Lee Kum Kee My Fun Cooking Competition 2017 @ One Space, The Square

by - October 17, 2017

Lee Kum Kee My Fun Cooking Competition 2017 | Last weekend, berkesempatan bawak en.shuben dan anak² ke pertandingan memasak anjuran Lee Kum Kee dan Desa Home di One Space @ The Square, One City. Pertandingan ini memberi peluang peserta menunjukkan bakat masakan selain memperkenalkan Chinese cuisines dengan menggunakan rangkaian produk condiments dari Lee Kum Kee

Sebelum bermulanya My Fun Cooking Competition

Lee Kum Kee jenama sos dan pelbagai condiments sejak tahun 1888, dan pasarannya meluas hingga 100 buah negara dengan pilihan 200 sos dan condiments istimewa dan ia nya Halal. Memang menarik, kerana sepanjang Lee Kum Kee My Fun Cooking Competition ini, peserta hanya menggunakan sos dan condiment Lee Kum Kee

Bermacam.pilihan sos dan condiment masakan dari Lee Kum Kee

Lee Kum Kee My Fun Cooking Competition 2017 sebanyak 12 pasukan bakal berentap, menunjukkan skill memasak masing². Untuk pusingan ini, hanya 4 pasukan bertanding, setiap pasukan dianggotai 2 ahli kumpulan. Menariknya pertandingan memasak ini, disertai oleh pasangan ibu / bapa dan anak berumur 10-18 tahun. Wahhh seronok kan tengok keletah ibu dan anak didapur.

Nampak bersemangat team ni, anaknya pun tak kekok membantu

Anak lelaki pun hebat memasak hokey

Akak ni cool je memasak, suka tengok

Aku asyik follow team ni sebab resepinya nampak sihat dan menyelerakan

Untuk pusingan kali ini, bertemakan ‘ ayam ‘ sebagai main ingredient. Setiap pasukan diberikan sejumlah wang, untuk membeli bahan² di SK mart yang merupakan salah satu penaja pertandingan ini dan masa yang diberikan hanyalah 1 jam setengah. Memang best dapat tengok aksi mereka memasak secara live, bahkan kami boleh berlegar² depan kaunter memasak...so boleh tengok dengan jelas...resepi masakan mereka. Ada pasukan yang gelabah, ada yang cool, ada yang slow and steady hehe..even memasak secara live, terbuka dan ditonton ramai orang....memang pro la kan...tapi best sebab setiap pasukan,  menu masakan mereka berlainan, ada yang menggunakan teknik rebus, goreng, stir fried.... dan banyak lagi...kesemua peralatan memasak ditaja sepenuhnya oleh Electrolux and Desa Home Theatre Sdn Bhd. 

Tahniah!!!  Yeah team aku follow tu menang uols

Barisan juri hebat terdiri daripada chef berpengalaman

Pusingan pertama My Fun Cooking Competition dimenangi oleh pasukan ibu dan anak
Kat Kok Han Teng dan Chloe Chong Cheng Yee, dengan menu mereka Kum Kee Golden Patties. Tahniah...dan mereka bakal berentap dipusingan seterusnya nanti...korang yang berkelapangan boleh lah saksikan pertandingan memasak ni nanti, sambi tengok orang bertanding, kita boleh belajar resepi baru dan rasai sendiri keenakan sos dan condiment dari Lee Kum Ke

Round 1 Tahniah semua

Jadual Lee Kum Kee My Fun Cooking Competition 2017
Round 1: 15 October 2017
Round 2: 22 October 2017
Round 3: 29 October 2017
Final Round : 12 November 2017


For the competition’s details, korang boleh ke event’s official Facebook page My FunCooking 2017 atau hubungi Ms. Ling at +60-3-4287 0039 / +6011-2608 8034.

You May Also Like

1 ulasan

  1. Thanks Aiin [MamaDarwiish], Very nice blog and thanks for your support. Ya, Semua Sauce Lee Kum Kee memang Halal: make your dish perfect for family & loved one!

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish