Jul 18, 2017

HUDAA by ROYALE ORCHID | Koleksi Shawl Menarik Dan Berkualiti

Hudaa by Royale Orchid | Korang biasa tak shopping di starporium?  Ala website yang jual segala produk,  fashion dari artis dan instafamous tu... Ingatkan mahal, tak mampu nak beli, rupanya ada je yang ok² tau. Antaranya koleksi shawl dari Hudaa by Royale Orchid. Kalau nak tahu, koleksi shawl ni diperagakan oleh Che Ta, korang boleh tengok dekat website atau page Starporium atau Royale Orchid

Hudaa by Royale Orchid


Koleksi Hudaa ni adalah koleksi asas daripada Royale Orchid. Direka sendiri oleh pengasasnya Encik Rosix Omar. Ada 4 shawl tau dalam box ni, nampak je macam kecil kan.... Ada 3 plain shawl... Warna light purple, black, coral  dan 1 printed shawl. Semua shawl ni panjang² okay..  

Plaque emas disetiap shawl

Keistimewaan koleksi Hudaa by Royale ni ofcoz dari segi metarial, kualiti fabriknya...Ya ampun..lembut sesangat shawl² ni, berbeza dengan yang kita beli di pasar malam hehe...dari fabrik chiffon Senang je nak digayakan...malas gosok pun.. Cantik je korang tau hehe...paling best walaupun lembut, ia tak jarang dan tak panas...so takde masalah kita nak melilit shawl sepanjang hari. 

Plaque emas Hudaa menampakkan shawl2 dari Hudaa by Royale Orchid nampak ekslusif... Dijahit dengan kemas cantik dan kuat. Walaupun metarial shawl ni agak lembut, tapi jahitannya tetap kemas tau. 

Perincian bentuk bunga, minimal tapi wow
Perincian tambahan yang sederhana ni memang cantik...dijahit menjadi kelopak bunga   setiap shawl,  lain2 warna perincian ni tau...less is more gitu.... Cantik kan

Printed shawl Hudaa

Selempang² pun cantik

Untuk yang printed shawl ni, memang aku suka sangat, dah 2-3 kali pakai pergi event dan outing hehe..jarang tau shawl jenis satin ni sejuk, tak panas tau , serius lembut, halus, dan paling penting tak panas dan senang dibentuk..terletak jemmmtak payah lilit sangat pun, selempang je dan cantik.... Printed design pulak, tak heavy sangat, warna² yang agak pastel..memang mudah kita nak match kan dengan pakaian lain 

Hudaa by Royale Orchid
  • 1 harga dapat 4 helai shawl
  • Pilihan warna menarik
  • Kualiti memuaskan, pilihan fabrik yang lembut
  • Sesuai dipadankan dengan warna, fashion pakaian
  • Mudah digayakan, senang dibentuk
  • Perincian dan plaque istimewa menampakan ia lebih eksklusif

Light purple...feeling cool

Coral..fresh

Black...mysterial hehe

Memang memudahkan pemakaian, jimat masa sebab mudah digayakan....boleh sesuaikan pilihan warna mengikut mood, occasion..kasual, coprate...semuanya ngam...harga pun menarik dan mampu milik, dengan satu harga, kita boleh dapat 4 helai selendang panjang ....  Ohh ye untuk tips penjagaan....disebabkan metarialnya yang lembut, perincian yang dijahit terperinci tu... elakkan cucian mesin ye korang, rendam² celup² softener pun ok dah....supaya tak ronyok, rosak nanti. Lebih details tentang harga, promosi..boleh layari

FB Page : royaleorchidmy
Instagram : royaleorchid
Belian di : www.starporium.com

4 comments:

  1. Klu akak, suka style selempang2 gitu je..rasa ala2 keknis gitu..hehe

    ReplyDelete
  2. Nice Artikelnya.. ijin share dan jangan lupa kunjungan baliknya... http://essenaquatic.xyz/umpan-ikan-bawal-kilo-gebrus/

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign