Best Face Mist For Me

July 27, 2017

Face Mist / Face Spray | Antara skincare yang sememangnya penting untuk penjagaan kulit muka. Sebelum ni tak pernah ambik tahu pun pasal face mist, kebetulan tengok satu episod Running Man, Song Ji Hyo spray² mist hehe. Kuatkan pengaruh kecantikan kpop ni. Sebelum berkongsi lebih lanjut, meh nak share tentang ' apakah sebenarnya mist ni ? '


Best face mist ever

Face mist adalah semburan untuk kulit muka / badan, dalam bentuk cecair. Face mist berasaskan air , mineral dan diformulasikan dengan essential oil, ekstrak botani atau glycerin untuk mengekalkan kelembapan. Senang cerita, fungsi face spray ni adalah untuk kelembapan kulit khususnya. Antara lain kegunaan face mist :

  • Melembabkan kulit muka
  • Menyegarkan dan menyerikan wajah
  • Menghydrate kulit muka
  • Mencerah, mengecilkan pori
  • Mengurangkan iritasi
  • Mengelakkan kulit kering
  • Boleh digunakan sebelum, selepas mekap..membantu mekap lebih tahan lama

Just spray for refreshing



Xtually, ada 4 face mist kegemaran aku hehe. Sampai keliru nak pilih yang mana. Boleh gitu?  3 made in Korea dan 1 buatan Malaysia. Keempat² ni ada kelebihan dan kekurangnya... Tapi fungsi tetap sama ok. Ohh kesemua Korea mist ni adalah gift yang aku dpt, yang 1 tu hadiah giveaway...Alhamdulillah

  • Mamonde Floral Mist  120ml
  • Laneige Water Bank Mineral Skin Mist 60ml
  • Always 21 Aloevera Soothing & Refresh 100ml
  • Nano White Fresh Miracle Mist 125ml


Mamonde Floral Mist

For all skin types

Mamonde Floral Mist
Packagingnya bagi aku sedikit besar, so leceh sikit nak bawa kehulu kehilir. Jenis aluminium botol ni dan legap, tak nampak warna, kandungan mist. So kalau nak tahu baki mist kena goncang² je huuu. Price range RM 60+ - RM90+

Paling aku suka face mist Mamonde ni sebab, spray nya halus sangat, best sangat, lembut je mist tu keluar...kira takde lah macam kita renjis air di muka hehe. Face mist paling halus semburannya setakat ni. Wangiannya pun mild, natural je, tak over sangat. Yup water base dan glycerin dan ada kandungan fragrance...so beware korang yang alahan tu ye


Laneige Water Bank Mineral Skin Mist

Korean product

Laneige Water Bank Mineral Skin Mist
Saiz mini ni memang best, letak dalam poket pun takde hal. Botol plastik jernih, warna biru nampak segar dan mudah kita nak tengok kandungan mist. 

Semburannya pun ok, halus tapi tak sehalus Momande. Pun sama,  untuk kegunaan semua jenis kulit, bau natural je.
Harga sekitar RM 60 - RM90



Aloevera Soothing & Refreshing

95% Aloevera extract

Always 21 Aloevera Soothing & Refresh 
Inilah face mist pertama aku cuba,.tak habis² lagi. Suka sangat bau nya...paling kuat bau dari ketiga² mist yang ada ni. Tapi bau wangi lah, sedap..bukan bau tengik. Paling best ada 95% extract Aloevera, memang melembabkan sangat.  Packaging pun senang. Murah je RM 18 - RM28



Nano White Fresh Miracle Mist

9 manfaat 

Nano White Fresh Miracle Mist
Yang ni khusus untuk yang ada masalah jerawat, oily semua tu. Ada kandungan tea tree, Vitamin semua. Ada sensasi dingin, cool je..sebab ada menthol. Banyak manfaat ni 9 tsu..khusus merawat jerawat, pori semua

Tapi tu la, kurang suka dengan baunya macam bau limau masam yang dah nak lembik tu, mungkin gabungan tea tree tu kot. Packaging plastik, legap...x nampak juga. Nampak kecil, tapi besar dan berat juga. Price range RM20+


Hah gitewwww

So korang, recommend kat korang untuk try guna mist terutama yang kulit jenis kering tu, dengan cuaca kita yang panas. Kalau mengantuk, drive, naik train...tu sembur, spray je....nanti refresh balik. Senang je nak guna, sembur je di muka bebila masa terutama lepas pakai toner, time nak tidur, lepas mekap. Jarakkan 15-30 cm dari muka supaya semburan tu rata keseluruh wajah, biar je meresap sendiri. Jangan buka mata dan mulut pula hehe..bahaya ok. Kalau nak mist Korea, prefer beli direct dari Althea Korea, dijamin original direcr from Korea...kalau di farmasi pun ada, Lazada, 11Street, Hermo.....

You Might Also Like

7 ulasan

  1. Nak try Aloevera Soothing & Refreshing tu ar..sbb murah sikit rega dia..hehe

    ReplyDelete
  2. Jue guna yg hijautu apa nama aloe vera ka.. rm16 sesuai la.. mekapnpun dah tak capuk tauuu

    ReplyDelete
  3. suka mamonde sebab very light feel bila spray.

    ReplyDelete
  4. face mist boleh menyegarkan kulit muka , Laneige Water Bank Mineral Skin Mist tu salah satu wishlist.

    ReplyDelete
  5. I have always wanted to try Laneige Water Bank Mist...since they are famously known for their superhydrating products..hahhaha

    ReplyDelete
  6. Lama juga terasa nak beli yang mamonde. thanks review, baru tau yg mist dia sangat lembut eh. Besar sikit tu boleh lagi kot bawa dlm beg tangan.

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish