Resepi Pankek Korea | Pa Jeon

by - July 19, 2017

Resepi Pankek Korea | Pa Jeon yangbaku kongsikan ni adalah versi yang paling simple. Walaupun tak pernah ke Korea lagi haha... Tapi memang minat nau² segala makanan Korea yang Halal² tu. Termasuk Korea Pankek atau Pa Jeon. Pa Jeon ni kira macam lempeng ataupun cekodok leper gitu...cuma ada penambahan telur. Nak lagi real rasa Korea, boleh beli pankek Korea punya tepung di pasaraya...kat Aeon ada jual, RM 7 sebungkus



Korea Pankek, Pa Jeon ni bukan dimakan waktu breakfast kalau di Korea, tapi ia dimakan sebagai ' bachan ' side dish dalam hidangan utama...tapi kalau tengok tv rancangan Korea tu .. Pa Jeon ni ada je dijual di street market ... Bila² boleh makan, yang biasa, seafood, kimchi, seaweed...semua boleh diolah ikut citarasa

Resepi Pankek Korea | Pa Jeon :

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Daun kucai / bawang ( dipotong)
Optional * seafood, sayuran, cili merah


Cara penyediaan :

  • Satukan semua bahan dalam mangkuk, aduk sekata
  • Panaskan sedikit minyak diatas kuali leper
  • Sendukkan adunan..dan ratakan leper...masak hingga kekuningan...
  • Sedia untuk dimakan, sedap dimakan panas...ada rasa garing dibawah...lembut bahagian atas... Dicicah dengan kicap cair dll

Selamat Mencuba


You May Also Like

2 ulasan

  1. Nampak mcm telur Dadar pun Ada kan

    ReplyDelete
  2. honestly pajeon yang seafood je sedap..yg lain tu biasa je...kalau kimchi lagi la flat je rasa dia..hahaha

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish