DAIRY TOOTH ICE HOUSE, SUNWAY PYRAMID

by - July 12, 2017

DAIRY TOOTH ICE HOUSE, SUNWAY PIRAMID | Sabtu lepas berkesempatan ke pembukaan otlet terbaru Dairy Tooth di Sunway Pyramid. Ini merupakan outlet mereka yang ketiga selepas Berjaya Time Square dan Jaya One. Wahhh dah 3 outlet, itu menandakan hidangan dari Dairy Tooth Ice House mendapat sambutan masyarakat di Malaysia.

Dairy Tooth Ice House Grand Opening

Dairy Tooth

Dairy Tooth ni berkonsepkan restoran / cafe ala Hong Kong style. Memandangkan Dairy Tooth memang berasal dari Hong Kong sejak 2015 lagi. Ada pelbagai snek dan minuman yang disediakan sesuai bagi semua peringkat usia terutama korang yang gemarkan milk tea, puff, waffles, toast dan banyak lagi.


Penyediaan puff

Yang lainnya adalah bahan, resepinya adalah Hong Kong style...hah gitu dan kita boleh tengok staff DT menyediakan pesanan.



DT Silky Milk Tea

DT Silky Milk Tea
Dairy Tooth Silky Milk Tea adalah signature minuman yang digemari. Rata² pelanggan akan order air ni, bukan milk tea biasa tau..tapi dibrew dengan Red Tea berkualiti, gred tinggi dari Hong Kong. Rasanya tak pekat, tak pahit sangat..kira macam mild, silky je..dan memang manis yang mild je. Bagus ni, tak terlampau manis.



Original Egg Puff

For take away

Coklat Eff Puff


DT Original Hong Kong Eggs Puff
Yang ni menu yang aku suggest untuk korang, best seller ni tau. Menariknya puff di Dairy Toot ni bentuk bulat² seakan telur, sesuai dengan namanya hehe. Puff ni sedap dimakan waktu panas, baru dapat rasa crunchy dibahagian tepi. Kalau sejuk pun ok, tapi kurang umpphhh. Besar portion ni, boleh kenyang....berbaloi dengan harga RM6.90 tu. Ada bermacam flavor untuk dicuba, ada coklat, wasabi, cheese dan banyak lagi. Pun sama tahap kemanisan yang superb..yang sedang² aje. Coklat tu....ok juga, cuma tak.kuat sangat rasa coklatnya


DT Polo Bun

Belahan disapu butter

DT Polo Bun

Wahhh besar gedabak kebun ni. Boleh tengok garisan bakar kat atas, cantik menyelerakan, kesan caramel gitu. Bun ni fluffy sesangat, lembut nya... Rasanya ada manis² dan bahagian dalam nya dibelah dan disapukan dengan butter...wahhh sedapnya makan time panas...meleleh butter tu...yang ni serius..aku makan sebiji seorang haha

DT Peanut Waffles

DT Peanut Waffles
Waffle dengan peanut butter huhu sedap dimakan panas. Tekstur waffle di Dairy Tooth ni agak lembut, fluffy...memang kena dengan tekstur crunchy dari kekacang tu..yupp peanut spread nya sedap..




Bersama dancer sempena opening

Memang ramai pelanggan time pembukaan tu, sebab pihak Dairy Tooth ada bagi free beverage dan diskaun belian. Masing² teruja nak cuba snek dan minuman dari Hong Kong ni. Lokasinya terletak di
First floor Orange Atrium, Near to maxis 
F1.K2A, Sunway Pyramid .

Facebook : https://www.facebook.com/dairytoothmalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/dairytooth.malaysia/


You May Also Like

2 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish