MYLARA SKIN CARE BASIC SET | REVIEW

by - September 15, 2017

MYLARA SKIN CARE | Sebelum ni pernah juga aku mencuba pelbagai jenama skin care atau set penjagaan wajah buatan Malaysia, mostly okay dan ada yang sesuai dengan kulit, tapi kena pastikan betul² sama ada ia nya disahkan selamat oleh KKM, GMP dan sebagainya. Terutama kalau kulit korang jenis bermasalah, sensitif dan perlukan extra penjagaan macam aku hehe. Macam aku, jerawat ada juga, Cuma bekas, parut jerawat dan kulit jenis berminyak...so aku lebih prefer set penjagaan wajah yang membantu untuk rawat masalah jerawat, pudarkan parut, haluskan pori , hydrating semua tu.

MYLARA skin Care 

First time diperkenalkan dengan MYLARA SKINCARE agak rasa teruja juga, sebab banyak juga testimoni berjaya gunakan MYLARA ni, dan paling menarik, hanya ada 4 item je, so tak renyah sangat kan. Simple je..dan ofcozlah sebab ianya disahkan KKM, GMP semua tu dan siap ada doktor dan pakar untuk consult korang jika ada sebarang masalah. Hebat tak hebat?  Stay baca tentang MYLARA ni ok..


MYLARA Collagen Cleanser

MYLARA SKIN CARE 4-in-1 Collagen Cleanser (60ml )
RM24.00

Cleanser MYLARA dalam bentuk gel jernih pink muda. Mengandungi kolagen dan ekstrak buahan seperti betik dan lemon. 4 fungsi utamanya iaitu, membersih, meratakan tona kulit, menganjalkan kulit dan menaikkan seri wajah. Antara bahan istimewanya :

Ekstrak Betik  | Melembap, menghilangkan pigmentasi serta mengurangkan kedutan
Minyak Kelapa | Anti iritasi, melembabkan kulit
Ekstrak Aloevera | Melembap dan melembut kuliy
Kolagen Larut | Memberi kelembapan, melembutkan, anti penuaan

Gentle, mild pada kulit

Suka dengan konsep gel cleansing dalam botol ni, sebab mudah untuk dipam dan control jumlah penggunaan. Just pump kan aje, gel pun wangi, sejuk, halus...bila pakai takde rasa pedih, tegang melampau..rasa smooth je...tak banyak buih, menandakan ia nya bersifat natural dan senang dibersihkan. Dan paling aku suka boleh digunakan as a makeup remover...yupp untuk mata pun okay, dah diuji secara klinikal...hehe..best kan..jimat pun jimat. Aku pakai 2 kali sehari je...pagi dan sebelah malam



MYLARA glowing Gel

MYLARA SKIN CARE Glowing Gel Aloevera ( 20ml )

RM25.00

Membantu proses hydrating, refresh serta menyihatkan kulit. Membantu memperbaiki tisu dan kulit rosak, menyejukkan dan menghaluskan kulit. Diperbuat daripada :

Aloe Barbadensis Leaf Juice, Alcohol, GlycerylPolyacrylate, Dipropylene Glycol, Water, Butylene glycol, Propylene Glycol, Carbomer, PEG 60 Hydrogenated Castor Oil, Triethanolamine, 1,2-Hexanediol, Betaine, Phenoxyethanol, Disodium EDTA, Parfum, Polyglutamic acid, Sodium Hyaluronate, Calendula Officinalis Flower Extract/Melissa Officinalis Extract/Mentha Viridis( Spearmint) Extract

Kalau korang biasa guna soothing gel...hah sama lah teksturnya... Tak melekit, mudah resap dalam kukit, sejuk je..dan bau nya best..Best, lepas pakai..muka rasa sejuk, halus mulus je...macam aku, selalu mengelupas atas hidung...aku sapu je..ok dah takde lagi..packaging pun cute je..boleh selit dalam dompet


MYALARA Miracle CC Cream

MYLARA SKIN CARE Matte Miracle CC Cream SPF30 ( 7gm ) 
RM28.00

All in one multi tasking cream, membantu melindungi kulit dari sinar UV berbahaya disamping membantu merawat kulit selain mencantikkan dengan ‘ matte finish ‘ dirumus khas dengan bahan anti-aging dan collagen booster

Fungsi 8 in 1 :

  • Memudarkan parut dan cela
  • Mencerahkan
  • Meratakan tona kulit tak sekata
  • Melembutkan kulit
  • Merawat kulit bermasalah
  • Memelihara dan menyihatkan kulit
  • Melindungi kulit dengan SPF30

Matte finishing yang awesome

Apa yang istimewanya krim MYLARA ni, ianya tak oily, sticky macam yang lain. Sebab ada effect matte tu, so kulit tak berkilat, berminyak..memang best...tekstur ringan dan bau pun best...guna layer nipis je pun dah cukup..dan paling syok..tak payah tepek krim yang lain, sebab dah ada segala primer, foundation, moisturizer, collagen dalam ni.


MYKARA revitilizing Night Cream

MYLARA SKIN CARE Revitilizing Night Cream ( 7gm ) 
RM28.00

Dibuktikan secara klinikal mampu mengurangkan noda hitam pada wajah seawal 14 hari. Membantu mencerah, melembabkan serta menyegarkan kulit berpanjangan sehingga 8 jam. Antara ramuan istimewanya :

Warna soft pink, bau bes

Ringan dan tak melekit

Alpha Arbutin | Mengurangkan noda hitam
Vitamin C | Anti-oxidant, Anti-cancer, collagen booster
Vitamin E | Mencantikkan, menghaluskan dan melembabkan kulit
Beeswax | Mengelakkan hydrate pada kulit, mengekalkan kelembapan
Aloevera | Melembab dan menyamankan kulit

Best krim ni sebab sejuk, ringan dan tak melekit. Warna tu soft pink...cute sungguh. Best memalam pakai, sebelum tidur, sebab tak melekit, even ada beewax dalam ni...opsss pada korang yang alahan pada animal wax....sorry tak rekomen pada korang, refer doktor dulu ye... Memang kulit akan rasa lembab, haus je...yang aku perasan, kalau pakai, pagi besok susah nak nampak aye bag, panda eye semua hehe...firm and bouncy gitewww


Amacam okay kan 😉

Overall, ke empat² produk dari MYLARA SKIN CARE ni best untuk digunakan...Lagi best kalau guna set lengkap untuk dapatkan kesan yang lebih mantap selain cara pemakaian yang betul. Dan ofcoz aku suka sebab kulit aku bagi feed back yang baik, tak rasa merah², panas, burning² tu...dan lembut..Cuma parut, bekas jerawat ni memang akan ambil masa lah nak mulus kan...So korang...yang tercari² skin care Malaysia yang selamat, natural boleh lah cuba MYLARA SKIN CARE,  dirumus khas dengan sumber semulajadi, dihasil dan dikendalikan oleh mereka yang pakar dan bebas kimikal.... Untuk lebih info...please visit :

Website: http://www.mylaraskincareofficial.com/
Facebook: https://www.facebook.com/mylaraskincare/
Instagram: https://www.instagram.com/mylaraskincare/
Whatsapp : 013-9200960
E-mail : mylaraskincare@gmail.com

You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish