Jul 14, 2017

Pika Pika Sparkling Bright Tea Party

Pika Pika Sparkling Bright Tea Party | Sabtu lepas , sempat sertai tea party bersama PIKA PIKA bertempat di Foret Blanc organised by Watson Malaysia
Seramai 50 blogger yang hadir kalau tak silap. Beauty bloggers yang dipilih khas oleh The Butterfly Project Malaysia. Memang best join event kali ni, bukan saja dapat mingle² dengan bloggers,  dapat ilmu baru dan berpeluang merasai, menggunakan rangkaian produk penjagaan wajah / skincare terkini dari Jepun, iaitu PIKA PIKA


3 rangkaian cleansing Pika Pika

Tea Party bermula dengan sesi pengenalan produk oleh orang kuat Watson, best penerangan beliau cukup mudah difahami, dan jelas. Pengenalan mengenai PIKA PIKA, rangkaian skincare dari Jepun yang berasaskan ekstrak buahan semulajadi, AHA dan BHA untuk membantu membuang sel kulit mati serta kotoran yang tersumbat dalam liang pori. Selain itu PIKA PIKA diformulasikan dengan mineral dan whitening complex untuk membersihkan kulit mati dan menyerap lebihan minyak


Penerangan lengkap dari wakil Watson | Pika Pika

Rangakaian PIKA PIKA deep Cleansing :
  1.  Sparkling Bright Fruity Cleansing Liguid 190ml
  2. Sparkling Bright Peel Off Mask 80g
  3. Sparkling Bright Hot & Cool Cleansing Gel 35g


Bare face semua hokeyyy 

Part paling best di Pika Pika Sparkling Bright Tea Party , adalah No Mirror Makeup Challenge hehe... Yupp makeup tanpa cermin. Masa datang event semua tak pakai makeup...sebab masing² excited nak join challenge ni hehe... Lepas makeup semua, tibalah masa kitaorang try sendiri rangakain skincare dari PIKA PIKA . Wahhhh bestnya......


Pika Pika Cleansing Liquid

Best tanggalkan makeup

Step 1
Lepas makeup...nak cuci tu, basahkan muka dengan air...kemudian kita pam kan 1-2 pam PIKA PIKA Sparkling Bright Fruity Cleansing Liquid 190ml. Seriously bestnya bau, fruity sangat.... FYI tak banyak buih... Tekstur halus,  lembut je...memang tak rasa pedih dan kasar. 

Gonyoh je muka macam biasa, selamat untuk mata dan bibir, dah macam makeup remover pun ada...semua waterproof makeup tadi tertanggal..tanpa perlu gonyoh kuat. Lepastu bilas macam biasa, puhhhh kulit jadi lembat, halus, lebih cerah dan sure wangi



Pika Pika Hot & Cool Cleansing Gel

Best for tightening hehe

Step 2
Dah lepas cuci tu, kitaorang cuba PIKA PIKA Sparkling Bright Hot & Cool Cleansing Gel 35g . Yang ni just apply part yang ada masalah blackhead / whitehead...macam aku apply di T zone... Dan dagu sikit..apply nipis je...gel ni jernih...bau wangi juga..bau buahan

Huh...dia mulanya rasa biasa..after a few second..mula lah ada sensasi hot tu..tapi hot yg mild² je..macam kat spa tu...kata beautician..ini effect tightening pores... Dan lepastu kembali cool..memang best  .ohh cleansing gel ni kena bilas, basuh ye. Memang nampak pores makin kecut...Double function, cleansing + repairing...bagi yang kulit over sensitif, boleh la pakai moisturiser ye..mana lah tahu kan..kot pedih



Pika Pika Peel Off Mask


Step 3
Yang ni kitaorang oles, try pada tangan je..sebab makan masa nak kering nanti..sebab PIKA PIKA Sparkling Bright Peel Off Mask 80g ni jenis peel off... Hehe bagus untuk buang sel kulit mati, blackhead semua tu. Mengandungi Arbutin bagus untuk hilangkan bintik² hitam dan bantu tegangkan, cantikkan kulit...

PIKA PIKA Deep Cleansing :
  • Ada 3 item, Cleansing Liquid, Peel Off Mask dan Hot & Cool Cleansing Gel
  • Buatan Jepun
  • Diformulasikan dengan White Clay, AHA dan BHA
  • menggunakan Japan Skin Care Technology
  • Membersihkan wajah secara mendalam dan menyeluruh
  • Selamat,, bagus dan berkualiti
  • Harga berpatutan dan mudah didapati di seluruh Watson Malaysia


Bare face pun tetap snap kemenangan kah²

Dan ada sesi jawab dan menang...yeahhhh menang!!!!  Dapatlah Pika Pika Sparkling Bright Cleansing Liquid satu....

Unicorn Ice Cream

Unicorn Macaroon

Cantik, cute, sedap

Meltingggg

Done... Siap semua...dah touch up semula...tibalah sesi tea party yeahhhh... Dihidabgkan dengan pelbagai desserts comel dari Foret Blanc.... Paling unik dan sedap adalah Unicorn Macaroon & Ice Cream.  Memang comel...sayang nak makan..seriously semuanya sedap... Coklat tu tau..cantik kan pun sedap dan sayang dimakan haha

So korang pada yang nak try segala desserts yang comel, cute, cantik, sedap dimakan boleh lah dating kat sini... Dan rangkaian PIKA PIKA boleh didapati diseluruh Watson Malaysia, online pun boleh tau..layari je WATSON

Facebook : Watsons Malaysia
Instagram : watsonsmy

Foret Blanc :

49-G, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50, Taman Petaling Utama, 46150 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia







4 comments:

  1. waaaaa mesti bestkan produk baru ni sbb guna bahan semulajadi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best yunk...nk plak kulit broken mcm titewwwhuuu

      Delete
  2. Nampak glowing la walaupun bare face

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Menarik !!!

Mama Darwiish Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign