2 Resepi Mudah Dengan BRAND'S Essence Of Chicken With American Ginseng

by - September 05, 2017

BRAND'S Essence Of Chicken With American Ginseng | Tahukah korang yang pati ayam dari Brand's bukan sahaja bileh diminum begitu saja, bila sejuk atau panas malah boleh dicampurkan kedalam masakan kita. So lebih mudah untuk memberikan khasiat dan nutrien berkhasiat untuk seisi keluarga...maklumlah, bukan semua yang suka, gemar atau bolen telan sebarang pati / essence ayam ni.

BRAND'S Essence Of Chicken With American Ginseng
Halal, selamat diminum

Selain pati prun, ayam biasa, berry, Brand's pun ada pati ayam dengan ginseng iaitu BRAND'S Essence Of Chicken With American Ginseng. Supplement yang memang berkhasiat..dengan ayam yang segar, ginseng America yang memang diperakui sejak 2000 tahun dahulu yang menyihatkan dan menguatkan badan, mengurangkan panas dalaman badan dan sebagainya. Brand's dijamin Halal dan selamat diamalkan.

Resepi Ikan Siakap Stim BRAND'S Essence Of Chicken With American Ginseng


Bahan simple dan jimat

Sedap bau ayam dan ginseng

Bahan² diperlukan :
1 ekor ikan siakap ( lebih kurang 1kg )
1 ulas bawang kecil *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci daun bawang
½ biji cili besar merah *
Daun ketumbar ( secukupnya)

1 botol BRAND'S Essence Of Chicken With American Ginseng
2 sb sos ikan
¼ sb gula

Cara penyediaan :


  1. Cuci bersih ikan, kelar sedikit bahagian belakang badan ikan dan toskan
  2. Campurkan kesemua cecair essence, sos ikan dan gula hingga sebati didalam mangkuk kecil
  3. Letakkan ikan didalam pengukus..pastikan periuk pengukus sudah dipanaskan terlebih dahulu
  4. Hiris halus semua bertanda * dan taburkan diatas ikan
  5. Tutup periuk kukus, dan kukus ikan 5-10 minit atau sehingga masak

Sedap...berkhasiat

Rasa ikan memang segar ditambah dengan haruman dan keenakan essence chicken dan ada rasa pahit² ginseng, tapi tak pahit sangat tau. Just nice




Resepi Bubur Nasi Segera BRAND'S Essence Of Chicken With American Ginseng


Mudah tapi berkhasiat



Bahan diperlukan :
1 paket bubur nasi segera ( aku gunq quacker) 
200ml air panas
½ botol BRAND'S Essence Of Chicken With American Ginseng

Cara penyediaan :
  1. Campurkan kesemua bahan didalam mangkuk, kacau hingga rata, biarkan 2-3 minit....
  2. Boleh masukkan sayuran yang disukai..enak dimakan panas.



You May Also Like

1 ulasan

  1. hehehe kita tak lalu.. pernah rasa yg ikan haruan punya pati. MasyaAllah minum depan sinki.. kekekekke

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish