The Venue Shah Alam Tawarkan Dewan Dan Pakej Perkahwinan Menarik

by - September 27, 2017

The Venue Shah Alam | Hai korang..sekarang dah mula orang sibuk nak berkenduri kendara, ramai yang bakal melangsungkan perkahwinan, pertunangan sempenan cuti sekolah nanti. Atau korang pun sama tengah merancang² hehe, moga dipermudahkan. Dah jumpa ke tempat / dewan, pakej perkahwinan yang beat, berbaloi ? Hati² ye sekarang banyak kes penipuan pakej perkahwinan ni. No worries, aku nak share kan lokasi dewan perkahwinan beserta pakej² menarik di The Venue,  Shah Alam. Yupp dijamin selamat, lengkap, puas hati dan terbaik untuk majlis korang.

The Venue, Sek 15 Shah Alam

The Venue, terletak di Sek 15, Shah Alam. Baru² ni, diadakan Grand Opening Day, setelah 9 bulan lamanya beroperasi. Walaupun baru 9 bulan , tetapi The Venue sudah mempunyai senarai tempahan hingga ke bulan 12 tahun depan tau. The Venue ni adalah one stop center perkahwinan..dari A-Z semuanya disediakan disini. Dari pelamin, katering, audio, wedding photography, makeup, photo booth, persalinan , cenderahati selengkapnya. So tak payah pening² lagi...just bayar dan semuanya akan diuruskan pihak The Venue
Memang selesa, luas sangat The Venue... Ada 3 tingkat.


Grand Ballroom yang nampak gah, mewah, luas dan cantik hiasannya

Dan paling best ianya berkonsep Grand Ballroom, Event Hall wahhh mewah kan. Dan berhawa dingin. Bukan itu sahaja, kemudahan seperti parkir yang luas, petugas RELA, tandas, surau, bilik VIP, bilik sounds sistem, projektor, pengacara majlis, bunga tangan juga disediakan bagi memberi keutamaan pada pelanggan.

Antara koleksi pelamin dari The Venue

Hiasan meja dan kerusi chiavari yang cantik

Gubahan bunga meja yang gojes mojes

Pelamin,  persalinan pengantin juga terdapat pelbagai pilihan. Mengikut pakej yang disediakan. Mengikut tema hari bahagia korang. Memang nampak cantik sangat, halus dan teliti penyediaannya, dari meja makan beradap raja sehari, meja kek hingga ke meja tetamu bahkan meja makanan dihias cantik dengan gubahan² bunga...menceriakan suasana...dan susunan meja pula tak terlalu rapat...memang selesa.

Kasut pengantin yang ehemmm lawa

Antara koleksi pakaian pengantin

Makeup cecantik, gojes sangat 


Menu makanan pun sama,  korang boleh rasai, pilih mengikut selera korang atau dari pakej yang disediakan. Apa yang menariknya..menu² di The Venue lain daripada yang biasa kita nikmati di majlis² perkahwinan tau..contohnya Ayam Masala, Daging Baghdah, Acar Rampai.  Daging Baghdad tu...MasyaAllah sedap, lembut sangat. Pilihan minuman, dari kordial sejuk hingga Teh Tarik, RO Water turut disediakan selain pencuci mulut seperti Mix Fruit, kuih muih tradisional, Bubur Pulut Hitam, Tapai Pulut juga ada. Memang meriah menu makanan, pelayan juga friendly hehe

Acar rampai sedap, rangup

Daging Baghdad sedap, empuk berempah

Aneka buahan segar

Kuih muih tradisional

Goodies, kad kahwin, banner pun ada disediakan di The Venue. Tu pasal aku cakap, tak payah pening² kehulu kehilir dah bila upah The Venue..semuanya dorang akan buat untuk korang. Memang banyak sangat pilihan...dan kalau korang book sekarang korang akan terima rebate RM2000 tau. Banyak sangat pakej yang ditawarkan The Venue bagi memudahkan impian perkahwinan , pakej lengkap dari kelengkapan dewan, makanan, fasiliti bahkan FREE penginapan hotel 1 malamam ( Deluxe room), 5 parkir VIP dan kek perkahwinan 3 tingkat untuk setiap pakej. Pakej pula serendah RM20,800 sahaja.

Bermacam design kad kahwin, banner

Bag goodie comel²



Menarik kan korang?  Oh ye...selain majlis perkahwinan, The Venue juga sesuai untuk tempahan wedding reception, pertunangan, birthday party, baby shower, corporate dinner, seminar, exhibition, meeting, talk show dan seumpamanya. Dan sebelum ini juga The Venue turut mengadakan buffet Ramadan dan banyak lagi. Memang selesa, lokasi pun dekat dengan jalan utama dan highway..harga dan pakej juga masih boleh dirunding bagi memastikan majlis berjalan lancar. Untuk lihat sendiri pelbagai koleksi pelamin, persalinan, makeup,  majlis² boleh ke :

The Venue Shah Alam
Address :
No 15, Jalan 15/22, Tiong Nam Industrial Park, Seksyen 15,
Shah Alam, Malaysia



Contact no :
019-858 5825

You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish