DIY Deco Bajet Kaison

by - September 07, 2017

DIY Deco Guna Produk Kaison | Wallpaper vs cat ? Aku pilih wallpaper buat masa sekarang, begitu juga encik somi. Pada kami lebih mudah, jimat masa dan cantik... Harga lebih kurang je. Disebabkan dinding rumah ni dah bercapuk, dengan kesan cat merekah, hasil kreatif conteng² anak² dan excited mamanya nak cantikkan rumah, so shopping lah wallpaper dari Kaison. Tapi sebelum tu, jenuh google dan tanya experience kawan² di FB tentang wallpaper Kaison ni . Tak nak lah rugi kan beli nanti tercabut lah apalah.

Wallpaper Kaison

Hasil sharing kawan² majoriti kata ok, dan suggest untuk Kaison wallpaper yang harga RM19.90 ( 45cm x 10m ) sebab dah siap ada gam, balik rumah, Cuma tanggal dan tampal. Ada saiz besar dan yang lebih efek 3D RM30+ dan yang RM26+ memang cantik, macam² pilihan..tapi yang mahal tu kena beli gam berasingan. Mahal dan leceh sikit

Ruang tamu si 'dia' pasangkan

Sebelum

Selepas

Corak yang dibeli yang Flora tu aku pilih, yang Tatoo tu encik somi pilih. Tips pilih corak untuk mudah adjust bagi sama masa pasang, better beli yanh corak halus,  abstrak berbanding bungaan hehe. Cara dan teknik pasang ada siap tulis dibelakang kertas wallpaper tu dalam bahasa Inggeris . Dan aku pasang sendiri je hehe..nampak gelojoh kan...sedangkan aku yang ehem ni boleh pasang sendiri...korang yang kreatif tu mesti boleh juga.

Sebelum tu standby siap² peralatan sebelum pasang wallpaper...seperti tangga, gunting / pisau tajam....scrapper untuk ratakan wallpaper...tapi aku tak pakai scrapper pun..malas nk beli..so aku guna je wet tissue untuk ratakan permukaannya.

Cara pasang wallpaper dengan mudah :

1. Bersihkan permukaan dinding yang ingin ditampal wallpaper...buang segala debu, sawang dan sebagainya untuk mengelakkan gelembung udara pada wallpaper

2. Ukur dan potong wallpaper mengikut saiz yang diingini

3. Tanggalkan sedikit pelekat wallpaper dan tampal pada dinding..ratakan dengan tisu / scrapper..kemudian tarik perlahan² pelekat dan ratakan..ulang sampai habis

4. Untuk kepingan seterusnya, ukur dan pastikan corak tersebut sama dengan garisan dan corak kepingan sebelumnya..buatlah sampai habis

Sebelum pasang langsir Kaison

Selepas...

Sebelum...haha

Selepas

Memang mudah berbanding cat, baju pun tak comot..kalau cat boleh makan masa berjam² tapi wallpaper tak sampai 1 jam pun untuk satu dinding bilik macam aku ni. Yang ni lah hasilnya..sebelum dan selepas..Dan hanya pakai 1 ¼ roll wallpaper sahaja. Lebihan tu macam nak deco ruang tamu kot..yang Floral tu tak tau lagi samaada stor atau bilik Bella... Boleh la korang kalau nk beli wallpaper murah, banyak pilihan dan berkualiti dari Kaison

Puas mata memandang

Selain bilik tidur, ruang tamu dinding belakang tv pun ada sedikit touchup dari Kaison, jar tu RM8.90, bunga RM2.50 per kuntum....bilik pula ada langsir RM19.90, bear RM14.90, frame RM10.90 , Bunga RM 5.90, set cadar queen Kaison RM 59.60, wallpaper dalam 1 roll lebih.... Ok lah...murah..kononnya nak konsep black n white versi minimal gitu....haha...ada share pasal shopping Kaison kat SINI

You May Also Like

6 ulasan

  1. memang cantik...akak pun teringin gak nak masuk kaison...tapi nak simpan duit bebanyak sikit...baru puas nak membeli...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Barang kaison mmg cantik dan murah... walaupun budget tp cantik tau... nnt nak beli la utk rumah sendiri... dah duduk 2 tahun tp xbuat apa pun....ehh lampu bulat dekata ats meja tu beli mana?...

    ReplyDelete
  3. wow! so beautiful of your house, Kak Aiin <3

    Love,
    MissJasJas
    www.missjasjas.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Teruss nampak gahhh gituuu !
    Terbaikkk lahhh ! Elegant uiii corak dipilihh

    ReplyDelete
  5. mellya penah pegi kaison dekat setia alam tu haaa kat penang tak dak. kalau ada kat area sini cek dah p prabeh duit dah heheh

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish