Horien Eye Secret 38% 3 Months Color Contact Lenses| | Review

by - September 08, 2017

Horien Eye Secret 38% 3 Months Color Contact Lenses| Bila bercerita pasal contact lens, soft lens mesti tertarik dengan colour berbanding yang clear atau tidak bewarna. Sebab suka mata nampak lebih unik, cantik dan menyerlah daripada biasa. Kalau sebelum.ni korang pernah baca, banyak juga aku kongsikan pengalaman menggunakan beberapa jenama contact lens. Dan kali ini aku kongsikan lens daripada Horien Eye Secret dari Fantasy & Sweetheart series

Horien Eye Secret

Pemilihan contact lens ni terlalu rumit, untuk memastikan kita selesa dan selamat menggunakannya. Memang tak berani guna lens yang biasa, sebab dah banyak kes yang menyebabkan jangkitan kuman dan kerosakan kornea. Mata aku pun agak sensitif kalau tak ngam mesti mata akan jadi merah, gatal dan sakit. Horien Eye Secret merupakan milik Horien Optic ( Malaysia)  Sdn Bhd yang memasarkan contact lens dan penjagaan contact lens...dan ia dikilangkan di Taiwan oleh Yung Sheng Optical Co.Ltd mendapat pengiktirafan ISO 9001:2008 , japans FMA, European CE, Taiwan GMP dan sebagainya.

Packaging yang comel dengan warna ceria

Dengan perlindungan UV

Lens dari Horien Eye Secret diperbuat daripada metarial polymacon dan mengandungi 38% kandungan air membuatkan lens Horien selesa dipakai. Memang mata rasa lembab, dan tak kering even aku pakai sehingga 6 jam lamanya. Lens pun lembut je. Horien Eye Secret dari Fantasy & Sweetheart Series ni tahan penggunaan sehingga 3 bulan. Diameter 14.2mm , BC 8.7mm memang saiz yang cantik, buatkan mata nampak lebih besar, galak dan cantik.Dah macam kpop star, anime dah kan. Comel je.  

Warna dan corak menarik

Selain warna nya yang cantik. Warna lens dari Horien Eye Secret nampak unik dan cantik sangat sebab ia menggunakan BMW 3D Wrap Technology menggunakan Bio-Molecule dan HEMA bagi memastikan warna lebih cantik, menyerlah daripada vivid colours dan paling penting ianya disahkan oleh FDA so, no worries ia tidak mendatangkan efek kepada kornea. Memang cantik semuanya, yang aku share ni adalah daripada Berlin Gold, Rome Grey, New York Green dan Vancouver Pink



Selain kandungan air yang membantu membuatkan mata selesa, yang bagusnya dengan Horien contact lens adalah, ianya bersifat UV Protection melindungi, mengahalang mata daripada terkena sinaran UVA, UVB berbahaya.

Material: Polymacon
Water Content: 38%
DIA: 14.2mm
BC: 8.7mm
SPH: 0.00, -1.00~-6.00 (0.25 steps), -6.00~-8.00 (0.50 steps)
38% Water Content
Sodium Hyaluronate & Trehalose
BMW 3D Wrap Technology
UV Protection Function
Artificial Intellectual
Bigger Tinted Area
7-9mm Wide Optic Zone


Sebelum pakai Horien lens

Selepas cuba Horien Eye Secret

Cantikkan pink ni

Memang lain sungguh mata bila pakai Horien Eye Secret lens ni, paling aku suka Rome Grey dan pink tu sebab nampak lain sangat, cantik...kiranya ni first time pakai kaler macam ni, seriously best, senang dipakai dan dibuka... Now dah try pakai 5-7 jam...still okay dan tak kering. Opsss lagi best kita guna Horien Eye Secret Multi-Purpose Solution sekali. Membantu membersihkan lens, melembabkan dan mengekalkan kebersihannya. Sebab ianya dibuat daripada rumusan steril isotonic aqueous. Korang boleh dapatkan di seluruh kedai optik seluruh Malaysia atau terus ke :



You May Also Like

3 ulasan

  1. Tengok pic mama Darwish ni bergaya ngan lens ni wat Kak Su pon teringin jugak nak bergaya ngan mata bru ke ijau ke, kan

    ReplyDelete
  2. tingin pakai lens tapi takut nak pakai hahahah

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish