Kamera Baru Hasil Blogging | SONY a6000

by - October 24, 2017

Alhamdulillah, Allah makbulkan wishlist lagi kali ini. Ahad lepas berbondong² dari kampung, lepas kenduri pergi cari mirrorless camera lagi hehehe. Lagi ????  Bukan ke sebelum ni dah ada Samsung NX3000 ? Haah..tapi maklumlah manusia ni kan tak pernah puas hehe. Kali ni beli dan bayar ½ duit blogging dan ½ lagi Cik.Pencuri Hati belanja...muahh syayammmm awak. Kali ni aku grab SONY a6000 aje....Tak pernah terlintas di kepala, rezeki berblogging, bervlogging..dapat beli gajet² ribu² ..kalau tak memang tak sampai hati mintak² kat suami kan..maklumlah mahal kot

Sony a6000 Unboxing

Actually aku budget sesiap duit blogging untuk beli Canon EOS M10 atau Sony a5100, tapi Cik.Shuben kata..dah alang²...ambik je Sony a6000. Wah.. ‘ pucik dicita, ulam mendatang ‘ sangat hahaha. Tapi berjam juga aku duk blur kat situ pilih yang mana. Actually sebelum beli ni, berbulan juga survey review, feedback, harga pasaran semua di utube, blog semua. Bukan main redah beli hahaha.. Tapi yang dulu second hand....so sekarang nak yang baru pulak

Spec Sony a6000 not bad kan

Apa yang ada dalam ni???? 


Sony a6000 / Sony Alfa a6000 / Soby ak6 kaler putih jadi pilihan. Berseri² putihnya macam pengantin cia cia. Hitam pun ada.  Aku beli di Harvey Norman, Paradigm Mall....kebetulan ada sales sempena birthday month ke 40 dorang. Ni pengalaman pertama shopping gajet di Harvey Norman. Harga Sony a6000 ni, RM 2250.00 after less dan GST RM135.00 total semuanya RM2385.00 . Harga asal RM3099.  Boleh bayar by cash, credit / debit dan installment... Kami prefer cash + debit card  . GST tu huh geram je tengok kan...memacam boleh shopping....

Bulrppp kosong tabung hehe

Wahhhh berseri2 sony a6000 ni

Aku tak tambah lens pun, kalau tambah dapat rebate RM100...aku beli power zoom kit lens je..E PZ 16-50mm dan 16GB memory card. Harga kat Lazada ada sampai 3k ada tak sampai 2k..tapi tu lah...harga ribu² ni tak yakin lagi nak berurusan secara online...lagipun senang nak ber ‘ Q&A ‘ dengan sales person. Semuanya dipasarkan oleh Sony Malaysia. Low Yatt ? Tak berani dah beli..sebab banyak isu klon, tak ori, local...dan pernah terkena juga...haha

Saiz Sony a6000 praktikal mudah dipegang

Flash tersedia dan ada flash shoe juga



Sony a6000 ni awal² aku bagitahu ia LCD skrin yang boleh di flip...tapi bukan 180• tapi 90• je...sebab kali ni aku fokus pada video, dan photo....skrin ni lagi senang untuk aku snap photo lower angle.... Dan upper...kiranya lagi senang nak snap produk review, cover event dan auto focus tahap hybrid...11 frame per second...kiranya lagi fokus dan pantas terutama bila buat video semua tu. Sony a6000 ni kalau baca di international blog, utube..ramai photographer suggest kan ..tapi kebanyakannya lelaki...gigirl kurang berminat kot sebab tak boleh flip selfie haha. Bestnya 1080 HD, ada wifi semua dan boleh connect dengan phone,  transfer semua gegambar, video dengan aplikasi PlayMemorie Mobile. Dan paling penting, boleh adjust kecerahan time record video, tak payah guna ring light dah uhuuuuui

LCD screen luas, ada eyepeace juga

Tu flash shoe, boleh add on extra flash, mic

MCMC... Selamat digunakan

Dan lagi sebab aku grab Sony a6000 ni ofcoz lah sebab body nya cantik, ringan, klasic dan ada shoe flash tambahan dan boleh cucuk mic stereo tambahan huhu. Kata nak bervideo kan..dan siap ada eye sensor dan view finder untuk mudahkan dan lindungi mata dari snap ditempat tinggi cahaya, silau atau malam...

Tak khatam lagi belajar manualnya, tak habis godek lagi....setakat ni Alhamdulillah, pilihan Cik Shuben memang tak pernah menghampakan... Harapan aku, dengan camera baru ni..aku lagi happy berblogging, vlogging, tambah skill photography semua tu. Dan moga blog aku, utube channel lebih advance..meriah...haha. Misi penuhkan tabung blogging lagi uwaaaaa.

You May Also Like

17 ulasan

  1. Tahniah..Saya tumpang gembira..ada hasil dari blog..

    Terbaik

    ReplyDelete
  2. OMG, my wishlist mirrorless camera!!
    berapa lama warranty camera tu kak?

    ReplyDelete
  3. Seksi habis body dia. Eh...terberkenan pulak.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..tambah gajet..kita pun nak tambah lagi..tapi belum masa lagi

    ReplyDelete
  5. Congrats sis lepas ni lagi sonok la layan vlog sis 😊

    ReplyDelete
  6. bestnya kak... nanti nak tengok hasil video akak guna ni ye..zaza pun tgh memeram $$ nak rembat jgk

    ReplyDelete
  7. Tahniah kak , kita pun tgh survey2 harap nnt ada sale mcm ni kalau xde sale xdpt la beli huwaaa ..

    ReplyDelete
  8. bestnya gajet baru nih..teringin pula nak ada satu..

    ReplyDelete
  9. not bad.

    harga pun leh tahan.

    tahniah sebab dah ada kamera baru.

    ReplyDelete
  10. Ok. Best.. hehe. Tahniah kak aon..

    ReplyDelete
  11. Tahniah k.ainn.. 😘😘 Lawa cameranya..

    ReplyDelete
  12. Saya punya pun warna putih jugak! Hehe

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish