BAUSCH + LOMB Lacelle Jewel Dan Lacelle Diamond Daily Lens Paling Cool

by - July 03, 2017

BAUSCH + LOMB Lacelle Jewel Dan Lacelle Diamond Daily | Lens , contact lens memang susah nak cari yang betul-betul sesuai dan selesa dengan mata. Nak pula jenis mata yang sensitif. Standard lah, nak melaram pakai contact lens hehe, dari yang rabun, yang tak rabun semua nak nampak cantik, nak mata nampak gojes gitu. Pernah dengar tak jenama lens dari Bausch + Lomb ? Kalau nak tahu, Bausch Lomb ni jenama lens dari Korea.... Hah gitu.. Suka lah tu...

BAUSCH + LOMB Lacelle Jewel Dan Lacelle Diamond Daily 


Raya ni memang aku laramkan lens dari Bausch Lamb ni hehe. Aku BAUSCH + LOMB Lacelle Jewel Dan Lacelle Diamond Daily. Ni first time cuba brand lens ni. Puas hati sangat sebab mata tak kering langsung, tak payah susah-susah beli eye drop macam selalu tu...



Power terkini Uihh

Packaging comel

BAUSCH + LOMB Lacelle Jewel
Kanta lekap / lens yang ni boleh guna sebulan, ada macam² warna, ada Melanite Black, Topaz Brown, Crystal Grey, Amber Brown, Amethyst Violet, Saphirre Blue dan Peridot Green yang aku guna ni warna Brown... Paling aku suka sebab pada lens ni ada corak yang cantik sangat macam diamond gitu... Dah macam kpop start mata ni..Lens pun lembut, nipis, cool je... 0.078mm dan mata rasa fresh je sebab lens dari Bausch Lomb ni ada 38% kandungan air.



Cantik, bulat je mata..like a diamond


Memang berbeza sangat, macam tak pakai lens, sekali letak je dah ngam...lepastu mata aku memang tak merah macam lens lain. Tapi lepas ni nak guna yang warna lain, sebab yang ni macam tak nampak sangat kan diamond dalam mata tu





BAUSCH + LOMB Lacelle Diamond Daily
Yang ni pula, lens harian. Pakai sehari lepas tu buang terus...tak leceh nak rendam² lagi. Ada pilihan warna Aqua Glacier, Champagne Brown  dan Pink Rose.








Aku pakai Aqua Glacier suka sangat warna ni, tambahan pula saiz diameter lens yang agak besar, baru nampak menyerlah kan 14.2mm  dan ofcozlah corak lens yang macam batu berlian tu, buatkan mata nampak unik gitu, dah macam anime pun ada

Korang kena try lens dari BAUSCH + LOMB Lacelle sebab :

  • Sangat lembut, cool dan selesa dipakai...dah macam tak pakai lens
  • Dijamin selamat , sebab menggunakan teknologi canggih dan tahap keselamatan dijamin di peringkat antarabangsa
  • Kandungan air yang tinggi bagi melembabkan mata, tak rasa kering langsung
  • Ada Polymacon bagi kurangkan penyerapan protein dari kornea
  • Banyak pilihan warna, design yang cantik dan diameter lens yang awesome
  • Sesuai digayakan dengan apa jua situasi, warna pakaian
  • Mudah didapati, ada dijual di seluruh kedai optic 
  • Cuci pun senang dengan Bausch + Lomb Re~Nu Fresh
  • Harga yang berbaloi dengan kualiti lens

BAUSCH + LOMB Lacelle Jewel RM 68 ( 2 keping )
BAUSCH + LOMB Lacelle Diamond Daily RM 42 ( 10 keping) RM 110 ( 30 keping )

Facebook Page : BauschAndLombMY 


You May Also Like

1 ulasan

  1. kita dapat warna sama,suka pakai lens ni,selesa sangat

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish