ROSE COTTAGE HOTEL ECO BOTANI 8 Minit Ke Legoland

by - September 19, 2017

Ahad lepas kitaorang sekeluarga behibur ke Legoland Malaysia. Memang teruja habis.... Ramai yang nak tahu, dimana kami menginap malam tu kan ? Actually aku pun pada mulanya tak tahu, sebab semuanya di arrange oleh papa dorang. Surprise la kengkononnya. Rupanya papa dorang booked penginapan di ROSE COTTAGE HOTEL ECO BOTANI,  Iskandar Puteri. Hanya 8 minit je untuk ke Legoland, dekat je dengan Legoland

Rose Cottage Hotel Eco Botani

Pandangan malam hari


Actually papa dorang, booked ROSE COTTAGE HOTEL ECO BOTANI by Traveloka. Bijak kan..sebab  guna Traveloka memang murah lah, ada less harga . Hotel ni hotel baru dibuka, dan kawasannya pun masih baru, kat depan hotel ni ada perumahan mewah....dan paling win....siap dengan pakej breakfast.. Hanya RM100 untuk Deluxe Double Room

Reception

Lobby

Dari luar, memang cantik..ada bunga² dekat atas tu...reception...lobby, corridor semua OK, cantik dan bersih. Bilik kami 212 hehe. Paling aku syok tengok...suis² hotel ni....macam sensor je, jakun sekejap haha. Agak kecil bagi yang ada anak....better korang pilih yang besar lagi, kami pilih ni sebab kami tidur semalaman je, sampai pun pukul 1 pagi....hehe dan check out jam 11 pagi

Bilik kami

Sensor suis

Amboiiii

Katil memang empuk, bantal, cadar memanh buatkan tidur tak sedar apa, ada mini pantry juga, tv beserta saluran astro, air cond, cermin besar, telefon semua lengkap. Paling aku suka tandasnya haha. Curlasssss sesangat. Macam dalam drama. Tempat mandi tu siap ada cermin...shower siap ada air panas...so jangan sampai tak panas pulak...sinki siap dengan vanity mirror uolssss....geramnya..... Dan ada hair dryer juga....tapi Cuma sabun...bukan dalam betuk mini tu...dia siap² dah dalam bilik mandi, Cuma pump je....shampoo tu 4 in 1.... shampoo, sabun, conditioner dan lotion.





Tandas pun ok..paip semua ada
Sarapan pula start jam 10 pagi, makan lah apa yang nak dimakan. Bebudak ni makan nasi goreng, mee goreng. Aku makan roti bakar dan papa dorang telur setengah masak. Air pun jus ada, minuman panas semau ada. Dan wifi kat sini tip top...laju.....dan agak selamat, sebab kat depan simpang ada security...dan dihujung barisan hotel ni ada STARBUCKS uolsssss....boleh melepak kalau boring duk dalam bilik.

Breakfast time

Overall awesome, berbaloi selesa. Dan Rose Cottage Hotel Eco Botani ni banyak cawangan, tak silap Gemas pun ada. So kalau korang terlebih bajet tu, lagi best stay dekat Legoland Hotel terus.... Hehe..lagi best kan.

ROSE COTTAGE HOTEL ECO BOTANI
66-68 Jalan Eco Botani 3/2,
Taman Eco Botani,
Iskandar Puteri, Johor Bharu
79100 Malaysia
07-3518484

You May Also Like

7 ulasan

  1. dkt je ngan legoland 8 minit tu..booking thru traveloka mmg best dpt diskaun lg

    ReplyDelete
  2. Rose cottage hotel ni memang banyak cawangannya di johor ni..harga pun not bad jugaklah kan..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mamaD...memang dekat jer rose cottage ni nak ke legoland...nape x cuba dok hotel legoland jer hari tu...

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish