Tabung Umrah Untuk Mak Abah

by - October 23, 2017

Perkara paling mengembirakan didunia bagi aku adalah bila mak dan abah gembira..happy dan bahagia. Kalau boleh nak aje aku petik bulan dan bintang, hadiahkan buat mereka. Nak aje aku adakan semua yang mereka angankan. Alhamdulillah tak lama lagi,  panjang umur, mak akan ke Mekah, menunaikan ibadah umrah...kali ni abah tak pergi... Katanya biar mak dulu.... Semoga rezeki abah pula lepas ni

Hanya sebesar zarah...tak setanding pengorbanan mak abah


Inshaallah bulan 12 nanti mak aku akannke sana, bersama rombongan jemaah yang lain. Alhamdulillah...rezeki mak ditaja hampir separuh kos kesana, sebab mak aku dilantik sebagai salah seorang staff pakej umrah...kiranya..lepas ni mak akan bawa jemaah untuk trip seterusnya. Alhamdulillah....cuma mak perlu tanggung lebihan kos dan kos belanja...

Aku pun suggestkan kat adik beradik, supaya menabung, collect duit untuk tabung umrah mak, abah...duit belanja mereka. Ye lah, kalau tak collect, tak menabung, memang susah nak dapat sekaligus, maklumlah, aku dan 3 orang adik je yang bekerja..tu pun kerja biasa² je...yang lain sekolah...kata orang....tak kisahlah banyak atau sikit...yang penting kita usaha...besar pahala mudahkan urusan orang terutama mak abah

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
  رَحِمَهُ وَلْيَصِلْ وَالِدَيْهِ فَلْيَبَرَّ رِزْقِهِ فِي لَهُ يُزَادَ وَأَنْ عُمْرِهِ فِي لَهُ يُمَدَّ أَنْ أَحَبَّ مَنْ
Maksudnya: “Siapa yang suka untuk dipanjangkan umur dan ditambahkan rizki, maka berbaktilah kepada ibu bapa dan sambunglah tali silaturrahim (dengan kerabat).”

Kitaorang start buat collection tabung umrah ni tak silap bulan 9.... Aku tak hadkan amaun...sebab aku paham masing² ada family, tanggungan, belanja dan keperluan masing²....Alhamdulillah masing² bagi komitmen...Alhamdulillah...korang doakan ye..dipermudahkan perjalanan ibadah mak aku dan jemaah yang lain dipermudahkan..Inshaallah


You May Also Like

4 ulasan

  1. Alhamdulillah...
    dah tertulis rezeki mak akk..
    semoga dipermudahkan segala urusan..Amin...

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan...Aamiin

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..seronok dapat gembirakan parents..tak banyak, sikit pon dah cukup membahagiakan

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish