Traveloka Di KL2017 Sea Games

by - August 25, 2017

Traveloka Di KL2017 | Kemeriahan temasya Sukan Sea 2017 ( KL2017 ) terus diraikan. Sukan Sea yang ke-29 menyaksikan, Malaysia sebagai tuan rumah pada kali ini. Sebagai tuan rumah kemeriahannya lebih terasa serta sekalung tahniah buat jaguh-jaguh negara kerana berusaha keras dan berjaya mengharumkam nama negara.

29 Southeast ASEAN Games telah berlangsung dari 19 Ogos sehingga 30 Ogos nanti, manakala ASEAN Para Game bermula dari 17 Ogos sehingga 27 Ogos nanti. Dan selepas 16 tahun, kini Malaysia kembali menjadi tuan rumah. Disebalik kemeriahan Sukan SEA ini,,Tahukah korang...  Traveloka merupakan salah satu sponsor kuat di KL2017 ? 



Ya Traveloka https://www.traveloka.com/en-my/ merupakan Gold Sponsor Sea Games 2017. Traveloka merupakan laman web e-dagang perlancongan yang menawarkan servis tempahan tiket penerbangan dan penginapan hotel dengan harga dan servis terbaik. Percutian lebih berbaloi dengan harga rendah, servis terbaik dan dipercayai serta tiada caj tersembunyi. Tak kisahlah samaada di dalam Malaysia mahupun luar negara. Pada yang kaki travel, memang banyak benefits kalau travel menggunakan Traveloka. Di KL2017 , Traveloka turut menaja penerbangan dan penginapan bersempena temasya ini bermula 19 Ogos - 30 Ogos nanti



Traveloka sebagai Official Online Travel Partner , Traveloka telah menaja penerbangan dan penginapan bersempena temasya ini bermula 19 Ogos - 30 Ogos nanti daripada penerbangan dan penginapan. 

Traveloka juga membuka booth bertempat di Stadium Bukit Jalil, dan di booth Traveloka terdapat pelbagai aktiviti, contest dengan peluang memenangi hadiah lumayan sehingga RM200 000. Plus live feed pun ada bagi memberi liputan secara langsung acara sukan yang berlangsung. Wah meriahkan...banyak tu, rugi kalau tak singgah.


Sibuk bekerja?  Tak sempat tonton acara Sea Games KL2017 di tv ? No worries, kita boleh layan live stream di Traveloka di sini http://travelokakl2017.com.my/ ada yang live di facebook dan youtube, dan semuanya jelas, terang dan live...makesure cukup data ok hehe..dan ada peluang juga menang pelbagai hadiah menarik tau. Memang wow kan, sambil tonton live Sea Games boleh menang hadiah lagi



Pada yang suka join contest, yang suka menang hadiah, korang jangan lupa untuk join contest bersempena KL2017 di Traveloka,  klik je link di atas tu, klik ' home ' dan ' kontes ' lepas tu, akan keluar syarat penyertaan, arahan, info dan sebagainya. Jangan risau semuanya berkaitan KL2017. Setiap hari akan ada pelbagai jenis contest dan permainan...


  • Pilih permainan / acara sukan yang bakal dimenangi...boleh pilih satu je
  • Ikut je step mudah, masukkan email dan pilih negara mana yang bakal memenangi acara tersebut
  • Submit dan boleh share di media sosial




Dan paling seronok, sempena KL2017 ini, Traveloka menawarkan promosi penerbangan dan penginapan dengan harga rendah di https://www.traveloka.com/en-my/promotion/hello-malaysia. Tapi sebelum tu kenalah register dan sign up sebagai member Traveloka untuk dapatkan harga promosi ini. Ada 2 promosi hebat iaitu Hello Malaysia,  diskaun sebanyak 40% untuk penerbangan atau penginapan di dalam Malaysia.  GO S.E.A pula untuk 10 lokasi menarik seperti Singapore, Bali, Jakarta, Bandung, Lombok, Ho Chi Minh, Phuket, Hainan dengan diskaun harga sehingga 60% . Wahhhh bestnya, banyak diskaun ni..memang jimat dan berbaloi

Ok dah share dengan korang berita baik ni, jangan lupa grab ok..jangan lupa canangkan pada rakan-rakan yang sedang mencari tiket penerbangan atau penginapan dengan harga berbaloi . Dan memang meriah tajaan Traveloka semeriahnya KL2017 dan jangan lupa tonton KL2017 , sokonglah skuad Malaysia...Mudahan raih emas lagi....live stream kan ada...boleh layan dimana-mana...



You May Also Like

1 ulasan

  1. Pergghhh tak sangka Traveloka salah satu sponsor rasmi Sukan Sea kali ni.

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish