Pemenang Lee Kum Kee My Fun Cooking 2017

by - November 16, 2017

Pemenang Lee Kum Kee My Fun Cooking 2017 | 13 November lalu, berakhirnya final Lee Kum Kee My Fun Cooking 2017 bertempat di One Space @ The Square at One City .

Pemenang Utama Lee Kum Kee My Fun Cooking 2017


Kalau sebelum ini, aku ada kongsikan di untuk  first round dan kali ini untuk final stage. Memang best dan teruja sebab peserta final terdiri daripada mereka yang sudah memenangi stage sebelumnya, ada juga food blogger terkenal Kak Ayu Rafikah bersama anak terunanya dan penampilan khas MMA Star, Mr. Peter Davis dan anak gadisnya.

Pemenang Utama dengan menu menarik mereka

Pasangan ibu dan anak yang memang lincah didapur

Anaknya memang tak kekok memasak

Kak Ayu Rafikah dan anaknya..menu memang unik

Mr. Peter Davis dan anaknya...memang sempoi gabungan anak dan ayah ni

Sebanyak 5 team yang bertanding. Dan barisan panel dibarisi oleh mereka yang pakar iaitu, Edward Phang ( F&B Manager, SKM Market ) ,  Chef Chan ( Lee Kum Kee Designed Chef ) , Fong Chee Hoon ( Marketing Communications Electrolux Home Appliances Sdn Bhd)  dan Jack Tan ( Managing Director of Desa Home ) .

Masing² berdebar

Barisan panel sedang menguji rasa hidangan peserta

Udang merupakan ' main ingredient ' untuk final stage ini. Semua peserta dikendaki memasak dua menu iaitu appetizer dan main course berasakan udang selain menggunakan bahan mentah yang mereka beli di SK Market serta menggunakan pelbagai jenis condiment dari Lee Kum Kee

Peter Davis cergas di dapur...hehe

Memang kreatif hidangan Kak Ayu

Kerjasama antara ibu, ayah dan anak dapat dilihat. Serta kreativiti mereka menghasilkan menu menarik. Dan kesemua aspek ini diambil kira untuk pembahagian markah di sepanjang berlangsungnya pertandingan masakan ini. Dan Lee Kum Kee My Fun Cooking 2017 dimenangi oleh Hun Zhi Yean dan ibunya  Ms. Yap Chin Yew . Tempat kedua pula dirangkul oleh Mr  Peter Davis....wahhhh ada bakat tu heheh.

Berakhirnya Lee Kum Kee My Fun Cooking 2017

Diadakan juga demonstrasi masakan oleh Chef Chan...dengan menyediakan 3 menu menarik menggunakan sos Lee Kum Kee, iaitu Flavoured Chicken Popcorn , Vegetarian Spring roll dan Three Treasures Rice. Memang menarik, dan tahun depan merupakan ulangtahun Lee Kum Kee yang ke 130 tahun, jangan lupa nantikan pelbagai tawaran, acara menarik yang bakal dianjurkan.

Untuk lebih info atau sebarang pertanyaan boleh terus ke Official Facebook page MyFunCooking2017 atau hubungi Ms. Ling di 03-4287 0039 / 011-2608 8034.








Mengenai Lee Kum Kee
Lee Kum Kee ditubuhkan pada tahun 1888 oleh pengasas Encik Lee Kum Sheung. Dengan sejarah yang gemilang selama 129 tahun, Lee Kum Kee telah menjadi nama rumah saus dan bumbu Cina, serta jenama antarabangsa dan simbol kualiti dan kepercayaan. Merangkumi lebih dari tiga abad, Lee Kum Kee telah menjadi syarikat Cina yang terkenal di seluruh dunia yang menawarkan lebih daripada 200 pilihan sos dan bumbu kepada lebih dari 100 negara dan wilayah. Untuk butiran lanjut, sila layari www.LKK.com.




Mengenai Rumah Desa
Ditubuhkan pada tahun 1995, Desa Home adalah peruncit hiburan dan peralatan rumah yang menawarkan pelbagai produk untuk keperluan rumah tangga pelanggan. Desa Home telah memenangi Anugerah Lima Tertinggi Malaysia bersama-sama dengan jenama terkenal antarabangsa seperti Sony, Samsung dan LG. Mereka adalah penjual semula jenama yang dipercayai seperti Sony, Samsung, LG, Toshiba, Philips, Haier, Perintis, JVC, Yamaha, JBL dan banyak lagi. Setelah dilatih dan diperakui oleh ISF dan THX, pasukan Desa Home dilengkapi dengan pengetahuan profesional untuk menyediakan perkhidmatan yang berdedikasi untuk melayani pelanggan korporat.

You May Also Like

1 ulasan

  1. Tahniah buat pememanag..bestnya..sure dapat stok lee kum kee banyak ni kan...

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish