kucai / bawang ( dipotong)
Optional * seafood, sayuran, cili merah


Cara penyediaan :

  • Satukan semua bahan dalam mangkuk, aduk sekata
  • Panaskan sedikit minyak diatas kuali leper
  • Sendukkan adunan..dan ratakan leper...masak hingga kekuningan...
  • Sedia untuk dimakan, sedap dimakan panas...ada rasa garing dibawah...lembut bahagian atas... Dicicah dengan kicap cair dll

Selamat Mencuba


Jul 18, 2017

HUDAA by ROYALE ORCHID | Koleksi Shawl Menarik Dan Berkualiti

Hudaa by Royale Orchid | Korang biasa tak shopping di starporium?  Ala website yang jual segala produk,  fashion dari artis dan instafamous tu... Ingatkan mahal, tak mampu nak beli, rupanya ada je yang ok² tau. Antaranya koleksi shawl dari Hudaa by Royale Orchid. Kalau nak tahu, koleksi shawl ni diperagakan oleh Che Ta, korang boleh tengok dekat website atau page Starporium atau Royale Orchid

Hudaa by Royale Orchid


Koleksi Hudaa ni adalah koleksi asas daripada Royale Orchid. Direka sendiri oleh pengasasnya Encik Rosix Omar. Ada 4 shawl tau dalam box ni, nampak je macam kecil kan.... Ada 3 plain shawl... Warna light purple, black, coral  dan 1 printed shawl. Semua shawl ni panjang² okay..  

Plaque emas disetiap shawl

Keistimewaan koleksi Hudaa by Royale ni ofcoz dari segi metarial, kualiti fabriknya...Ya ampun..lembut sesangat shawl² ni, berbeza dengan yang kita beli di pasar malam hehe...dari fabrik chiffon Senang je nak digayakan...malas gosok pun.. Cantik je korang tau hehe...paling best walaupun lembut, ia tak jarang dan tak panas...so takde masalah kita nak melilit shawl sepanjang hari. 

Plaque emas Hudaa menampakkan shawl2 dari Hudaa by Royale Orchid nampak ekslusif... Dijahit dengan kemas cantik dan kuat. Walaupun metarial shawl ni agak lembut, tapi jahitannya tetap kemas tau. 

Perincian bentuk bunga, minimal tapi wow
Perincian tambahan yang sederhana ni memang cantik...dijahit menjadi kelopak bunga   setiap shawl,  lain2 warna perincian ni tau...less is more gitu.... Cantik kan

Printed shawl Hudaa

Selempang² pun cantik

Untuk yang printed shawl ni, memang aku suka sangat, dah 2-3 kali pakai pergi event dan outing hehe..jarang tau shawl jenis satin ni sejuk, tak panas tau , serius lembut, halus, dan paling penting tak panas dan senang dibentuk..terletak jemmmtak payah lilit sangat pun, selempang je dan cantik.... Printed design pulak, tak heavy sangat, warna² yang agak pastel..memang mudah kita nak match kan dengan pakaian lain 

Hudaa by Royale Orchid
  • 1 harga dapat 4 helai shawl
  • Pilihan warna menarik
  • Kualiti memuaskan, pilihan fabrik yang lembut
  • Sesuai dipadankan dengan warna, fashion pakaian
  • Mudah digayakan, senang dibentuk
  • Perincian dan plaque istimewa menampakan ia lebih eksklusif

Light purple...feeling cool

Coral..fresh

Black...mysterial hehe

Memang memudahkan pemakaian, jimat masa sebab mudah digayakan....boleh sesuaikan pilihan warna mengikut mood, occasion..kasual, coprate...semuanya ngam...harga pun menarik dan mampu milik, dengan satu harga, kita boleh dapat 4 helai selendang panjang ....  Ohh ye untuk tips penjagaan....disebabkan metarialnya yang lembut, perincian yang dijahit terperinci tu... elakkan cucian mesin ye korang, rendam² celup² softener pun ok dah....supaya tak ronyok, rosak nanti. Lebih details tentang harga, promosi..boleh layari

FB Page : royaleorchidmy
Instagram : royaleorchid
Belian di : www.starporium.com

Jul 17, 2017

STREET CHURROS Pertandingan Makan Churros |



STREET CHURROS National Churros Eating Championship | Berita baik buat korang yang suka makan, yang suka makan churros terutamanya. Ada pertandingan makan² churros dan berpeluang menang makan churros FREE selama setahun!!! sekiranya korang menang diperingkat final.


Pertandingan ini dianjurkan oleh Street Churros Malaysia. Street Churros merupakan francais yang menjual churros dan minuman dari Korea. Pelbagai jenis churros yang divariasikan ada dijual di Street Churros , perisa chocolate, cheese, cinnamon dan banyak lagi. Paling menarik dan membuatkan Street churros lain daripada yang lain adalah kerana bentuknya seadakan pedal kuda / pelapik kaki kuda yang membawa maksud tuah. Korang boleh tengok keenakan moment aku lahap churros kat SINI hehe


3 team,  1st Round

Team Budget Good Good

Team Legends Of Food

Team Sisterhood

National Churros Eating Competition ini baru bermula,  1st round la kiranya..bertempat di Street Churros outlet Berjaya Times Square pada Sabtu lepas. 3 team  yang bertanding, setiap team disertai seramai 3 orang peserta. Team Budget Good Good, Legends Of Food dan Sisterhood. Memang nampak excited semuanya.... Nak pula time, churros yang mesti dihabiskan berada didepan mata...Ada yang cuak pun ada...


Huh mengiurkan churros ni

Ada bran???  Habiskan 50 churros? 

Mana tak nya, sebanyak 50 batang churros perlu mereka bertiga habiskan dalam masa 15 minit. 20 perisa cinnamon , 20 chocolate , dan 10 cheese. Setiap 1 churros dikira 1 markah..dan kalau ada team yang berjaya habiskan 50 churros tu dalam.masa yang ditetapkan, Street Churros akan refill lagi...hahah memang penuhlah churros dalam perut tu beb. Bestnya...dan akan ada ganjaran buat ' Man Of The Match ' buat peserta yang makan paling happening, havoc..


Hampir² give up! 

Yeahhh air churros heehe


Sesi penilaian...

Sepanjang tempoh 15 minit tu, memang best la tengok ketiga² team ni makan, mula, semuanya laju, masuk churros yang ketiga, keempat makin slow dah hehe..siap ada yang dip dengan air, dipping sauce .....macam² style lah nak menang.... Tapi tips paling penting, jangan banyak minum air kot, jangan malu dan tak kunyah lama² hehe. Dan paling meriah...competition ni disaksikan sendiri oleh CEO street Churros.


With CEO Street Churros

Tahniah Team Budget Good Good

Tahniah Bro 

Sijil penyertaan

1st round National Churros Championship dimenangi oleh team Budget Good Good, dan Man Of The Match pun dari team dorang. Memang sportin
ng team ni, dorang dapat habiskan 21 churros.... Memenangi RM 200 Street Churros Voucher + RM 100 Softfree Cash Voucher. Team ini akan ke ke Grand Final nanti .



Jom korang kita join.... Sempat lagi ni...syarat penyertaan pun mudah je...makan dan menang. Lebih details, borang penyertaan dan lokasi seterusnya boleh baca dan isi details di SINI serta rujuk jadual dibawah atau boleh terus ke page Street Churros MY

Locations of Preliminary Rounds:
- Street Churros @ Berjaya Times Square
3pm, 15th of July 2017
(Submit application by 9th of July 2017)

- Street Churros @ 1 Utama
3pm, 22nd July 2017
(Submit application by 16th of July 2017)

- Street Churros @ Empire Shopping Gallery, Subang
3pm, 29th July 2017
(Submit application by 23rd of July 2017)

- Street Churros @ IOI City Mall, Putrajaya
3pm, 5th August 2017
(Submit application by 30th of July 2017)

- Street Churros @ MyTOWN Shopping Centre, Cheras
3pm, 12th August 2017
(Submit application by 6th of August 2017)

- Street Churros @ Sky Avenue, Genting Highlands
3pm, 19th August 2017
(Submit application by 13th of August 2017)

Jul 14, 2017

Althea Turns 2 | Beauty Haul

Happy Birthday Althea !!! | Yeahhh now Althea turns 2... Alololo cutenya dah 2 tahun Althea rupanya, rasanya baru lagi celebrate 1st birthday Althea hehe. Macam tahun sebelumnya, Althea memang menyediakan pelbagai surprise, gift, sales untuk fans, pelanggan setia...syiok kan...dah macam celebrate birthday sendiri

Happy Birthday Althea



Tahun ni, Althea birthday box ala² kek gitu, ada 3 tier kek...dari box paling besar sampai yang cute...macam aku punya yg sedang, warna terqouis gitu, ada tulisan Happy Birthday pada bahagian tepi tu....

Althea Birthday Box

Antara birthday kit yg diberi

Potong dan deco

Birthday Cake for Althea heh

Ohhh ye ..box yang comel ni bukan sekadar boleh buat collection je, tapi kita boleh deco² dengam birthday kit yang disediakan...deco cantik² dan share di ig dengan #altheaturns2 ..berpeluang menang hadiah² awesome tau




Sempena birthday month Althea...macam² yang Althea tawarkan tau..rugi kalau tak grab time ni. Antara yang best :

  • Limited Edition Althea Birthday Box 
  • Birthday Kits for lucky early bird shoppers
  • Birthday sample pack for lucky early bird shoppers
  • Birthday Sales & Promotions 
  • Althea Birthday Giveaway Festival for customers (free products every other day in July to add into cart)
  • Althea Beauty Box July - Birthday Makeup Box (theme) 3/7 released
  • Weekly Lucky Shopper Contest to win Althea credits
  • Instagram #AltheaTurns2 Contest - snap & show your decorated birthday box to win amazing prizes from Althea! 
  • 20days of Beauty Giveaway on @Altheakorea (Instagram)

Hasil shoppimg mask

Free gift dari Althea

Okay kali ni aku grab mask paling banyak hehe.... Nak treat, pamper kulit muka ni.. Paling syiok, gift dari Althea sama banyak je dengan item yang aku beli hehe...

Its My Cushion Casing

Piolang 24k Gold Wrapping Mask

Innisfree Loose Powder

Dear Honey Propolis Royal Jelly Cornflower Mask

Lebaton Soothing Essence Mask

Y.E.T Anti WrinklesAsk

Elizaveera Pore Solution Super Elastic Mask

Tq Althea... Semoga Althea terus maju, dan melebarkan sayap ke seluruh dunia..dan tawakan lebih banyak kbeauty product yang best² hehe....Korang jom shopping di Althea.... Sempat lagi nak grab segala offers giler² tu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign