Tips tangani anak hyper-active nakal | Ustazah Nurhafizah

August 04, 2017

Tips tangani anak hyper-active atau nakal |
Huh pe'el anak2 ni setiap seorang tu tak sama, masing² ada keistimewaan. Ada yang baik, diam, behave, malu, takut pada persekitaran asing...dan HYPER ACTIVE... Orang kita panggil nakal, lasak...jenis tak reti duduk diam...kalau kecil 1-3 tahun ok lagi kot, kalau atas pada tu, kadang mengundang rasa geram juga heheh...tu belum lagi penerimaan orang luar...


Hari tu, ada tengok Ustazah Nurhafizah sharing tips di TV untuk bantu atasi dan handle anak² hyper active ni... Semoga bermanfaat untuk parents diluar sana

Lebihkan tumpuan pada anak²
Mak ayah perlu lebihkan tumpuan pada anak²....berbual, beraktiviti bersama kerana time ni anak² suka bereksplorasi..proses belajar perlu dorongan dan pantauan ibu bapa. Jangan hadap sangat gajet... Ok mummies
Elakkan pukul, cubit, tengking, herdik apatah lagi memaki hamun. Ucapan ibu itu doa... Lebihkan phsyco mereka

Jaga pemakanan anak²
Make sure diet pemakanan mereka seimbang, ada karbo, protien, vitamin, zat, mineral semua...
Kurangkan gula...sebab gula membekalkan tenaga, lebih gula = lebih tenaga = hyper aktif

Tauladan yang baik
Bukannya kena pantau, kawal tingkah laku anak²....tapi kawal dulu diri sendiri ye mummies, daddies...tunjukkan adab, sopan, moral yang baik
Anak melihat, mengingati dan mengikut apa yang parents buat

Berdoa pada Allah
Dah buat semua, usaha, tawakal...kenalah selalu berdoa...sebab semuanya datang dari Allah... Doakan zuriat kita baik sifat, tingkah lakunya, bijak, cergas, pembela agama, bangsa, negara....
Jangan lupa doakan supaya kita diberi kekuatan, petunjuk, kesabaran dalam mendidik anak² menjadi soleh dan solehah




You Might Also Like

1 ulasan

  1. Alhamdulillah.. tq atas tips ni.. ada yang sedang diamalkan.. ada juga yang negatif terbuat.. pasni taknak buat dah.. huhu

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish