Majlis Penyampaian Hadia Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 - PPZ-MAIWP

by - November 11, 2017

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 - PPZ-MAIWP | Semalam, 10 November 2017 bertempat di Wisma PPZ, berlangsungnya Majlis Penyampaian Hadian buat para pemenang pertandingan mencipta video paling kreatif anjuran Pusat Pungutan Zakat .

Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 

Pertandingan mencipta video ini telah bermula sejak 15 Ogos lalu sehingga 30 September baru-baru ini. Terbuka buat semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun keatas, hanya perlu menciptra video kreatif menggunakan telefon pintar berdurasi 3 minit. Pemilihan pemenang berdasarkan jumlah Like & Share paling banyak

Ucapan aluan dari Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP

Majlis dirasmikan sendiri oleh Yang Berusaha Tn. haji Mohd Rais Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP. Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 ini dihadiri dan dimeriahkan oleh barisan pengurusan PPZ-MAIWP, para pemenang, rakan media blogger dan tetamu undangan. Masing-masing berdebar menantikan pengumuman pemenang kerana kesemua peserta menghasilkan video yang menarik.

Pemenang bertuah..tahniah

Merangkul 2 kemenangan, tempat pertama dan anugerah pilihan ramai

Memang menarik kerana, pemenang saguhati juga memenangi hadiah berbentuk wang tunai selain terdapat satu kategori istimewa iaitu Anugerah Pilihan Ramai. Jumlah wang hadiah juga agak lumayan dan berbaloi, jadi jangan lupa follow Pusat Pungutan Zakat bagi mengikuti perkembangan, pertandingan yang bakal dianjurkan selepas ini. Dan tahniah buat para pemenang.

Senarai pemenang Pertandingan Mencipta Video Jom Kreatif 2017 ;

Tempat pertama RM2000 : Muhammad Hanif bin Ngarisan
Tempat kedua RM1500 : Syahidah binti Baharudin
Tempat ketiga RM1000 : Nurhidayah binti Atmin
Anugerah pilihan ramai RM1000 : Muhammad Hanif bin Ngarisan
Saguhati RM500 x 9 pemenang



Sebarang info dan maklumat lanjut boleh ke :

Web :www.zakat.com.my
Facebook Page : www.facebook.com/myzakat
Youtube :www.youtube.com/ppztv


You May Also Like

2 ulasan

  1. bestnya buat video aje menang hadiah. Tahniah semua pemenang

    ReplyDelete
  2. Tahniah Muhammad Hanif bin Ngarisan dan semua pemenang yang lain!! :)

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish