ZooMoo Premier | Leo the Wildlife Ranger

by - August 21, 2017

ZooMoo di Astro 619 | Cuti sekolah anak² kali ini pasti lebih menyeronokkan kerana ZooMoo saluran tv animasi kanak² bakal ditayangkan di saluran Astro 619 dengan siri Leo the Wildlife Ranger 


Adam Bella dan ZooMoo box

Leo the Wildlife Ranger

Leo the Wildlife Ranger merupakan rancangan tv bersiri mengisahkan ranger junior iaitu Leo dan Katy belajar dan mengembara mengenal hidupan liar dan alam semulajadi

Leo, Katie and friends

ZooMoo memenangi the Best Preschool Programme si Asian TV Awards 2016 .Merupakan saluran tv pendidikan berkualiti tinggi untuk kanak² pra-sekolah khususnya. Dibawakan oleh At Omen Studios.  Disamping mengembara, belajar mengenal alam semulajadi, kanak² mampu belajar dan mengenal lebih dekat tentang hidupan liar, haiwan, serta habitat mereka... Ini membantu generasi ini lebih menghargai dan menyayangi hidupan lain melalui Leo Wildlife Ranger

Bella with Leo

Interactive box

Watak² didalam Leo the Wildlife Ranger juga menghiburkan dan bakal menarik minat kanak²... Watak utamanya Leo, Katie, Hero dan Rocky.

Aplikasi ZooMoo juga boleh boleh dimuat turun secara percuma di apps store, dimana kanak² boleh melihat photo, video, mengenal haiwan dan banyak lagi yang menarik. Jadi jangan lupa menonton dan bereksplorasi bersama anak² dengan menonton Leo the Wildlife Ranger di ZooMoo saluran Astro 619 bermula Sabtu 19 Ogos jam 12.05pm dan ulang tayang pada 4.05pm / 8.05pm


You May Also Like

1 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish