Tips persediaan sebelum ke Legoland

by - September 18, 2017

Hai korang, kalau korang follow ig, fb dan page aku, mesti korang perasan deretan update status, gambar dan video kitaorang sekeluarga berkunjung ke LEGOLAND MALAYSIA Ahad lepas sempena meraikan ulangtahun ke 5 Legoland Malaysia iaitu LEGOLAND 5th Brickversary. Alhamdulillah rezeki anak²... berhibur disana. Tq Legoland for the invited, dan sebelum kesana..make sure prepair apa yang patut supaya senang, smooth je perjalanan di sana.

Legoland tickets

Tips persediaan sebelum ke Legoland

Actually tips ni dari pengalaman sendiri hehe..Semoga sedikit sebanyak memberi info,  khususnya kepada korang yang merancang ke sana.


  • Kenalah rajin google untuk baca experience orang lain, selain boleh terus ke website www.legoland.my untuk tengok peta, info, harga, pakej bla bla bla...nanti takdelah terkonyong² kat sana...contohnya..penginapan terdekat ,kos perjalanan, makan dan lain²
  • Sediakan, pack kan minyak angin,payung dan paling penting SUN BLOCK... Sebab kat Legoland, bermula dari car park, membawa ke Legoland Water Park, Theme Park dan lain² memang panas..tapi depends pada cuaca juga..macam kitaorang tengah hari memang panas...semua pakat duk sapu sun block..terutama anak²...kukit dorang mudah kena sunburn....sian nanti...no worries...boleh pakai sun block kat LEGOLAND event dalam pool hehe. Kat kiosk Legoland pun ada jual tapi.ehemmmm harganya tu...

SPF 30 tak cukup haha

  • Sediakan pakaian yang sesuai, baju persalinan...nak pula pada korang dan anak² yang memang sah akan terjun dalam air...kalau malas nak usung segala bag, bawa je back pack...boleh usung kehulu kehilir dan letakkan dimeja² disediakan...tapi lebih selamat kita sewa je loker LEGOLANG..RM20 untuk loker kecil dan RM40 saiz besar...kami ambik saiz besar
  • Tak payah susah² bawak pelampung...semuanya disediakan... Sekali dengan pampers anak...jaket keselamatan pun ada...semuanya dalam kondisi tip top dan dijamin selamat...kalau untuk baby² boleh je..ni Cuma untuk yang 3 tahun ke atas

Life jacket for adults and kids

  • Bawak air masak, minuman secukupnya...sebab memang akan terhidrat..panas sangat..bileh bawa masuk...kalau x nak berat bag..beli je kat cafe..tapi harga RM3+ per botol. Makanan luar memang dilarang... Kalau korang curi² bawa tu...depens lah kan..risiko tanggung sendiri..sebab di gate utama Legoland Water Park akan ada cek bag oleh security..kat Theme Park ok je...Tapi no worries..banyak cafe dalam Legoland....dan price range makanan adalah RM20-40 per set
  • Bawa selipar tambahan, kalau korang masuk Water Park, kalau tak lunyai lah heel, boot, sandal korang kena air..hehe
  • Sediakan belanja secukupnya..sebab ada part² kena bayar dalam LEGOLAND contohnya...parking RM10, stroller RM40+, loker RM20-40 , gambar² RM 25-150+ dan bermacam lagi
Parking seluas alam

Loker sekali tandas

  • Bawaklah segala kamera, gajet, phone, power bank bagi korang yang suka photography haha...semua nak snap...terutama blogger hebat macam korang


Rasanya cukuplah kot, nanti jangan lupa baca story penuh pasal lawatan sempena Legoland 5th Brickversary ni...dan hotel yang kami duduk...siap dengan breakfast tu hehe

You May Also Like

2 ulasan

  1. assalamualaikum MamaD...betul tu...mmg kena buat persiapan pd yg baru mula2 nak pi...

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish