We Play - We Learn Permainan Interaktif Kanak²

by - September 08, 2017

We Play – We Learn | Minggu lepas berkesempatan menyertai event anjuran motherhood.my bagi memperkenalkan produk permainan interactive kanak² iaitu We Play. Memang excited bila dijemput ke event sebegini sebab, kita sebagai parents dapat sama² beraktiviti dengan anak². Dapat melihat pergerakan, aktiviti dan keseronokan anak² sambil memperkenalkan mereka dengan persekitaran, kawan² dan tempat baru.

We Play We Learn Together

Jenama We Play dilancarkan sejak tahun 1999 lagi dan merupakan buatan Taiwan. Yang menjadikan We Play lebih menarik, adalah kerana permainan dari We Play direka bukan hanya untuk permainan anak² malah direka untuk meningkatkan komunikasi, motor skill, kreativiti anak² serta dapat belajar sambil bermain dengan seronok.  So takdelah anak² akan cepat give up dan boring....sekali dengan mak² nya excited main permainan dari We Play We Learn ni hehe. Rekaan mainan We Play juga sangat comel, menarik dan rekaannya mendapat anugerah the Red Dot Design Award of Germany dan banyak lagi.


Thai Chi Loop Ball

Thai Chi Loop ( Ball )
Permainan pertama yang diperkenalkan kepada kami pada event itu. Bola ni bileh dimainkan oleh ibu bapa dengan anak², bukan sembarangan bola tetapi Thai Chi Loop Ball ini direka khas oleh philosophy of Oriental Tai Chi, kiranya mimic movement Tai Chi...kita menggerakkan pergelangan tangan, badan dengan gerakan lembut tanpa menjatuhkan bola. Belajar menumpukan perhatian dan fokus.


We aplay Cookie Festival

Seriusnya Bella hehe

We Play Cookie Festival
Mainan ini untuk meningkatkan motor halus dan perkembangan anak². Dimana kawalan jari, fokus minda dan mata diperlukan. Memang fun, sebab kami bersama² mesti membina atau menempatkan  ‘cookieman' di atas ‘banana base’ tanpa menjatuhkannya atau tertinggal satu daripadaya...memang mencabar juga...macam² rekaan bentuk boleh dibuat, kena berfikir kreatif, set ni boleh dicipta seperti Banana Bridge, Banana Boat dan sebagainya....


Icy Ice Building

Construction Tower

Soft Woods Block

Selesai makan kami semua menyambung aktiviti bermain, patents dan anak² bermain, belajar bersama. Kali ni kami dibahagikan kepada 4 kumpulan, dan diberikan 4 set mainan berlainan iaitu Icy ice Building, Construction Tower  We Play Q-Blocks dan  Softwood Blocks. Memang best, besar set mainan ni.

Masing² teruja untuk bina ciptaan menarik dengan kreativiti masing².  Paling penting kesemua material permainan We Play adalah selamat dimainkan oleh semua peringkat usia. Diperbuat daripada bahan yang bebas kimia, bentuk yang selamat dimainkan. So tak perlu risau, tapi pemantauan ibu bapa memang diperlukan juga tau.


Antara anak² dan moms blogger yang hadir

Banyak lagi, actually permainan daripada We Play, anTaranya Rainbow River Stone, We Play Honey Hills  Forever Up Down, Maze Balance Board, We Play Apple Link dan banyak lagi mengikut kesesuaian umur anak² di www.e-weplay.com.my atau We Play







You May Also Like

1 ulasan

  1. Wah seronok tengok anak- anak main. Ada bayaran tak?

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish