Bekam Darah Sakit Tak?

by - September 20, 2017

Bekam sakit ke?  Bahaya tak?  Itulah persoalan yang biasa bagi yang belum pernah berbekam..sama je macam aku dulu. Tapi bila dah start cuba bekam...confirm korang akan nak repeat lagi. Selain dapat mengeluarkan darah kotor, berbekam juga merupakan sunnah Rasulullah... Antara kaedah perubatan yang Nabi amalkan semasa riwayat Baginda. Yeahhh dapat pahala Inshaallah, dengan niat kerana Allah

Bekam pada tapak kaki


Diriwayatkan dari Said bin Jubair RA dari Ibnu Abbas RA dari Nabi SAW bahwa beliau bersabda:“Kesembuhan boleh diperoleh dengan tiga cara: minum madu,  bekam, dan pemanasan , dan aku melarang umatku (menggunakan) pengubatan dengan besi panas”(HR. Al-Bukhari, dikeluarkan juga oleh Ibnu Majah, Ahmad dan Al-Bazzar


Aku berbekam dengan mak je...mak aku memang ambil kursus bekam..dan ambil upah bekam. Bekam ni bukan boleh main cincai² tau...bahaya...kena daripada mereka yang pakar. Sebab bekam ni cucuk pada point² nya, bahagian² tertentu..bukan main terjah je. Lepas tu kalau jenis bekam darah tu, kena pastikan jarum tu tak diguna pakai oleh orang lain...maksudnya kena tukar lah selain doa² nya

Pehh sampai berketul darah

Bekam ada 2 jenis..bekam darah dan bekam angin. Bekam angin tak berapa best hehe..aku suka bekam darah..kalau yang traditional guna pisau..tapi sekarang dah moden, guna jarum khas, macam pen tu...dicucuk² untuk buka ruang untuk keluarkan darah kotor. Dan ada macam² point, bilangan cucuk mengikut jenis penyakit...misalnya ada 8, 35, 12 cucuk...boleh rawat resdung, period tak teratur, migrain macam² lah. Kepala pun boleh..tapi kena cukur sedikit pada bahagian rambut..supaya mudah nak diletakkan cup tu..cup bekam tu fungsi untuk kedap udara, sebelum tu akan dipam dengan pam khas bagi bantu keluarkan darah

Tapi kalau ada HIV, darah rendah, diabetes, PMS dan apa lagi ntah..memang tak boleh lah. Sebelum bekam tu, mak akan lumurkan dengan minyak zaitun...then baru bekam. Banyak khasiatnya minyak zaitun ni. Jin pun tak suka tau... Lepastu...jenis² darah bekam pun ada kategori nya..ada yang x keluar darah, ada yang just keluar air..kalau yang air tu...banyak gula dalam darah...kalau berlendir..bertali² darah tu... Ada gangguan dalam badan...kalau berbuih.... Berwap dan keras macam jelly haha..macam aku tu..terlajak kolestrol, lemak..dan bla bla bla...paling best bekam tengah belakang, tapak kaki dan tapak tangan..walau geli tapi best

Memang rasa ringan badan tau...kalau jenis berjerawat memang akan berkurang....masa yang sesuai berbekam..x silap sebelum makan...dan tak boleh mandi ½ jam selepas bekam...macam mak aku, akan cuci semua cup tu dengan Dettol atau sanitizer...dan jarum tu memang banyak lah stok nya...bekas darah, tisu tu semua akan dibagi pada yang terima rawatan supaya ditanam..atau dialirkan ke sungai...harga per cup bekam..mak aku caj RM5 je...murah kan...kalau belah² KL ni..sampai 20 per cup pun ada..pada korang area Temerloh-Lanchang-Karak-Bentong boleh lah try bekam sunnah dengan mak aku...korang drop je whatsapp di 012-9125998 akan ku arrange kan appointment nya... Antara kebaikan berbekam, badan jadi ringan,  mengeluarkan darah kotor, toksin, angin, melancarkan darah, menguatkan mata

You May Also Like

4 ulasan

  1. dulu sebelum buat bekam pun berfikiran sakit tak..cucuk guna jarum ke ?? mcm2 lah , tapi bila dah buat baru tahu tak adalah sakit hahaha malah ringan je bdn2 nie

    ReplyDelete
  2. Macam nak try. Badan ni penat sangat dah rasanya. Bile buat dengan orang yang kite kenal ni, rasa selamat sikit sebab tau diaorang recycle jarum ke tak kan. Ni kalau nak buat dengna mak aiin ni, kene tunggu saya balik kampung dulu. On the way dah ni hehe

    ReplyDelete
  3. Teringin juga nak try tapi itulah takut nak buat. Hmm..maknanya kalau sape² yang ada darah rendah tu tak berpeluang ke nak try berbekam tu

    ReplyDelete
  4. idokler nak pi try..k.el ni jenis penakut lagi2 npk bekam tu kan banyok2 kt badan tu..ai is gelii hahaha

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish