Kurin Healthy Food Kini Di NU Sentral

by - August 24, 2017

KURIN NU Sentral | Lately netizen dah mula cenderung dan sedar akan kepentingan makanan sihat dan berkhasiat. Ramai yang cuba mengamalkan pemakanan sihat seimbang tapi kadang kala tak cukup masa untuk menyediakannya dek kesibukan masa. Di Kurin segalanya ada.. Makanan bernutrisi, mengenyangkan dan harga berpatutan....Tak percaya?  Sila baca...

KURIN NU Sentral

Kurin sebelum ini hanya beroperasi secara online, dan kini telah memiliki outlet pertama di NU Sentral Mall. Kurin menyediakan  bahan², penyediaan, premis makanan semuanya bersih dan mememuaskan, membantu kesihatanndan hidup yang lebih baik. Kesemua menu hidangan di Kurin lengkap dengan khasiat seperti fatty acids, lean protein, minerals, fiber, omega dan sebagainya serta tiada bahan pengawet, perasa dan gula tambahan.

Kensep pantry terbuka

Konsep makan di Kurin Deliciously Fit adalah ready to picked up atau grab and go...so tak perlu tunggu lama, kebanyakkan hidangan tersedia diadalam freezer, tapi no worries semuanya segar dan berkhasiat...dan korang boleh lihat sendiri cara penyediaan makanan disediakan kerana konsepnya open counter...transparent gitu

Pokeritto

Memang banyak sangat menu yang sedap, berkhasiat dan paling best harganya serendah RM11 dan tersangatlah mengenyangkan...makanan sihat yang mengenyangkan. Signature menu di Kurin adalah Pokeritto iaitu poke serta boritto dengan tuna atau salmon torched...dengan pilihan Japanese short grain atau brown rice

Salmon Spicy Mayo Sandwich

Roti  bijan lembut

Kalau tak nak makan nasi, boleh pesan Salmon Spicy Mayo Sandwich...memang terbaik..rasa sos spicy mayo tu memang kena dengan salmon..dan roti gandum tu huuu lembut dan ada sesame... Buatkan tekstur rangup kat situ...besar dan mengenyangkan...harga cuma RM18



Don with Salmon Torched

Poke Bowl wajib korang cuba..heaven beb...ada 2 saiz...big dan small...aku pilih big haha RM 11-26 sahaja. Base nya boleh pilih Japanese short grain atau brown rice...aku pilih Don salmon torched dan boleh pilih 4 topping sayuran dan buahan...memang awesome digabungkan dengan edamame beans, capsicum, mango dan seaweed... Kena pula dengan sos spicy mayo...huhhhh. Untuk sos...banyak pilihan sos..semestinya sedap seperti sos wasabi mayo, spicy mayo, ponzo fresh, teriyaki dan classic

Health and Happiness Set

Aneka healthy pudding

Health and Happiness Set ni sesuai sangat bagi yang gemarkan sushi..kira dah macam sushi kombo...memang jimat, fresh lagi dan hanya RM18 per box...ohhh untuk dessert ada Grace Chia Seed Pudding, Banana Chia Seed Pudding dan Strawberry with Blueberry Chia Seed Pudding ...memang sedap..hanya RM10-11

Thanks KURIN for having us

Bagi korang yang sibuk seharian bekerja, dan yang teringin nak mencuba menu berkhasiat, lazar dari Kurin, boleh terus ke Kurin NU Sentral sebab ada promosi BUY 2 FREE 1 sehingga 31 Ogos ini....atau boleh buat pesanan secara online....delivery sekitar Bangsar, Bangsar South, KLCC, Hartamas dan Month Kiara dari jam 11 am - 2 pm... Free delivery caj untuk belian melebihi RM50 atau hanya RM5 untuk setiap belian


KURIN
Lot 5-10, NU Sentral Mall
201, Jalan Tun Sambathan
50470 Kuala Lumpur

Facebook :Kurin.my
Instagram :Kurin.my
Telefon : 019-390 7381

Waktu Operasi :
Weekday : 8:00 am - 10:00 pm
Weekend : 10:00 am - 10:00 pm

You May Also Like

5 ulasan

  1. sebelah mana kedainya...akak tak pernah nampak pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA level 5 sebelah GSC, baru buka ni...

      Delete
  2. sapa kaki makan sushi memang kena cuba la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Jue, fresh, roti, nasi, bijirin pun ada....kalau x mau sushi

      Delete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish