Betadine® Daily Feminine Wash Bersama Kempen Kesedaran Kanser Payudara

by - November 02, 2017

Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara, topik kanser ini bukan lagi suatu topik yang dielakkan daripada perbincangan, malah sentiasa perlu diberi penekanan dan kempen kesedaran. Di Malaysia, kira-kira satu daripada lima wanita menghidapi kanser payudara, dan ia merupakan kanser yang paling tinggi dihidapi dari tahun 2007 – 20111. Namun begitu, di dalam kalangan masyarakat kini perubahan positif semakin meningkat.

Betadine Feminine Wash

Tahun ini, Betadine® Feminine Wash menyokong Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk kempen #breakthesilence dan membantu lebih ramai wanita Malaysia meningkatkan kesedaran pencegahan kanser. Antara cara untuk mencegah adalah melalui penjagaan kesihatan anda kerana pencegahan awal akan menyelamatkan nyawa. Setiap usaha, tanpa kira besar atau kecil, akan membawa perubahan yang ketara.

Penjagaan kesihatan diri bukan sahaja melibatkan tabiat pemakanan dan cara hidup anda, namun juga kepentingan untuk memastikan kebersihan peribadi anda berada pada tahap yang sebaik mungkin.

Betadine Femenine Wash buatan German, bebas kimia, berunsur natural

Vagina (faraj) adalah kediaman kepada bakteria baik, yang dikenali sebagai Lactobacillus. Organisma ini bukan sahaja mendatangkan manfaat namun juga memainkan peranan yang penting melindungi persekitaran mikro kawasan intim kita. Dalam keadaan yang sihat, bakteria baik di kawasan ini akan membantu mengekalkan keseimbangan pH yang optimum, serta mengelakkan organisma yang tidak bermanfaat daripada membiak.

Prebiotik memainkan peranan yang penting untuk memastikan mikroorganisma yang bermanfaat ini mencapai tahap populasi yang sihat. Kebanyakan orang menyedari bahawa prebiotik adalah baik untuk sistem penghadaman. Sebenarnya, ia juga memberikan manfaat kepada bahagian badan yang lain, termasuk kawasan intim wanita.

Diformulasikan daripada bahan natural bagi mengimbangi pH intim

Ini adalah amat bermanfaat bagi kebersihan peribadi wanita kerana prebiotik membantu pembiakan organisma yang bermanfaat  dalam persekitaran mikro kawasan intim,  dengan demikian, ia dapat membantu mengelakkan ketidakselesaan wanita akibat ketidakseimbangan pH. Dengan adanya prebiotik, flora normal persekitaran mikro vagina boleh dibaikpulih untuk mengekalkan kesihatan vagina.

Organisma Bermanfaat
(Lactobacilli)
Organisma Tidak Bermanfaat
(Lain-lain: Bakteria/ Fungi (kulat) / Protozoa/ Virus)


  • Membantu mengekalkan pH vagina yang normal, iaitu pH 3.8 – 4.2
  • Menghalang pertumbuhan organisma yang tidak bermanfaat
  • Memastikan flora vagina dalam keseimbangan yang sihat
  • Peningkatan organism yang tidak bermanfaat akan mengakibatkan jangkitan di kawasan intim
  • Menyebabkan jangkitan dan mengganggu pH vagina
  • Memburukkan persekitaran mikro kawasan intim dengan membasmikan organisma yang bermanfaat


Secara ideal, paras pH kawasan intim wanita adalah pada tahap pH 3.8 – 4.2. Ini bermakna, kebanyakan sabun dan syampu badan di pasaran yang berada dalam tahap pH 9 – 10 akan mengganggu keseimbangan pH kawasan intim dan ini boleh menyebabkan jangkitan akibat pertumbuhan organisma tidak bermanfaat. Di sebaliknya, walaupun air adalah selamat untuk membersihkan kawasan intim, namun ia tidak selalunya mencukupi.

Selama lebih daripada 50 tahun, para pengguna mempercayai Betadine®, jenama rumah tangga yang menawarkan produk antiseptik yang innovatif serta memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit. Dicipta secara eksklusif untuk keperluan kebersihan wanita, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam menggabungkan warisan Betadine® dengan manfaat prebiotik bagi memberikan perlindungan harian dan mengekalkan keseimbangan pH intim flora anda.

Dirumuskan tanpa sebarang bahan kimia yang kuat, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam mengandungi bahan semulajadi seperti:


Immortelle – bahan antioksidan semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kelembapan semula jadi kulit
Deoplex – ekstrak semulajadi yang berkesan untuk memberikan kesan peneutralan bau
Syricalm – bahan aktif semulajadi yang melegakan kulit, mengurangkan kemerahan dan meringankan kerengsaan.

Tersedia dalam format buih yang mudah dan memberi rasa yang mewah, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam adalah tanpa sabun, paraben dan pewarna, serta tidak menimbulkan alahan yang telah diuji secara dermatologi. Rumusan yang lembut ini sesuai untuk kegunaan setiap hari.


Sertai Betadine® untuk #breakthesilence terhadap kanser payu dara
Anda juga boleh menyertai Betadine® Feminine Care dalam usahanya untuk menyumbangkan dana bagi MAKNA, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kanser payudara Oktober ini! Dari 1 Oktober hingga 22 November, setiap pembelian dua (2)  botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dari Watsons, RM1 akan disumbangkan kepada MAKNA.

Setiap dua (2) botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dijual pada harga RM29.90. Eksklusif di Watsons.

Untuk maklumat lanjut tentang Betadine® Feminine Care, sila layari http://myfemcare.com.my/. 
#BreakTheSilence
#HonestyEmpowersUs







BETADINE®

Rangkaian Produk Penjagaan Feminin semula jadi adalah produk kosmetik yang direka khas untuk kebersihan intim. Rangkaian Produk Penjagaan Feminin semulajadi tidak mengandungi Povidone-iodin.

Pelbagai ubat BETADINE® yang mengandungi Povidone-Iodine dipercayai oleh hospital-hospital di seluruh dunia selama lebih daripada 60 tahun untuk mencegah dan merawat jangkitan. Jenama yang dipercayai di kalangan pengguna di rumah untuk merawat luka kecil, sakit tekak, jangkitan feminin dan untuk menghentikan masalah kecil daripada meningkat menjadi isu besar. Kajian in-vitro menunjukkan bahawa ubat-ubatan BETADINE® yang mengandungi Povidone-Iodine dapat membasmi pelbagai jenis bakteria, virus dan kulat termasuk strain tahan antibiotik yang menyebabkan jangkitan. BETADINE® mempunyai empat kategori produk utama dalam penjagaan luka, penjagaan feminin, penjagaan kerongkong/mulut dan penyakit berjangkit untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan kami.

You May Also Like

0 ulasan

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish