Facial Cleansing Brush Dari Lazada... Is it worth it???

by - October 27, 2017

Dulu pobling...rasa tak puas pula, sebab ia hanya ada vibration, berusnya tak berputar. So beli juga lah cleansing brush ni hah. Cuci muka saja tak cukup, sebab kotoran , sebum berlebihan dalam pori kita tu tak terkeluar...tu sebab timbulnya blackhead, jerawat tu.


Ada 5 function dalam set facial cleansing brush ni, berbaloi dengan harga RM13+

Tambahan pula jenis muka berlubang bekas jerawat, macam aku ni, wajib ada extra cucian tu hu. 5 in 1 Beauty Care Massager ni, aku beli dari Lazada, tak mahal pun, sekitar RM13-15 . Tak sampai seminggu, barang sampai depan pintu hehe. Di utube banyak feedback yang positif. Meh kita try

Saiz comel, mudah dipegang dan warna pun cute je



Hanya menggunakan bateri Aa


Berbaloi kot, harga belasan ringgit, tapi complete ada 5 function...bukan setakat mencuci. Cute kan kaler pink ni. Saiz, agronomi..senang dipegang..dan ia menggunakan bateri AA sahaja. Body didatangkan dengan header yang boleh dicabut, ada 5 header berlainan fungsi .. Antaranya :

Crude Poll dan cleansing brush


Untuk massage kulit

Crude Polls 
Yang ni untuk exfoliate, buang kulit² mati tu, macam kasar sikit, ada yang pakai dimuka, tapi aku prefer pakai di bahagian siku, lutut dan tapak kaki

Latex Soft Sponge
Pada kotak, nyatakan ia untuk urutan sekitar mata dan leher, tapi aku try guna untuk ratakan krim  foundation... Bercapuk hahah....kena dap juga hokeyyy..tu lah menderhaka

Make-up Sponge
Yang ni macam span berongga, sesuai untuk dibasahkan, atau kita urut lepas pakai toner semua tu


Sponge yang lembut, halus dan mudah serap liquid


Saiz agronomi mudah dipegang dan dibawa travel

Rolling massager
Ada 4 biji bebola urutan,  membantu melancarkan aliran darah  aku suka pakai lepas pakai serum....huh macam berada di spa...Cuma bising sikit bunyi bebola tu berpusing

Soft Brush
Yang ni untuk bersihkan muka, aku suka guna dengan pencuci muka, picit je diatasnya dan kita cuci muka, best...dapat rasa gerakan berus tu, muka pun lebih fresh. Berus pun ok tak kasar tapi tak terlalu lembut, kiranya mild je

2 tahap kelajuan dan On-Off 

Oh ye, kalau kita ada masalah terlampau tu, ada luka, kesan bakar tu, tak prefer guna cleansing brush ni, ye lah takut merosakkan kukit, maklumlah kulit tengah sensitif tu. Dan kalau untuk brush, exfoliate tu aku rasa tak boleh terlampau lama kot, fokus pada satu tempat....so agak² lah...15-30 saat pun okay dah.

Pro
Overall, teramat suka dengan benda alah ni hehe...sebab ia tak statik, tapi berpusing, dan ada tahap kelajuan yang disediakan. Aku prefer guna volume satu untuk cucian berus tu.

Contra
Bunyi agak bising terutama untuk roll massage tu. Dan agak pedih bila brush terlalu lama disesuatu part


You May Also Like

4 ulasan

  1. ehh sama design mcm jue beli hat Nivea ritu hehehe..

    ReplyDelete
  2. Cantik beeus Tu Dan very practical

    ReplyDelete
  3. Macam takut je nak pakai hahaha. better pakai tangan je kot

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish