Pengalaman Bawa Anak² Ke Fun Run | Shark Hero Run 2017 (SHCR2017) di SunSuria City Sepang.

by - November 28, 2017

18 Nov 2017 baru² ni, berkesempatan bawa encik suami dan anak² ke Pelancaran Shark Hero Run 2017 (SHCR2017) di SunSuria City Sepang. Mampu kah anak² kami ni berlari sejauh 4 km ? Hehe.... Memang meriah, karnival diadakan pada hari yang sama yang terdiri daripada 9 trak makanan, 15 permainan & gerai seni dan prestasi pentas.

Adam dan Bella excited sebelum bermula hehe

SCHR2017 disertai lebih kurang 5,500 peserta untuk hari kejadian. Bagi setiap tiket yang dijual, RM5 akan disumbangkan kepada Shark Saver Malaysia. Sebagai tambahan kepada penyertaan awam, penyertaan disertai juga syarikat dan ratu cantik, sebagai sebahagian daripada usaha CSR mereka, telah menaja anggota dari 15 pusat rumah anak yatim dan organisasi OKU untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut.

5500 peserta SHCR2017

Bersemangat ' Shark Hero '

(SHCR2017) dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Raja Shuibah Al-Sultan Idris Shahand dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunsuria City Encik Koong Wai .

Sebagai ‘warm up'  (SHCR2017) dimulakan dengan tarian Shark Doo Doo yang viral tu. Larian bermula pada pukul 5 petang. Akan ada sesi Soalan & Jawapan (Q & A) untuk setiap 1 km. Peserta akan menerima lencana bagi setiap soalan yang dijawab dengan betul. Adam dapat collect banyak lencana hehe..mulanya merengek letih tapi okay je lepas minum

Permulaan yang agak gemalai hehe

Adam dengan ' Sharkie ' Q&A dapat button batch

Selepas berlari, para peserta dapat berkunjung ke karnival . 60 hadiah menarik akan disediakan untuk para pemenang gerai permainan. Terdapat juga pameran oleh Shark Saver Malaysia serta Sesi Seni & Kraf bagi orang ramai untuk mengambil bahagian.


Tahniah papa and anak² berjaya tamatkan larian

Adam Bella sempat join painting....banyak booth mainan 

Persembahan pentas pula bermula pada pukul 7 malam. Artis yang tampil pada hari tersebut ialah:

1. Dennis Lau, Violinist Elektrik
2. Aundrew Lee, Illusionist dan Mentalist. Diundi sebagai No.1 Magician di Malaysia
3. Crystal Ong, Penyanyi Terkenal Malaysia
4. Koujee, Beatboxer Antarabangsa dan pengajar Beatbox
5. Sawyer Leong, Pelakon Anak Malaysia dan Beatboxer
6. G3, Malaysia East Malaysia Famous Dancing Crew
7. Michael kael, Penyanyi dan Pelakon Terkenal Malaysia
8. Zen, Pengarah Projek Chester Development Sdn Bhd

Penyampaian moc check

Antara entertainer pada persembahan malam

Wakil Dato Paduka Kevy telah menyampaikan sijil WCA kepada pasukan Acexelent sebagai tanda penghargaan. Pada masa yang sama, pemenang tarian terbaik Shark Doo Doo Online diumumkan diumumkan . Seterusnya penyerahan derma dalam bentuk cek mock kepada Shark Saver Malaysia

You May Also Like

1 ulasan

  1. seronok bawa anak-anak ke fun run ni..kalau akak tak boleh lagi..anak kecik sangat nak bawak..kena berdokonglah kekdahnya kang

    ReplyDelete

Hasil penulisan / ulasan / review adalah berdasarkan pengalaman / penggunaan sendiri. Kesan mungkin berbeza mengikut individu. Sebarang aktiviti copy paste mestilah dengan keizinan dan makluman kepada Mama Darwiish