Barangan Baby Murah Di Baby Dash

by - August 28, 2017

Baby Dash Shop Shop Shop Event |Pernah dengar tak tentang Baby Dash?  Pada yang kaki online shopping mesti tau... Baby Dash merupakan laman web yang menjual pelbagai keperluan bayi dan kanak-kanak dengan harga menarik, diskaun hebat dan pelbagai pilihan. Selain memiliki warehouse sendiri di Pelangi Sentral Damansara

Baby Dash

Last week berkesempatan menyertai event Baby Dash Shop Shop Shop di Baby Dash Warehouse. Ramai mommies, kids, babies yang hadir...semuanya teruja bila melihat pelbagai barangan, mommies² dah semestinya tak sabar nak shopping. Rambang mata, dari pakaian, susu, lampin, permainan, toiletries semuanya ada. Aneka pilihan jenama ditawarkan dari jenama tempatan hingga antarabangsa. Dan ruangan untuk anak² bermain juga turut disediakan.

Pelbagai barangan

Mudah dicari

Walaupun murah, kenalah bijak berbelanja, belanja untuk keperluan je tau hehe... Antara yang sempat aku grab ada 4 item iaitu , Ning Salmah Minyak Tenang Anakanda, Pureen Baby Wipes Value Pack ( 24% diskaun) dan 2 Buds Oral Care Organic ( 20% diskaum setiap satu)


Banyak diskaun dan sales 

Mommies time

Memang best shopping di Baby Dash, sebab dibantu oleh staff yang friendly, barangan mudah dicari dan tentunya banyak diskaun. Oh ye kalau beli melalui online, jaminan 2 hari untuk terima barangan belian korang, hari ini order, hari ini juga Baby Dash akan poskan...dan FREE SHIPPING untuk setiap belian RM155 dan ke atas.

Penerangan dari co-founder

Register before shopping

Sebelum shopping, jangan lupa untuk mendaftar keahlian Baby Dash. Disitu nanti, korang hanya isikan details yang diperlukan mengikut step yang diberikan seperti nama, alamat dan sebagainya. Pembayaran pun mudah dan ianya selamat dan dipercayai.




Instagram: @babydash.com.my


You May Also Like

1 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish