Korean Spicy Seafood Ramen @Dubuyo

July 28, 2017

Korean Spicy Seafood Ramen ( Jjampong ) |
Kalau berkunjung ke restoren makanan Korea, mesti aku akan pesan ramen / ramyeon ala kalau kat sini macam mee maggi tu... Tapi supnya dibuat sendiri lah. Biasa pesan yang biasa, kali ni pesan Spicy Seafood Ramen,  kali ni makan sengsorang di Dubuyo


Dubuyo Sunway Pyramid

Dubuyo antara port makan² Korea yang Halal, harga pun okay. Semua best juga, Bibimbap, Bulgogi, Ttoboki semua tu, siap ada set.. Lagi jimat ok


Korean Spicy Seafood Ramen

Bachan / side dish

Selfie itu pasti

Korean Spicy Seafood Ramen ni tak silap RM20+ siap sekali bachan / side dish..ada kimchi, kacang buncis dan tauge... Opppsss ada tofu sup juga. Standard makanan Korea, setiap hidangan memang disertakan dengan bachan. Ohhh aku order sekali dessert, tofu manis ni...dalam belasan ringgit. Tofu ni lebih kurang taufufa tapi kuat rasa tohu dan sirapnya agak jernih dan ada hirisan kulit lemom


Sedap, smooth, manis



Fresh seafood

Seafood ramen di dalam dolsot / mangkuk batu untuk kekalkan kepanasan. Meriah dengan seafood, ada sotong, udang, lala. Selain ada kimchi, tauge, tauhu tu semua. Fresh sedap, meriah, booommmm haha...sedap....banyak portion nya....ohhh sekali Korea Green Tea.... Memang heaven
Kalau bawak anak² dorang suka makan bulgogi set...

You Might Also Like

3 ulasan

  1. Dah try gak Spicy Seafood Ramen..1st time benornya try..kawan ofis bawak makan kat dubuyo ni..nganga nak order apa..nasib ada sorang member tu kaki citer korea..dia la bgi cdgn nk mkn apa..hehe

    ReplyDelete
  2. Akan ku jejak kan kaki ke sini.. kikiki.. jeles nengok sis makan fresh seafood.. kikiki..

    ReplyDelete
  3. memang nak sangat-sangat try korean food nie , tapi belum kesampaian lagi

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish