Pengalaman Pertama Ke LEGOLAND Sempena Legoland 5th Brickversary

by - September 30, 2017

LEGOLAND® 5th Brickversary | Alhamdulillah rezeki anak², rezeki berblogging... Dijemput khas ke Legoland Malaysia Resort sempena meraikan ulangtahun ke-5 Legoland Malaysia. Memang teruja sangat, sebab ini pengalaman pertama kami sekeluarga berhibur di sini. Tak sangka rezeki anak² , hasrat dorang menjadi kenyataan. Yeahhhh... Dari 21 Ogos – 30 Sept nanti Legoland menawarkan sehingga 50% diskaun untuk tiket masuk. Macam² aktiviti menarik disediakan sempena bulan kelahiran Legoland, kiranya.. Special dari hari² biasalah....

Port wajib bergambar bila ke Legoland hehe

Muka excited

Sempena 5th Brickversary Legoland, harga tiket Anual hanya RM 195 berbanding harga asal RM 395, bukan itu je, untuk upgrade Anual Pass kepada Premium..hanya tambah RM100 je, lebih banyak benefits, dapat kombo ke Theme Park dan Water Park....tiket boleh beli secara online di atau terus ke kaunter Legoland




Antara aktiviti menarik sepanjang bulan ini adalah Giant LEGO birthday Cake, LEGO Brickdance, Trivia Hunt, Trading Minifigure,  Goodies Coupon dan banyak lagi. Goodies coupun ni wajib korang ambik tau lepas beli tiket tu, gores dan menang konsepnya..mana tahu ada rezeki ke LEGOLAND Japan, paling tidak pun tajaan hotel Legoland, voucher, set LEGO kan...weolss tak sempat ambik sebab..1st come 1st serve konsepnya

Legoland Water Park Malaysia

Memang happening kat sini, tunggu masa je, air tu tumpah hehe

Sunburn pun takpe Bella kata

Wave pool ni best

1st sekali, kami terus ke Water Park Legoland...simpan barang siap² di loker, harga loker boleh rujuk sini...memang luas Water Park ni, ada lebih 20 permainan air yang unik, dan lebih 70 ada LEGO models didalam nya..memang cute. Tarikan utama
Legoland Water Park adalah Joker Soaker, memang giler bila 350 gelen air mencurah kat situ..huh...slide pun banyak kat situ.

Selain pool, mainan² pun banyak kat dalam ni

Main air, perut lapar 

LEGO Wave Pool pun best juga, pool yang ada wave, ombak yang comel haha...duduk dalam pelampung..layan...ohhh ye pelampung dan live jacket disediakan..tak perlu bawa dari rumah. Aku dan Bella main di pool kanak² je hehe..0.40m je..tapi best juga..LEGO bricks dimana²... Bahagian atas ada macam pantai..sebelum tu kami makan dulu di Beach Grill, sedap, berbaloi dengan harga..price range RM 20-40 per set..kami habiskan 4 jam kat water park sahaja..adoii..bebudak tak nak naik

Di bawah Legoland Hotel

Permainan LEGO Bricks

5th Legoland Brickversary, lebih 10k LEGO Brick digunakan,  dibina selama 2 minggu

Then dalam pukul 3 kami turun ke Legoland Theme Park...boleh tahan jauhnya berjalan, tapi best . Makin ramai pengunjung dah time ni, tourist pun ramai...Theme Park memang luas..jangan lupa tengok maps, supaya tak tertinggal tempat menarik. Sehari memang tak puas, tak sempat tawaf satu park ni..macam kami pun sama haha...kena repeat lagi. 


Nampak macam real

Kami di Boating School

Legoland Miniland, ya ampun lebih 17 mini land mark seluruh Asia, ada disini semuanya dibina dengan LEGO,Seriously memang teliti, kemas dan nampak real, disini memang cantik cantik untuk bergambar dan sejam tu memang tak cukup nak telek, belek semua hasil seni ni.


Dikawasan ni juga ada Boating School, Driving School dan bermacam lagi, anak beranak masing² excited nak explore semuanya...keretapi tu pun sempat juga kami naik. Jangan risau dikesemua tempat permainan, aktiviti ada guard tour, maps, baby care centre, first aid, stroller, semua ada. Dan suasana dan persekitaran di Legoland Malaysia tersangatlah cantik, bersih dan menarik.Dan ada commercial photography / filming untuk abadikan memori korang...just bayar je kalau nak.





Sayangnya kami tak sempat explore ke tempat² best yang lain seperti Lego Ninjago The Ride, Lego Ninjago Live Show, Lost Kingdom Adventure semua tu, sebab bebudak ni terlalu lama berendam di Water Park...dan Legoland ditutup pada jam 7 malam....huh next time rezeki lebih memang kena repeat....dan aku syorkan untuk lebih kepuasan...pengalaman menarik , memang wajib tidur di Hotel Legoland ni, senang dan mudah..tapi kena menabung dari sekarang lah hehe.... Tahniah Legoland Malaysia....Happy Birthday dan terima kasih sudi menjemput kami. Korang boleh ke laman web Legoland untuk lihat lebih details :




You May Also Like

1 ulasan

  1. Bestnyaaa dapat pergi legoland. CR teringin gila nk g sini

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish