Cara & Tips Isi Proposal SushiVid

by - October 04, 2017

Hi olssss.... Kali ni nak share dengan korang cara & tips untuk lengkapkan proposal kempen SushiVid. Apakah???  Ini bukn kempen pilihan raya ye hehe... Di SushiVid korang blogger, instagramer, vlogger, influencer, youtuber boleh buat duit secara online dengan menyertai kempen dan siapkan task tersebut melalui SushiVid. Kiranya SushiVid ni ‘ broker ‘ platform lah untuk kita dan client hehe. SushiVid akan guard kita..so tiada isu ditindas..menindas...win-win situation gitu

www.mamadarwiish.com

Hari tu dijemput ke SushiVid Workshop yang pertama, bertempat di WORQ, Glo Mentari ...dalam workshop ni kami diberi info, guide, tips untuk membuat dan melengkapkan proposal yang betul....menarik minat client...tips letak harga bayaran upah..selain aktiviti² menarik seperti giveaway, soal jawab, sesi perkongsian dengan vlogger hebat dan banyak lagi. Memang ramai influencer, iger, utuber, influencer yang datang...memang meriah dan sporting

Sempat lagi selfie tu...

With Firdaus 'orang kuat' SushiVid & Fiera..hot moms blogger

With top vlogger


Ok now..nak share sedikit tips dan cara lengkapkan proposal....untuk apply kempen dari SushiVid....


  • Sebelum tu kena sign up  akaun influencer SushiVid . Boleh  REGISTER DI SINI... Fill in semua info yang diperlukan
  • Untuk propose...kena guna desktop, lappy tau tapi aku guna phone...ubah dari mobile site kepada desktop site
  • Klik New Campaign
  • Pilih kempen yang korang rasa sesuai, berminat...sebelum propose..baca dulu term & con...  bahasa..lokasi dan bajet oleh client...kalau ok...boleh ke next step
  • Klik pada kempen tu..kemudian isikan, klik² je... Bermula dengan General Info, Platform, Final...kena lengkapkan ketiga step ni... Klik task yang korang boleh buat misalnya nak buat ig post..klik je pada ig..dan selanjutnya
  • Part Final..yang description tu lah yang penting haha... Penerangan korang pada client..tentang apa yang korang akan buat untuk kempen ni... Ayat kena manis beb....tipsnya tak perlu meleret², point pun boleh sebab client ada ratusan proposal dari influencer SushiVid. Bahasa Melayu pun boleh!!!!  Simple English pun not bad... Janji difahami
  • Part harga pula...ia dikira dalam nilai USD..tapi no worries..tak perlu paypal semua..sebab nanti akan siap dibayar dalam RM...dan dalam ni dah siap sistem convert...senang..dan 25% daripada upah korang akan diambil oleh Sushivid...kalau blur nak letak harga berapa...korang letak je min 50 USD... Utube 100 USD... IG 50 USD.  Harga korang boleh ikut anggagement platform korang..kalau dah pv, uv, follower mantap...caj 100-200 USD pun client akan bayar
  • Deliver date tu korang klik pada tarik keesokkannya
  • Tick dalam kotak kecil tu..then submit
  • Then tunggulah email....makan masa juga...tunggu jawapan dari client...diterima, direject, tak layak..semua akan diberitahu melalui email atau lulu chat box....
*** Dah belajar, cuba, tawakal, doa...jangan frust menonggeng sangat kalau tak dapat, tak diterima even direject.... Rezeki Allah itu luas 💋


Sebarang kemusykilan atau masih blur...boleh je korang direct email atau chat di lulu box...nanti team SushiVid akan guide korang... Dan korang pun boleh tambah duit poket..kalau ada meber yang daftar bawah link referral korang...all the best korang...












You May Also Like

14 ulasan

  1. msh tak berapa fhm lg sushivid ni hehe

    ReplyDelete
  2. Tq k.ain, shad mmg kompius nak letak tarikh tu.. Dah terhantar proposal tapi letak tarikh bukan esoknya. Sebab ingatkan itu tarikh jangkaan yg bakal kita post entry dekat blog. Sob sob.. Sekarang dah tahu. Lepasni boleh dah is tarikh esok. Tq k.ain.

    ReplyDelete
  3. akak dah try,tapi belum sangkut lagi..tawakkal jelah kan...

    ReplyDelete
  4. Ahaaa bru tahu part date tu..selama nie copy je balik date client hehe

    ReplyDelete
  5. OK baru faham. lepas ni boleh cuba lagi. tq for sharing.

    ReplyDelete
  6. tq untuk tips ni.nk plk yg letak harga tu..selalu pening nk ltk brape

    ReplyDelete
  7. omgoodness patutlah no responds. astaga.
    i entered the deliver date wrongly maybe. :( i enter the dates i can submit full task completed based on the deadline. hmmm.. silly me.

    thank you so much for the tips and advices!

    smiles from,
    geraldine @ everything magical
    https://wanyyg.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. thanks info sis....banyak membantu....

    ReplyDelete
  9. tq kak ainnn. tips yg sngt berguna.. bab masa tu busyra blur.. hehe

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish