Makanan Thai Sedap Murah Halal | BANNGKOK STREET FOOD

by - August 01, 2017

Banngkok Street Food | Tekak Melayu, walau diterjah dengan Korea Food, Japanese, Chinese food, makanan ala Melayu, pedas² masam² tetap jadi pilihan. Thai food huh,  belum lagi makan, dengar nama pun dah merembes air liur dibuatnya. Terus terbayang siakap stim, som tham, padprid, tomyam tu semua kan

Banngkok 

Banngkok Street Food

Alkisah Sabtu lepas, cik habang ajak jenjalan Danau Kota, nak ke uptown katanya...sampai awal so kita jenjalan cari makan dulu, lepas pekena steamboat, kami singgah di Banngkok Street Food... Nampak memanggil² sangat Pulut Durian, Mangga kat luar tu.

Pose kali ni lain sikit haha

Dari luar memang nampak macam di Bangkok Thailand dah, dengan lagu Thai nya hehe...Staff bertopi koboi bagai..memang tergoda lah haha

Aneka desserr Thai

Minuman ala Thai

Memang ramai...sekali pandang macam di Boat Noodle hehe..tapi di Banngkok ni luas, meriah menu nya, sampai 100 pilihan ok...owner nya Chef lagi...ada pengalaman dan ada restoran di Thai...family ada asal dari sana kalau tak silap. Patutlah real sesangat rasanya. Selalu terliur kan tengok kaki travel share makanan kat sana, kat sini semua ada....Banana pancake, Chathuthak semua lah ada


Daun Kaduk segar tapi kecik

Pulut Durian Thai

Semerbak harum

Haishh perut kenyang..emmm so pekena Miang Kham dengan Pulut Durian je.. Miang Kham ni paling murah dari restoren Thai yg pernah aku cuba...RM9+ je...tapi daun kadok nya comel je...sos dia lain sikit..macam berkacang dan tak masam, pedas sangat... Pulut Durian RM12+ ..memang superb..durian meriah... dan tak bersantan sangat..just nice


Green / Red Thai Soda

Miang kham time


Red Thai & Green Tea Iced Soda With Selasih ni sedap...fresh RM6.90. Next time memang nak terjah lagi. Nak cuba lagi menu lain, rasa rugi pula tak cuba....sebab memang kenyang haisss Alhamdulillah

Lokasi : 1-3, Jalan 1/23e, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia



You May Also Like

1 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish