Vokalis LinkinPark Chester Bennington Mati

July 21, 2017

Linkinpark antara rock band yang aku follow dulu zaman sekolah, area 90an dah wujud. Memang best, dari lirik, penyampaian, mesej lagu, band dorang berbakat, hensem lagi haha. Ingat zaman tu guna kaset lagi, cd pun ada dah...sempat juga aku kumpul duit belanja beli beberapa album dorang. #AbahTahuAbahMarah hehe.. Antara yang aku ada,  dari album Hybryd Theory, Paper Cut dan Meteora. Lagu semua memang best beb. Korang google je, youtube je...bersusun semua...




Chester Bennington, vokalis Linkinpark kecil molek je orangnya, bertatu sampai lengan..bila nyanyi.all out sangat..terkejut dengan berita kematiannya.... Bila baca punca nya, kesian sangat....ni lah bahaya penderaan, nak pula penderaan seksual...sampai kemati dorang trauma kan...huuu. Sumber Berita Harian


NEW YORK : Vokalis kumpulan metal terkenal, Linkin Park, Chester Bennington dijumpai mati tergantung di rumahnya semalam, dipercayai akibat membunuh diri.
Pejabat koroner Los Angeles berkata, mereka menerima panggilan sejurus selepas jam 9 pagi (waktu tempatan) yang memaklumkan mengenai penemuan mayat Bennington di kediaman mewahnya di Palos Verdes.
Ketua Operasi pejabat itu, Brian Elias, berkata kes berkenaan disifatkan sebagai kejadian bunuh diri.
Pemain gitar dan komposer utama Linkin Park, Mike Shinoda dalam status beliau di akaun Twitter dipetik sebagai berkata: "Terkejut dan sangat sedih, tetapi ia benar".
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Bennington secara terbuka mengakui mengenai zaman kanak-kanaknya yang penuh bermasalah di Arizona.
Katanya, beliau didera secara seksual selama bertahun lamanya oleh seorang kenalan keluarga dan bertukar menjadi seorang penagih dadah dan alkohol selepas ibu bapanya bercerai ketika berusia 11 tahun.
Kemarahan beliau itu disalurkan kepada muzik beraliran 'heavy metal' tetapi Linkin Park adalah perintis kepada kebangkitan gelombang muzik 'nu metal' yang menggabungkan struktur pop dan hip hop, membabitkan rap oleh Shinoda di antara nyanyian Bennington.
Pada Mei lalu, Bennington juga pernah melahirkan rasa sedih yang begitu mendalam atas kematian rakan karibnya, vokalis kumpulan Soundgarden, Chris Cornell.
Linkin Park sepatutnya memulakan siri jelajah mereka minggu depan yang akan membabitkan persembahan di stadium bola lisut Citi Field di New York bersama beberapa kumpulan terkenal lain, termasuk Blink-182 dan Wu Tang Clan. - AFP


You Might Also Like

3 ulasan

  1. Aaaaa.. Zaman dkna dulu layan gak lagu depa ni

    ReplyDelete
  2. In the end dan Crawling, dua lagu yang saya paling suka ... bukan penyanyi Linkin Park yang saya suka pada asalnya, tapi Mike Shinoda tu ... kerana Mike, saya follow Linkin Park, hehe.. zaman tu dah berlalu, zaman metal saya .. apapun, takziah buat isteri dan anak anak Chester ....

    ReplyDelete
  3. mmg sedih kan...dengar pun terkejut...ramai artis yang berbakat ada masalah depresi, dan yg sedihnya sbb depresi ni pembunuh yg kita tak nampak :(

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish